“Kalau macam itu, saya ikut sekali. Tak betah duduk dekat luar ni seorang diri”, sahut Danial. Mereka berdua berjalan seiring menuju ke pintu dan memulas tombol. Kosong. Tiada gema suara mahupun pergerakan. Mayat-mayat tergantung masih berkeadaan biasa. Sewaktu hendak melangkah anak tangga pertama, bunyi benda merangkak kedengaran daripada jauh.
“ Jadiii, inilahhh keturunann Kasyahh ! Darah mudaaa! Hahahaha !”, Afina merangkak laju ke arah mereka. Afiqah jerit sewaktu kemunculan si penunggu itu.
“Iqah, pergi bilik bawah tanah sekarang. Ada minyak tanah bawah tu. PERGI !”, ujar Danial segera.
“Tapi awakk maca . .?”
“PERGIII !”, tempik Danial. Afiqah segera menuju ke bilik bawah tanah seperti yang diarahkan Danial. Danial lari menyembunyikan diri daripada penunggu tersebut . Sungguh dirinya terketar-ketar menahan rasa takut.
“DANNNNYYYY, LARI MANA CUCUKUU, MARILAHHH SINIIIIIII. . . TAKNAKK JUMPAA NENEKK KE? DANNYY BOLEHH LARI TAPI TAK BOLEH BERSEMBUNYIII ! HIHIHIHIHI !”. Afina merangkak perlahan. Giginya sudah kempunan untuk menggigit Danial. Dendam harus dibalas. Afina semakin hampir dengan tempat persembunyian Danial.
“Danial ! Aku dah jumpa minyak tanah tu ! Bila boleh bakar potret tu ?!” laung Afiqah kuat. Afina tersentak. Danial menampar dahi.
“KURANGG AJARRRRR !” Afina merangkak laju ke arah Afiqah. Afiqah yang mengesyaki kehadiran penunggu itu bertempik ketakutan. Cubaan untuk menaiki anak tangga gagal apabila kakinya ditarik oleh Afina. Kejadian sama terjadi terhadap Nurdini. Afiqah meraung kesakitan kerana mukanya diseret ke bawah. Kemudian, Afina merobek jantung Afiqah dan dilahapnya dengan rakus sekali.
“Pengajaran kepada sesiapa yang suka menganggu”, ujar Afina. Danial terkesima dengan kejadian yang berlaku. Semua kawannya telah mati. Mati dibunuh oleh penunggu itu. Minyak tanah sudahpun lenyap daripada pandangan. Hanya tinggal Danial keseorangan.
“CUCUUU, MARI SINI DEKAT NENEKKK, KITAA MATII SAMAA-SAMAAAA”, suara Afina bertukar seram. garau dan menakutkan.
Merangkak perlahan mendekati Danial yang kaku bagai patung cendana.
“Inikah takdir yang harus aku hadapi? Aku tak punya apa-apa” getus hati Danial sebelum dirinya diterkam Afina. Satu demi satu bahagian anggota badannya dihancurkan oleh penunggu tersebut sehingga tidak menampakkan rupa bentuk seorang manusia. Begitu tebal dendamnya terhadap keturunan Kasyah. Sejurus selepas itu, pihak polis dan anggota penyelamat pun tiba. Mereka semua terkejut besar kerana mayat-mayat bergelimpangan serata tempat. Inspektor Hambali memeriksa keadaan mayat-mayat. Semuanya dalam keadaan yang mengerikan. Dia bercadang untuk pergi ke tingkat atas.
“Eh, pintu Bilik 504 ini terbukalah”.
Ditolaknya pintu itu perlahan dan dilihat sebuah potret digantung kemas di tengah bilik. Lukisan seorang wanita yang memegang kepala seorang lelaki sambil tersenyum menyeringai.
Yang aku mahu agar segala dendam kesumatku ini terbalas dengan darah.
Sekali dendam ini tercipta seluruh keturunan kau takkan terlepas.
Sarang tebuan jangan dijolok, kelak kau menyesal dan hanya meratapi melihat roh terpisah dari tubuhmu sendiri.
Share this novel