BAB 1

Thriller Completed 3792

“Ish anehnya” itu ayat yang terpacul keluar dari mulutnya. Danial bermandi peluh kerana terlalu lama melakukan penyiasatan di bilik yang sempit itu . Mayat yang ditelitinya dalam keadaan yang mengerikan . Tiada kepala . Tiada sebarang bukti yang mengesahkan mayat itu dibunuh oleh seseorang . Danial atau nama penuhnya Ahmad Danial Haikal merupakan seorang detektif sambilan . Pihak polis menyatakan bahawa mayat itu baru sahaja mati kerana badannya masih panas. Dan siasatan perlu dilakukan segera.

“Siapa kawan baik si mati ini?” soal Danial kepada semua yang berkumpul di situ . Wajah seorang demi seorang ditatap . Tiba- tiba ada satu tangan menghayun ke udara. Tangan milik seorang pelakon terkenal, Afiqah .

“Mari duduk“, pelawa Danial sopan. Danial dengan lagaknya mengambil butiran-butiran mengenai si mati.

“Nama dia Syamsul. Saya kenal dia sejak kami bernaung di bawah bumbung produksi yang sama”, Afiqah mengambil nafas sebentar . Tidak percaya rakan karibnya sudah menghadap Ilahi dalam keadaan yang mengerikan.

“Kali terakhir saya berhubung dengan dia waktu petang tadi. Saya dan rakan-rakan artis yang lain bercadang untuk keluar makan di warung yang berdekatan kecuali Syams. Katanya mahu meninjau-ninjau dahulu perkarangan rumah agam usang ini. Maklumlah, produksi kami pun baru tiba pagi ini jadi kami semua tidak sempat untuk menerokai keseluruhan ruang sudut di rumah ini”, terang Afiqah lebar. Tubir matanya bergenang. Danial masih tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberi lalu menyoal lagi

“Jadi, bila kamu semua sedar yang Syams dah mati ?”.

“Alia yang jumpa mayat dia”, Afiqah menjuihkan bibirnya kepada salah seorang perempuan yang berambut perang.”Masa tu dia nak pergi tandas di tingkat atas. Semasa dia nak buka pintu tandas, dia nampak mayat Syamsul . . digantung songsang, TANPA KEPALA”. Afiqah terkelu. Air matanya merembes keluar. Pengalaman ini akan menjadi salah satu pengalaman ngeri di kotak memorinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience