BAB 3

Horror & Thriller Completed 3792

“Potret ? Dia suka lukis potret ke?” tanya Danial dungu.

“Eh tidak ! Dia paling benci melukis. Pegang berus lukisan tu pun tak nak”, jawab Ajmal selamba. Danial berfikir sejenak. Kes kematian berturut-turut . Tiada bukti. Tiada dalang. Yang menjadi persoalan sekarang ialah . . potret ?

“Baiklah. Mulai sekarang , saya akan menetap bersama kamu. Kamu semua boleh meneruskan penggambaran. Saya perlu selidik kes ini dengan lebih mendalam”, kata Danial jelas di pendengaran semua orang. Sesetengah daripada mereka mencemuh tetapi majoriti lega dengan tindakan drastik Detektif Danial. Danial sempat berborak bersama pengarah produksi filem ini. Katanya , dia memilih rumah ini sebagai set perfilemannya kerana sesuai dengan keadaan yang serba hulu dan menyeramkan. Maklumlah , filem ini bergenre seram. Ramai antara pelakon yang merungut ingin pulang. Kata tempat ini berpuakalah , sumpahan dan macam-macam lagi.

”Okay actors and actresses ! Malam ni kita akan sunting babak baru. Jadi, semua pelakon kena bersedia. Biarpun dua rakan kita sudah meninggal, kita kena teruskan juga filem ini. Never give up. Understood ?” kata pengarah. Semua kelihatan terkejut dengan kenyataan pengarah namun siapalah mereka untuk menentang. Danial hanya melihat gelagat mereka dari jauh. Persoalan demi persoalan menerjah ke sarang akalnya.

Danial mengambil keputusan untuk meninjau-ninjau sekeliling rumah agam itu.

“Wah, boleh tahan cantik struktur dalaman rumah ni”, getus hati Danial. Walaupun sudah lama ditinggalkan tetapi perhiasan dalamannya masih berkeadaan baharu. Tiba-tiba anak matanya tertancap pada sebuah bilik lama. Bilik 504. Sejak dari hari pertama kakinya melangkah ke sini, hatinya sudah berfirasat sesuatu. Dia cuba mentafsir firasatnya tetapi akal logiknya menolak segala andaian. Lafaz Bismillah diucap tatkala Danial mula memulas tombol pintu.

“KREKKKKKK”, engsel yang sudah lama tidak diminyak begitulah bunyinya. Kelihatan dua buah kerusi dan sebuah meja lama tersusun rapi di tengah bilik. Terdapat juga sebuah katil usang di sudut tepi. Tiada yang istimewa kecuali sebuah segi empat yang ditutupi dengan kain rentang putih yang besar. Danial ingin menarik kain rentang itu.Kedengaran bunyi telefon memecah suasana sepi. Danial terkejut dan segera mengangkat panggilan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience