BAB 8

Family Completed 2697

Kejadian itu sudah 20 tahun berlalu, kini Elisha sudah membesar menjadi seorang gadis remaja, rupa parasnya seiras ibunya. Wardah dan ibunya brsyukur kerana telah membesarkan Elisha menjadi seorang anak yang baik. Tetap, Wardah juga merasa sedikit kesal kerana sudah bertahun dia cuba menjejaki keberadaan Rafina namun tidak berhasil menemukan Rafina.

Walaupun sudah 20 tahun berlalu, masih tiada khabar dari Rafina, Wardah dan Elisha tidak putus harapan mengharapkan kepulangan Rafina. Mengimbas kembali Sewaktu Elisha menginjak usia 10 tahun, Elisha sudah mula selalu bertanya mengenai ibunya.

“Makcik boleh emi tahu bila ibu Emi nak balik? makcik selalu kata yang ibu Emi pergi jauh, suatu hari nanti ibu Emi akan balik tapi kenapa sampai sekarang tak pernah balik, ibu tak pernah balik tengok emi, ibu tak rindu emi ke? ibu mesti tak sayang emi,” Ujar emi merenung ke mata Wardah meminta jawapan kemana ibunya selama ini pergi.

“Sekarang Elisha kecil lagi, Emi mesti tak faham kalau makcik cerita ibu emi pergi mana, nanti bila emi dah besar makcik akan ceritakan kenapa ibu emi kena pergi jauh, emi tak boleh cakap macam itu, ibu emi sayang dekat emi. Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya. Kalau emi rindu ibu, peluk gambar ibu erat erat,” Wardah mengusap lembut rambut Elisha dan memandang wajah comel anak itu. Wardah menahan air mataku, emi tidak boleh melihat dia menangis, dia perlu kuat supaya emi tetap yakin suatu hari nati ibunya pasti kembali.

Hanya itu sahaja jawapan yang dapat Wardah berikan diwaktu usia emi yang masih kecil sehinggalah usia emi menginjak 15 tahun. Wardah telah menceritakan segala-galanya kepada Elisha, air mata Elisha menitis. Akhirnya persoalan yang bermain difikirannya terjawab. Namun tidak pernah Elisha berfikiran buruk tentang ibunya. Wardah ingin Elisha terus menyayangi Rafina dan menunggu kepulangan Rafina. Memang benar kasih Elisha kepada ibunya tidak pernah hilang. Dia yakin ibunya pasti akan kembali padanya.

“Mak cik, betul ke apa yang makcik ceritakan ini? sampai hati ibu tinggalkan emi, betullah selama ini ibu tak sayangkan emi, ibu jahat!” emi menangis teresak-esak apabila mengetahui jawapan sebenar disebalik persoalannya selama ini.

“Ibu tak tinggalkan emi, ibu sayang emi, emi tak ingat ke apa yang makcik katakan tadi, ada sebab kenapa ibu emi terpaksa pergi dan ibu benar sayang pada emi. ibu tak jahat sayang. Emi jangan sedih, sabar ye sayang,” Wardah memeluk Elisha.

“ Kalau betul apa yang makcik ceritakan. Emi takkan sedih makcik, emi akan percaya apa yang makcik katakan, mak cik cakap ibu sayang emi, emi percaya dan emi akan tunggu ibu balik,” Ucap emi tersedu-sedu menahan tangisan. Sayu melihat keadaan emi tetapi Wardah tidak sangka emi sekuat ini selepas mengetahui perkara sebenar.

“Akhil jangan main bola jauh sangat, main dekat sini aje,” Jerit lia kepada adiknya yang sedang bermain bola manakala lia yang sedang bermain buaian di taman permainan berdekatan rumahnya.

“Ok kak,” Jawab akhil sambil menyepak bolanya.

“Akhil kamu nak pergi mana tu, Lia segera turun dari buaian apabila melihat adiknya berlari jauh mengejar bolanya yang semakin jauh bergolek kearah jalan tanpa menyedari ada sebuah kereta menuju kearah akhil.

“Adik hati-hati!” Seorang wanita menarik dan memeluk tubuh akhil apabila melihat kanak kanak itu meluru kearah jalan.

“Akhil!” Lia menjerit apabila melihat adiknya hampir dilanggar kereta.

“Akhil tak apa- apa ke? Terima kasih makcik selamatkan adik saya,” Soal lia kepada adiknya seraya mengucapkan terima kasih kepada wanita yang telah membantu adiknya. Kalau sesuatu terjadi pada adiknya, pasti mamanya akan marah.

“Sama sama, lain kali hati-hati, kalau apa-apa jadi mesti ibu bapa kamu sedih,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience