BAB 4

Horror & Thriller Completed 3792

“Encik , isteri encik telah dimasukkan ke wad bersalin. Puan Attira ingin berjumpa dengan encik segera”, nyata seorang pegawai hospital.

“Oh, isteriku !” Danial segera mencapai beg kameranya dan bergegas ke hospital.

“Alhamdulillah, encik dapat anak lelaki”, jelas seorang doktor di situ.

“Alhamdulillah”, Danial berasa bersyukur dan berbangga kerana rezeki yang dilimpahkan oleh Ilahi kepadanya. Ketika itu juga dia sudah menjadi seorang bapa. Danial berfikir sejenak untuk meletakkan nama kepada bayinya yang baru lahir itu.

“Syafiq? Ya. Syafiq Nadzri bin Ahmad Danial !”. Danial mencium pipi montel Syafiq dengan penuh kasih.

“Danny, mama harap kamu jadilah seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak kamu yang baru lahir ni. Kamu ni sekarang dah jadi ketua keluarga. Segala keperluan isteri dan anak kamu terletak di atas bahu kamu. Faham sayang? Lagi satu, kamu harus pandai bahagi masa antara kerja dengan keluarga. Menyiasat, menyiasat juga. Jangan nanti Danny yang kena siasat dekat akhirat nanti sudah.” Puan Zaiton mengusap kepala Danial. Anaknya itu sudah dewasa . Sayang benar dia terhadap Danial.

“Maksud ibu?” tanya Danial kurang mengerti.

“Yalah, tinggalkan tanggungjawab. Nak, ingat pesan mama tahu. Jangan bahayakan diri kamu”, jawab Puan Zaiton. Hatinya tidak betah perihal kes yang disiasat Danial.

“No problem, mom” . Danial lantas memeluk ibunya.

Usai mengerjakan sujud syukur, Danial pulang ke rumah agam tersebut.”TAHNIAH!”, laung semua kru produksi. Danial hanya tersenyum. Tatkala malam menjengah, ada satu jeritan bergema di tingkat atas. Mayat Alia digantung dengan biji mata terjuntai manakala hatinya dirobek. Dipercayai si pembunuh mencungkil kedua-dua biji mata Alia sebelum dibunuh. Nurdini yang menjumpainya menggeletar ketakutan. Semua kru produksi bergegas menuju ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience