BAB 8

Horror & Thriller Completed 3792

“Dalam bilik tu ada potret. POTRET SI PENUNGGU”, dipercayai sesiapa yang melihat potret tersebut akan diganggu sehingga mati dan penunggu itu akan membunuh sesiapa sahaja yang menceroboh kawasan rumahnya . . .”, ujar Mek Shira dengan nada seram. Semua kaget. Danial bagai hilang kata-kata. Pertama kali berurusan dengan makhluk halus bukan angannya. Nurdini dan Afiqah menjerit kecil. Liang bulu roma berdiri tegak. Rupa-rupanya itulah pembunuh sebenar yang mereka cari selama ini. Yang telah membunuh kawan-kawan mereka dengan zalim.

“Mek, kalau tak keberatan, boleh tak cerita siapa sebenarnya si penunggu ni dan macam mana dia boleh berada dalam potret ?”, Akim dapat mengagak penunggu itu seperti menuntut bela. Mek Shira memandang sayu ke arah mereka. Cuba mengungkit memori hitam yang pernah terjadi di kawasan itu.

“Dahulu, ada sepasang suami isteri telah berpindah ke rumah itu, Kasyah dan Afina. Setiap hari merupakan hari yang bahagia buat mereka berdua di dalam rumah agam yang besar itu, tetapi . . langit tidak selalunya cerah. Pengkhianatan cinta si lelaki mengakibatkan satu nyawa telah melayang. Nyawa milik isterinya, Afina . . .

“Sampai hati abang menduakan Fina ! Apa silap Fina selama ni?! Segala kemahuan dan keperluan abang, Fina turuti. Abang memang tak berhati perut , abang . .

“PAAAPP!”, satu tamparan kasar hinggap di pipi Afina. Afina terkulai layu di lantai.

“Aku kata DIAM! Kau ni perempuan tak sedar diri diuntung! Suka hati akulah nak berkasih dengan perempuan mana sekalipun ! Kau tu perempuan simpanan aku je”, Kasyah mendekati Afina lalu menarik rambutnya. Afina meraung kesakitan. Air matanya merembes keluar.

“ Lagipun, aku ni dah muak dengan kau”, Kasyah menghempukkan kepala Afina di meja. Afina mengerang. Terasa rekah bumi yang dipijaknya, gelap dunia baginya dan berpinar-pinar pemandangannya. Kepalanya berdenyut laju.

“ Sebab betina tu abang buat Fina macam ni? Abang pukul Fina! Abang mema . . URKK !”. Satu tusukan tepat mengenai perutnya. Afina tersentap. Darah merah memercik ke lantai. Afina rebah ke bumi. Hatinya pedih. Lebih pedih berbanding ditusuk pisau ini.

Mulutnya terkumat-kamit membicarakan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience