BAB 3

Family Completed 2697

“Yaallah, kasihannya budak ni, tak apa tikah, kamu cuba bertenang. Sekarang kamu pergi kedai, kamu beli susu formula untuk bayi baru lahir, jangan lupa beli sekali botol susu yang sesuai untuk bayi. Elisha ni biar makcik yang jagakan,” Terang mak cik zuriah kepada Wardah. Wardah menghulurkan Elisha kepada mak cik zuriah. Dia segera berlari pulang kerumah untuk mengambil dompetnya.

Sesampainya di rumah, dengan kelam-kelibutnya Wardah masuk ke biliknya, mencapai dompet dan kunci kereta. Dia tidak sempat langsung menjenguk keadaan Rafina. Bukannya dia tidak kisah, apa yang lebih penting adalah Elisha. Didalam fikiran Wardah hanyalah Elisha. Wardah masuk kedalam kereta dan keretanya menyusur laju kekedai untuk mencari apa yang dipesan makcik zuriah tadi.

Beberapa minit kemudian, Wardah sampai ke rumah makcik zuriah, tidak kedengaran lagi suara tangisan Elisha, namun apa yang membuat Wardah sedih melihat Elisha yang berada dipangkuan makcik zuriah, matanya terpejam manakala mulutnya pula sedang menghisap-hisap sarung tangan kecil yang di sarungkan ditangannya seperti sedang menghisap susu. Kasihan, Wardah tahu dia sudah kelaparan sangat.

“Kamu tercengat apa lagi, cepat pergi bancuh susu,” Ujar makcik zuriah yang melihat Wardah yang tercengang didepan pintu rumahnya.

“Maafkan saya makcik,” Balas Wardah segera berjalan ke arah dapur.

Wardah memberi Elisha minum susu formula yang sudah siap dibancuh, nasib baiklah Elisha serasi dengan susu ini, mungkin sudah kelaparan sangat sebab itulah dia tidak memilih apabila diberikan susu yang bukannya susu ibu. Kasihan Wardah melihat Elisha, masih kecil sudah diberi minum susu formula, sedangkan ibunya masih ada disini. Wardah merenung wajah suci Elisha yang sudah pun tertidur selepas meminum susu, apa salah budak ini sehingga ibunya membenci dirinya. Wardah perlu memujuk Rafina, dia tidak mahu Elisha membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Sudahlah ditinggalkan bapa, ibunya pula tidak sayang.

“Dah tidur dah budak tu?” Soal makcik zuriah sambil membawa segelas air sirap dan sepinggan biskut kering.

“Sudah tidur makcik,” Jawab Wardah yang bingkas bangun apabila melihat makcik zuriah membawa dulang yang berisi air dan sepinggan biskut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience