Di sebuah kawasan yang dijaga ketat oleh tentera upahan dan anak buah Remy, Aulia dikurung di dalam sebuah bilik dengan mata dan mulut yang ditutup. Dia langsung tidak dapat bergerak mahupun bercakap. Kawasan bilik itu terasa begitu hangat dan lembap serta bilik itu hanya diterangi cahaya pelita sahaja.
Tanpa mereka semua sedari, Farouk dan pasukan yang lain sedang memerhatikan gerak geri mereka. Lans Koperal Fazlan Jauhari dengan menggunakan rifle miliknya meninjau kawasan itu menggunakan skop dan dia dikawal oleh Jaka dan Dali sementara ASP Vijay menyamar sebagai salah seorang anak buah remy.
Carter pula berada di sebalik bebatuan di sektor utara bersama James dan Fred manakala Farouk dan Azlan berada di sektor timur. Jam menunjukkan pukul 2215. Mereka akan melakukan serangan pada pukul 2230.
2 Hari Sebelum itu...
Zul yang berseragam polis duduk termenung di dalam pejabat. Dirinya risau akan keselamatan anak perempuannya yang dilaporkan hilang. Tiada sebarang petunjuk yang ditemui mengenai kehilangan Aulia.
"Assalamualaikum tuan!" Ucap Koperal Umar.
"Waalaikumussalam." Balas Zul.
"Tuan kita ada masalah. Terdapat kejanggalan dengan kematian Ronnie tuan. Pihak forensik dah gali semula kubur tu dan hasil ujian DNA mayat tu bukan Ronnie."
Terbeliak mata Zul mendengar berita itu. "Apa kejadah!? Jadi mayat siapa pulak tu?"
"Hasil siasatan kami, mayat itu ialah orang kanan Ronnie iaitu Remy yang kita sedang buru sekarang ni tuan. Kemungkinan untuk individu yang ditahan oleh anggota kita haritu ialah Ronnie adalah sangat tinggi tuan."
Terlopong mulut Zul mendengarnya. Plot twist yang boleh membuat pembaca menjadi gila.
"Hubungi Jabatan Polis Indonesia, Thailand dan kedutaan Inggeris. Kita akan ada perang besar."
Kembali ke masa sekarang. Dengan menggunakan senapang yang dilengkapi peredam bunyi, satu tembakan mengenai pengawal di atas menara. Setelah itu, satu lagi tembakan mengenai seorang lagi pengawal.
"East Block clear."
Carter, Fred dan James segera meluru masuk ke dalam markas dan menyembunyikan mayat anggota musuh.
"Tuan, tuan nak buat apa tu tuan?" Tanya Lans Koperal Fazlan Jauhari melalui alat komunikasi setelah dia melihat Farouk tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian. Farouk tidak merespon malah dia mempercepatkan langkahnya.
"Tuan? Tuan! Alah sial!"
Lans Koperal Fazlan Jauhari menghubungi Azlan "Tuan, apa benda yang tuan Farouk nak buat tu tuan?"
"Aku dah larang dia tapi dia punya degil mengalahkan budak-budak."
Seorang tentera upahan ditembak mati oleh Farouk. Farouk berlari masuk ke dalam kawasan markas musuh tanpa menghiraukan bahaya yang menanti kerana tindakannya yang cuai.
"What!? Oh my...!" Carter menepuk dahinya setelah mengetahui tindakan Farouk.
"This guy gonna ruined our mission." Kata Carter lagi.
Farouk memecah masuk ke dalam sebuah gudang dengan senjata yang terhunus. Dua orang pengawal berjaya ditembak mati oleh dirinya. Farouk memecahkan satu persatu pintu untuk mencari tempat isterinya disembunyikan.
Sementara itu, Carter akhirnya sampai di bilik bekalan kuasa. Fred memotong semua wayar menyebabkan kesemua lampu di kawasan itu terpadam.
"What the hell?"
Beberapa orang pengawal menggunakan lampu suluh lalu mereka segera menuju ke arah bilik bekalan kuasa. Setelah mereka pergi, Carter, James dan Fred berjalan ke sebuah bangunan yang diperbuat daripada batu.
Setelah mereka memeriksa ke dalam, mereka dapat memastikan ada dua orang pengawal bersenjata. Dengan cekap, mereka membuka pintu dan membunuh mereka berdua. Setelah itu, mereka menuju ke arah sebuah pintu dan saat pintu itu dibuka, mereka melihat Aulia yang diikat di atas sebuah kerusi.
Carter segera meluru ke arah Aulia lalu membuka penutup matanya "Easy lady. Your nightmare is over."
Namun saat itu, Carter menyedari ada darah pada seluar Aulia.
"What the...!? Hey help me."
Carter perasan terdapat kesan pukul pada wajah Aulia dan ketika penutup mulutnya dibuka, kedengaran suara tangisan kecil wanita itu.
Fred kemudian membantu Aulia untuk keluar dari kawasan itu. Carter menggunakan walkie-talkie untuk memaklumkan tebusan berjaya diselamatkan.
"Package secured. Get to the RV now!"
Sementara itu, Farouk yang berada di dalam gudang tadi masih mencari kelibat Aulia. Dia tidak menyedari jika isterinya sudah diselamatkan oleh Carter dan rakan-rakannya yang lain. Tanpa sedar, gudang itu sedang menjadi sasaran RPG-7.
"Boom!"
"Allahuakbar!" Teriak Farouk setelah terjadi letupan di dalam gudang itu.
Tubuh Farouk terpelanting. Letupan itu menyebabkan dirinya pengsan.
"Hey Kopral, liat disana!" Kata Jaka setelah melihat letupan terjadi.
Lans Koperal Fazlan Jauhari terkejut melihat letupan itu. Dia segera menghubungi Carter. Di luar, beberapa buah trak berisikan tentera upahan sampai lalu keluarlah puluhan tentera upahan.
"Bangsat." Lans Koperal Fazlan Jauhari melepaskan tembakan ke arah mereka.
Fred sedang membantu Aulia yang cedera berjalan dan tiba-tiba mereka diserang.
"Contact at 12! Contact at 12!"
Mereka segera pergi ke tempat perlindungan. Carter yang menggunakan Rifle AR-15 membalas tembakan pasukan musuh. Azlan yang melihat terjadinya pertempuran segera keluar dari kedudukannya untuk membantu rakan-rakannya.
Di saat beberapa anggota pasukan musuh menuju ke arah Carter dan yang lain, sebuah gudang di tepi mereka meletup dan membunuh beberapa orang daripada mereka. Ternyata gudang itu telah dipasang dengan bahan letupan dan individu yang telah memasang bahan letupan pada gudang itu ialah ASP Vijay. Dia berjaya menyusup masuk untuk memasang bahan letupan pada beberapa buah bangunan.
Satu persatu rumah, pondok dan gudang di tempat itu meletup satu persatu. Sebanyak 7 buah gudang dan bangunan di tempat itu telah dipasang dengan bom oleh ASP Vijay. Letupan itu menyebabkan ramai anggota pasukan musuh terbunuh.
Lans Koperal Fazlan Jauhari terus memberikan tembakan perlindungan untuk rakan-rakannya. Sementara itu, Jaka dan Dali dengan menggunakan grenade launcher menembak kereta pasukan musuh yang ingin memberikan bantuan.
"Uurghh, apa dah jadi?"
Farouk cuba menggerakkan tubuh badannya yang terasa begitu sakit. Saat itu, dia melihat seorang wanita berdiri di hadapannya. Dia adalah Lara.
"Pang!"
Kepala Farouk dipukul dengan keras oleh Lara dengan menggunakan sebatang paip besi menyebabkan dia kembali pengsan. Beberapa orang anak buahnya segera menyeret tubuh Farouk untuk dibawa pergi.
Sementara itu, di rumah api, Leftenan Udara Zarif Aimin TUDM sedang duduk bersantai di dalam pesawat kesayangannya sementara Jonathan berada di bilik bawah tanah. Jonathan tiba-tiba mendapat panggilan telefon. Dia segera mengangkat panggilan telefon itu.
"What? Is that true sir?"
Panggilan itu daripada seorang pegawai tinggi daripada Interpol. Pegawai itu memaklumkan jika mereka mendapat berita daripada PDRM. Ternyata Ronnie, ketua kumpulan The Red Fox dipercayai masih hidup dan apa yang lebih mengejutkan, mayat yang selama ini disangka ialah Ronnie rupanya ialah orang kanannya iaitu Remy.
(Jangan komen apa apa. aku pun pening walaupun ni karya aku sendiri)
Sementara itu, Carter, Fred dan James masih terperangkap dalam kepungan musuh. Mereka terus membalas tembakan sementara Aulia pula hanya duduk memeluk lutut dan wajahnya dirapatkan pada lututnya. Dia kelihatan seperti orang yang sudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan.
Di saat mereka dalam keadaan terkepung, sebuah helikopter hitam yang dilengkapi mesingan M2 Browning muncul. Door Gunner melepaskan tembakan ke arah pasukan musuh dan mengorbankan ramai pasukan musuh. Helikopter itu ternyata daripada pasukan tentera Nasional Indonesia yang membantu pasukan polis.
"Yeah, kill them all!" Mereka bersorak kegembiraan melihat bantuan yang tiba.
Dari dalam helikopter, empat anggota pasukan tindakan khas turun dan melepaskan tembakan ke arah pasukan musuh. Pertempuran berakhir pada waktu subuh.
2 Jam kemudian...
Azlan berjalan di kawasan tapak markas yang sudah hancur lebur. Mayat dan kemusnahan berada di mana-mana. Saat sedang memerhatikan kawasan sekeliling, dia didatangi oleh pegawai atasannya iaitu Zul.
"Tuan!"
Azlan segera menegakkan badan dan memberitahu tabik hormat. Zul pun turut membalasnya.
"Macam mana tuan?" Tanya azlan.
"Parah. Anak aku alami keguguran. Combat medic jumpa banyak sangat kesan pukul pada badan dia. Dipercayai dia dipukul dengan objek tumpul." Jelas Zul.
Azlan memandang ke sekeliling kawasan itu yang dikerumuni oleh pasukan polis Interpol.Ketika itu, barulah dia menyedari jika Farouk tidak ada bersama mereka.
"Tuan, mana Farouk?"Tanya Azlan
"Itu yang aku pelik. Pasukan kita tengah cari dia. Kemungkinan dia diculik oleh kumpulan penjenayah." Jawab Zul.
"Oh ya. Ada satu lagi berita. Berita ni sebenarnya sangat mengejutkan. Aku sendiri susah nak cerita." Kata Zul lagi.
"Apa dia tu tuan?"
Di rumah api, kelihatan ruangan di rumah api itu bersepah dan terdapat kesan tembakan. Kelihatan Jonathan tersandar pada dinding dalam keadaan berlumuran darah dan disebelahnya, terdapat tubuh badan Leftenan Udara Zarif Aimin TUDM yang tidak lagi bernyawa. Di hadapannya terlihat Remy yang berdiri sambil memegang sepucuk pistol.
Rupanya Remy yang telah ditahan itu ialah Ronnie yang selama ini menyamar menggunakan topeng penyamaran. Dia mencabut topeng itu dan menampilkan wajah sebenarnya. Dirinya ketawa sebelum berkata "Stupid."
Pistol di tangannya diacukan ke arah Jonathan. Jonathan menutup kedua matanya pasrah menghadapi kematian. Pelatuk pistol ditarik dan bunyi tembakan bergema di sekeliling ruangan.
"BANG!" "BANG!" "BANG!"
BERSAMBUNG...
Share this novel