BAB 7

Family Completed 2697

“Rafina kenapa kau tinggalkan aku dengan Elisha. Apa yang kau fikirkan sebenarnya, tiada siapa yang menyalahkan engkau, ” keluh Wardah sendirian, menitis air mata Rafina membaca surat itu, dia mengesat air matanya, kakinya terus melangkah menuju ke rumah makcik zuriah selepas tidak dapat menelefon Rafina.

“Mak cik zuriah, Rafina ada datang sini tak,” Soal Wardah sejurus meluru masuk kerumah mak cik zuriah.

“Ada tengahhari tadi, makcik pelik juga tengok dia datang tapi mak cik fikir dia nak ambil anak dia, tapi tak lama lepas tu dia balik tinggalkan anak dia. Kenapa ni?” Mak cik zuriah menyoal kembali dengan penuh tanda tanya.

“Makcik Rafina dah pergi tinggalkan saya dengan anak dia,” Jawab Wardah, badannya terus terduduk di atas sofa dirumah makcik zuriah, terasa kakinya longlai dan tidak berdaya. Rafina benar benar meninggalkannya

“Maksud kamu?”

“Rafina tinggalkan saya sekeping nota, dia nak tinggalkan anaknya, saya dah telefon dia tapi dia tak angkat,” Jawab Wardah sambil menghulurkan nota yang ditulis Rafina. Makcik zuriah membaca surat itu.

“Kalau makcik tahu makcik dah halang dia tadi, makcik perasan kelakuan dia pelik hari ini, dia susukan Elisha lepas tu dia peluk Elisha menangis-nangis. Makcik biarkan aje, makcik ingatkan itu perkara biasa. Tak lama lepas tu dia minta diri nak pergi, makcik tanya tak nak bawa balik Elisha ke? Dia kata dia tak boleh bawak balik Elisha sebab dia sayang Elisha, makcik pun biarkan je lah dia pergi,” Jelas makcik zuriah mengingati kejadian tengahhari tadi.

Mendengar penjelasan makcik zuriah, Wardah tahu Rafina sudah mula menyayangi anaknya. Wardah berjanji dia akan menjaga Elisha sehingga Rafina kembali. Selepas kejadian itu, Wardah mengambil keputusan untuk berpindah kerumah ibunya, dia telah meninggalkan alamat rumah ibunya pada makcik zuriah, supaya Rafina boleh mencari dia dan Elisha kelak. Wardah juga sudah menjelaskan semuanya kepada ibunya. Ibunya kagum dengan sikap anaknya yang sanggup mengalas bebanan orang lain. Diusia yang masih muda, Wardah tidak cukup pengalaman membesarkan Elisha sendirian, ibunya sudi membantu Wardah, walaupun sebenarnya Wardah tidak mahu menyusahkan ibunya, namun dia tiada pilihan. Wardah yakin Elisha akan menjadi penyeri hidup dia dan ibunya. Apatah lagi ibunya tinggal sendirian semenjak bapanya meninggal dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience