“Eh, kau pun bau juga? Macam ada bau kemenyan juga kan?”, Nurdini cuba untuk menghidu-hidu tapak tangannya. Tiba-tiba mereka berdua terdiam. Danial dan Akim yang berada di hadapan pun turut terkedu. Jangan-jangan, . . . Akim segera memberhentikan kereta. Mereka berempat menoleh ke belakang. alangkah terkejutnya gerai yang mereka duduki sebentar tadi sudah tiada. Hilang daripada pandangan. Yang tinggal hanya hutan-hutan terbiar di tepi jalan. Jeritan bergema di dalam kereta bagaikan diserang histeria. Akim memecut laju meninggalkan kawasan Kampung Tiak yang berhantu.
“Apa aku perlu lakukan sekarang? Aku sepatutnya menyiasat kes-kes pembunuhan yang berlaku di rumah agam itu bukannya terlibat sekali”, Danial mengusap mukanya. Tertekan dengan perkara yang melanda dirinya.
“Sabar Danny. Aku tahu kau bijak menyelesaikan masalah. Kalau tidak, taklah kau jadi detektif kan”, Afiqah mengenyitkan matanya kepada Danial. Nurdini dan Akim memberi kata-kata dorongan kepadanya. Mereka tiba di perkarangan rumah agam itu. Masing-masing melayani perasaan melihat rumah agam yang usang itu.
“Sekarang tinggal kita berempat sahaja. Mampukah kita selamat?” sayu suara Dini.
“We have to. Or else . .”sahut Akim.
“Or else, benda tu akan terus menghantui rumah ini”, jawab Danial.
“Let’s move on. We need to burn it”, Afiqah keluar segera daripada kereta. Danial memulas perlahan tombol pintu utama rumah tersebut. Angin lembut menyapa muka mereka tatkala pintu dibuka.
“Mana semua kru produksi kita?”, Nurdini mencari-cari kelibat mereka tetapi tiada. Darah menitik di atas kepala Afiqah lalu turun ke mukanya. Darah merah menitik lagi. Afiqah mendongakkan kepalanya. Mayat-mayat kru produksi tergantung di atas siling. Afiqah menjerit sekuat hati. Gerun dan seram menghantui diri mereka. Akim segera pergi ke tingkat atas dan menuju ke Bilik 504. Dihempasnya pintu bilik itu berbekalkan tenaga lelakinya. Akim terjerit kecil. Kain rentang yang menutupi potret itu sudah tiada dan . . potret itu tergantung di dinding bilik.
Share this novel