“Kasyah, aku akan pastikan kau merana ! Aku berjanji akan membunuh setiap anak cucu kau dan sesiapa sahaja yang melihatku di dalam potret ! Bilik 504 ini menjadi saksi. Jasad daku di dalam potret. Itu sumpah aku , Zulakasyah Azizan!”, jerit Afina kepada Kasyah. Kasyah tergamam. Sikap barannya tidak dapat dibendung lagi. Bertubi-tubi tikaman menusuk Afina. Itulah dendam si mati kepada suaminya. Sumpahan yang kekal di dalam potret. Menunggu masa untuk dipandang . . .” cerita Mek Shira panjang lebar.
“APA! Zulakasyah Azizan?!”, tanya Danial.
“Itu nama moyang saya”. Semua yang berada di situ terlopong. Mek Shira mendekati Danial.
“Nak, nyawa kamu dalam bahaya. Jangan dekati rumah itu lagi”.
“Tapi Mek , saya pernah masuk ke dalam bilik tu. Bilik 504”, terang Danial.
“Hah ?! Apa yang berlaku? Mengapa kamu masuk ke dalam tu? Kamu tidak apa-apa? Adakah roh Afina mengganggumu?”, soalan demi soalan diterjah Mek.
“Nampaknya perkara sudah jelas sekarang. Betullah sangkaan aku, rumah itu memang berhantu. Kita kena hapuskan juga potret tu malam ni!”, kata Akim. Afiqah dan Nurdini mengangguk laju.
“Benar kata kamu. Potret itu harus dihapuskan tapi dengan dua syarat. Pertama, jangan sesekali pandang potret itu.
Kedua, jika roh Afina sudah keluar daripada lukisan itu, bakar lukisan itu dengan minyak tanah nescaya dia pun akan turut terhapus. Kamu harus berhati-hati. Dia dahagakan darah kamu wahai Ahmad Danial Haikal”, Mek Shira memegang lengan Danial. Terasa seram sejuk tatkala angin bertiup dingin.
“Baiklah mek. Kami berangkat dahulu”. Nurdini dan Afiqah menyalami tangan Mek Shira. Ketika mereka semua berada di dalam kereta , Afiqah berkata
“Erm Dini, kau perasan tidak bau tangan Mek Shira macam bau orang mati?” .
Share this novel