“Kamu semua ni asal mana ye? Maklumlah, tak pernah nampak pun sebelum ini”, tanya Mek Shira kepada mereka. Senyuman manis dilontarkan membuktikan Mek Shira merupakan seorang yang peramah.
“ Oh, kami ni orang KL. Ada pembikinan filem dekat Kampung Tiak ini”, jawab Akim ramah.
“Wah, artis barulah ni. Dekat mana ye pembikinan filem itu? Boleh Mek jenguk-jenguk juga”, kata Mek Shira yang sibuk mengangkat gelas untuk dibasuh.
“Dekat rumah agam yang lama tu, Mek”, balas Afiqah yang sejak tadi berdiam diri.
“PRAKKKKKK”. Bunyi gelas jatuh memecah kedinginan malam. Mek Shira membulatkan matanya memandang keempat-empat mereka.
“APA ! Kamu tahu tak rumah itu ada sumpahan ! Kamu semua dalam bahaya. Cepat pergi dari sini. PERGI !” jerkah Mek Shira. Akim, Nurdini, Afiqah dan Danial yang kebingungan meminta Mek Shira untuk memperjelaskan segalanya. Pada mulanya Mek Shira menghalau mereka pulang tetapi apabila dipujuk lembut oleh Afiqah, Mek Shira akur.
“Kamu semua tahu tak, rumah yang kamu duduki selama ni ada penunggu.
Penunggu yang membunuh. Dikhabarkan setiap orang yang pernah berada di dalam itu tidak akan selamat kerana . .”, Mek Shira mengambil nafas.
“Hanya satu perkara sahaja”.
“Apa dia mek? Mek ceritalah !” ujar Akim tidak sabar.
“BILIK 504 . . .”, Mek Shira merenung ke setiap bola mata mereka. Danial tersentak.
“Bilik 504? Aku pernah masuk ke dalam bilik tu tetapi tiada apa-apa pun”, getus hati Danial.
Share this novel