BAB 1

Family Completed 2697

Sudah sebulan lebih berlalu semenjak Rafina melahirkan Elisha. Rafina pula sudah selesai berpantang namun Rafina masih bersikap dingin dengan anaknya, nasib baiklah ada sahabatnya Wardah yang selalu menasihati Rafina, kalau tidak dipaksa, mungkin Rafina tidak mahu langsung menyusukan anaknya dan tidak mahu langsung memandang wajah anaknya.

Suara tangisan bayi kedengaran didalam rumah Wardah. Wardah tahu Rafina pasti mengabaikan anaknya lagi. Apabila disuruh untuk menyusukan Elisha barulah Rafina akan bertindak. Sudah banyak kali dia menasihati Rafina untuk melupakan kisah silam namun tidak pernah berhasil, Rafina cepat beremosi apabila mengingati kisah silamnya itu sehingga anaknya yang akan menjadi mangsa. Kadang-kala Wardah rasa terbeban dengan perangai dan sikap Rafina namun apabila melihat wajah suci Elisha, Wardah kembali ikhlas untuk menjaga sahabat baiknya itu kerana kasihankan Elisha yang masih kecil.

Wardah yang sedang memasak makan malam diruang dapur segera berjalan menuju kearah bilik Rafina, dia melihat Elisha sedang menangis disisi Rafina yang hanya duduk tegak diatas katil tanpa mempedulikan anaknya, Wardah segera mengangkat Elisha dan mendodoikannya supaya bayi itu berhenti menangis namun tindakannya sia sia, dia tahu bayi ini sudah kelaparan.

“Rafina cepat kau susukan Elisha, dia dah lapar sangat ni,” Arah Wardah namun Rafina seperti tidak mempedulikannya.

“Aku tak nak!” balas Rafina dengan suara yang tegas, wajahnya merenung kearah Wardah.

“Rafina kau jangan buat perangai, aku suruh kau susukan Elisha, kau nak ke tengok anak kau mati, tak kasihan ke dekat anak kau ni,” Pujuk Wardah lagi.

“Aku benci dengan dia! Aku benci budak tu! Kau tolong jauhkan dia dari aku!” Balas Rafina yang masih tegas tidak mahu menyusukan Elisha.

“Rafina aku minta tolong sangat, aku tahu kau tak suka anak kau ni, kau rasa marah tapi tolonglah kasihan dekat dia, jangan jadikan dia mangsa, kau tak nampak dia menangis tak berhenti, aku risau sangat ni,” Pujuk Wardah lembut berharap kawannya itu akan segera berubah fikiran kerana tidak sanggup mendengar tangisan Elisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience