Pelakon-pelakon lain yang cuba mengejarnya sebentar tadi menjerit ketakutan.
“AJJMALLLLLL !!” raung Nurdini sekuat hati. Buah hatinya telah lenyek digilis bas. Peluh dingin membasahi Danial. Pertama kali melihat adegan ngeri dengan mata kepalanya sendiri. Afiqah muntah di persimpangan jalan kerana tidak tahan dengan kejadian menakutkan yang dilihatnya sebentar tadi. Nurdini melangkah longlai mendapatkan cebisan-cebisan kepala Ajmal yang terburai. Diratapi tubuh Ajmal yang hanya tinggal cebisan-cebisan daging dengan sayu.
“Apakah ini sekadar dugaan, sayang?” rintih Nurdini. Tidak lama selepas itu, sebuah ambulans dan anggota polis pun tiba.
Mereka semua bercadang untuk meninggalkan rumah agam itu sebentar dan berehat di warung Mek Shira.
“Aku rasa kan ada sesuatu yang peliklah dekat rumah agam itu”, Akim menghirup sebentar kopinya.
”Masakan tidak, seorang demi seorang antara kita mati dibunuh. Sekarang tinggal siapa je? Aku, Afiqah , Nurdini dengan Encik Danial. Aku takut weyhhhhhh”. Akim memeluk dirinya.
“Jadi, engkau nak maksudkan apa?”soal Afiqah kehairanan.
“Ada penunggu dalam rumah itu. Maksud aku, sumpahan. Kau tengoklah, kematian berterusan”, kata Akim bersungguh-sungguh.”Ish kau ini! Jangan buat seram dekat sini. Meremang bulu roma aku ni hah”.
Nurdini memeluk lengan Afiqah. Masing-masing kaget. Danial sahaja termenung jauh berfikirkan sesuatu.
“Tiga bungkus nasi goreng siap!”, Mek Shira menghulurkan bungkusan itu kepada Danial.
Share this novel