Bab 9: Pertempuran Maut (End)

Action Completed 1120

Bunyi letupan dan tembakan kedengaran bagaikan perang di pulau itu. Pertempuran di luar terus terjadi. Pasukan Khas yang menyerbu terus menggempur anak buah Ronnie. Pertempuran ini menewaskan banyak nyawa daripada kedua belah pihak.

Di dalam sebuah bangunan, Farouk masuk ke dalam sambil membawa sepucuk pistol. Beberapa anak buah Ronnie berjaya dibunuh dengan senyap dan pantas. Farouk mengambil selaras rifle AK 47 dan beberapa magazine peluru daripada salah seorang anak buah Ronnie yang berjaya dibunuh.

"Bang!" "Bang!" "Bang!"

Bertalu-talu tembakan dilepaskan ke arah Farouk. Farouk segera berlindung disebalik palang tangga lalu membalas tembakan. Farouk yang lebih terlatih berjaya melumpuhkan pasukan musuh yang cuba membunuhnya.

Kakinya melangkah perlahan-lahan menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Beberapa das tembakan dilepaskan ke arahnya namun dapat dielak.
Farouk berjaya melumpuhkan pasukan musuh dan segera mencari keberadaan Ronnie.

Di luar, beberapa pasukan musuh mati dibunuh oleh Lans Koperal Fadzlan Jauhari yang memberikan tembakan perlindungan kepada Carter. Carter yang bersenjatakan rifle HK-416 bersama dengan dua anggota khas berlari ke sebuah kawasan penuh dengan kereta-kereta lama. Namun muncul beberapa pengganas yang menyerang menyebabkan dua anak buahnya terbunuh.

Carter hanya melepaskan beberapa tembakan dan berjaya membunuh kesemua musuh yang kurang terlatih. Namun tiba-tiba muncul serangan mortar yang entah datang dari arah mana menyebabkan Carter terpelanting. Ternyata, mereka adalah tentera upahan APEX dari Amerika yang menjadi pengawal kepada Ronnie.

"Wei anak haram mana tembak mortar ni!?" Kata Ramesh yang hampir terkorban kerana letupan.

"Take Cover!" teriak seorang anggota pasukan khas apabila lebih banyak serangan mortar datang. Serangan itu bukan sahaja menyasarkan anggota pasukan khas tetapi juga membunuh beberapa anak buah Ronnie.

Lans Koperal Fadzlan Jauhari bersama raifalnya tiba-tiba mendapat serangan. Serangan itu membunuh rakannya di sebelah yang sedang menggunakan teropong.

Tembakan dilepaskan ke arahnya namun dia berjaya mengelak dengan berguling. Lans Koperal Fadzlan Jauhari yang memakai penyamaran rerumput hijau segera membidik mencari musuhnya dan ternyata dia berada di atas pokok.

"Bang!"

"Arghh!"

Satu tembakan terkena bahunya. Lans Koperal Fadzlan Jauhari bagaimanapun cuba untuk melupakan rasa sakitnya. Dia harus fokus dengan tujuan utamanya iaitu membunuh musuhnya.

"Bangsat kau anak anjing."

Lans Koperal Fadzlan Jauhari dengan riflenya bersembunyi disebalik batang pokok yang telah jatuh. Dia menggunakan sebuah kaca kecil yang dipegang menggunakan kedua belah kakinya. Dengan cermin itu dia berjaya menyilaukan pandangan musuh.

"BANG!"

Tembakan yang dilepaskan berjaya menembusi kepala musuh.

"Alhamdulillah." Ucap Lans Koperal Fadzlan Jauhari. selepas berjaya membunuh musuhnya.

Namun pertempuran semakin berkecamuk. Letupan terjadi di sana sini. Tanah di pulau ini berubah menjadi warna merah kerana disirami darah pengganas dan pasukan khas.

Zul, meskipun umurnya sudah 50-an, dia masih lagi kuat dan tangkas seperti dahulu. Bersama beberapa orang anggota polis, dia menembak mati beberapa orang anggota musuh. Dia juga masih kuat berlari untuk mengelakkan diri daripada terkena serangan mortar.

"Kita kena cari lokasi serangan musuh dan musnahkan mereka. Kalau tak, kita akan mati." Kata Zul kepada Azlan dan anggota polis lain.

"Ikut aku!" Arah Zul kepada Azlan anggotanya. Mereka bergerak masuk ke kawasan hutan.

Sementara itu, Farouk terlibat dalam satu pertempuran dalam bangunan itu. Farouk berlindung disebalik palang-palang tangga. Bunyi tembakan yang mengenai besi kedengaran memenuhi segenap ruang.

Setelah musuhnya kehabisan peluru, Farouk keluar daripada perlindungannya dan menembak mati anggota musuh di hadapannya. Farouk mendekati mayat-mayat itu untuk merampas peluru dan senjata milik mereka.

Selepas merampas peluru dan senjata daripada mereka, Farouk terus menaiki tangga dan menendang pintu. Dengan senjata terhunus Farouk melalui koridor itu untuk mencari kelibat Ronnie. Dia sempat dihadang oleh beberapa orang anggota musuh namun berjaya diatasi dengan begitu mudah.

Farouk memecahkan satu persatu pintu yang dilihat untuk mencari Ronnie namun ketika dia memecahkan sebuah pintu, Ronnie ditendang oleh seorang wanita. Senjata di tangannya terjatuh.

"Hello Mr Husband."

Wanita itu adalah Lara. Lara membuka baju kalis peluru di tubuhnya dan bersiap sedia untuk bertarung dengan Farouk.

Farouk hanya tersenyum seraya berkata "Cik adik, apa kata cik pakai balik sebab saya taknaklah cacatkan badan cik adik."

Terjadilah pertarungan diantara mereka berdua. Dengan taktik berlawan yang hebat, tiada tanda-tanda siapa yang akan kalah.
Ratusan tumbukan, pukulan dan tendangan dilayangkan.

Darah mereka berdua merecik membasahi dinding. Keadaan bilik yang pada mulanya kemas kini bagaikan tongkang pecah. Lara yang bertubuh kecil berjaya memanfaatkan kelebihannya itu dengan memberikan tendangan pada wajah Farouk.

Farouk juga tidak kurang hebatnya. Dia berjaya mengalihkan perhatian Lara dan menyiku wajah Lara sehingga dia terjatuh. Namun gadis itu kembali berdiri dan meneruskan pertarungan.

Farouk dengan laju berlari dan memeluk tubuh Lara sebelum dihempas dengan kuat ke arah sebuah pintu. Hempasan itu amat kuat sehingga pintu itu pecah dan mereka berdua terjatuh di atas lantai.

Farouk dengan mulut yang berdarah melihat ke arah Lara yang sudah tidak berdaya. Farouk mengambil sebilah serpihan kayu yang dia jumpa. Dia memegang wajah Lara agar dia tidak dapat bergerak dan dengan sekuat hati dia menikam perut Lara.

Lara akhirnya tumbang. Farouk sambil memegang tubuhnya yang sakit, keluar daripada ruangan itu.

"Allahuakbar."

Farouk yang lemah akhirnya terjatuh. Dia tidak mampu untuk berjalan. Namun apabila teringatkan apa yang telah Ronnie lakukan terhadapnya membuatkan dia kembali bangkit untuk terus mencari Ronnie.

Farouk menaiki anak tangga menaiki tingkat atas dan dia melihat seorang lelaki yang sudahpun menangi kehadirannya. Siapa lagi jika bukan Takeshi?

"Hello Officer."

Takeshi menjatuhkan sebilah pedang di atas lantai. Dia menyepak pedang itu ke arah Farouk. Farouk mengambil pedang itu dan berlari ke arah Takeshi. Takeshi mengeluarkan pedangnya dan terjadi pertempuran menggunakan senjata tajam.

"Shringg!"

Bunyi gemerencing pedang kedengaran. Tidak disangka Farouk tahu cara menggunakan pedang. Namun, Takeshi yang lebih mahir menggunakan pedang berjaya mendapatkan celah dan memukul belakang Farouk menggunakan belakang pedang. Dia berjaya menjatuhkan Farouk.

"The blade is not the only part of a sword." Kata Takeshi "Where did you learn how to fight with a sword."

Dengan selamba Farouk menjawab "Video games."

Kedua mereka terus bertarung dengan lebih sengit. Namun, Farouk terkena serangan mata pedang Takeshi. Akibatnya dia mengalami kecederaan namun dia tetap meneruskan pertempuran.

"Hiarrgggh!"

Farouk terus berjuang habis-habisan untuk membunuh Takeshi begitu juga dengan Takeshi yang sedaya upaya untuk mempertahankan diri. Farouk terus mengamuk menyerang Takeshi bertubi-tubi.

Farouk melihat sebuah lampu minyak di atas meja dan sebuah tong gas yang terpasang dengan tiub. Farouk memiliki idea. Dia membiarkan Takeshi terus menyerang dirinya dan memancing dirinya ke arah tong gas itu.

Farouk berjaya memancing Takeshi sehingga Takeshi terpotong tiub gas itu. Farouk mengambil kesempatan dengan menyerang belakang tubuh Takeshi sehingga dia menjerit kesakitan. Farouk dengan pantas mengambil lampu minyak di atas meja.

Takeshi yang baru sahaja bangkit melihat tiub dan yang terputus dan mengeluarkan bau gas. Dia juga sempat melemparkan pandangan melihat ke arah Farouk di pintu keluar dan bersiap sedia untuk melemparkan lampu minyak itu. Takeshi hanya ketawa kecil menyedari dirinya sudahpun termasuk dalam perangkap Farouk.

Farouk mencampakkan lampu minyak tadi ke arah tong gas itu. Dengan pantas, Farouk menutup pintu dan melompat untuk mendapatkan perlindungan.

"BOOM!"

Satu letupan besar terjadi sehingga dapat dilihat oleh semua orang di luar. Letupan itu juga dilihat oleh tentera upahan APEX yang menggunakan mortar. Namun, mereka menerima serangan daripada Zul dan anak buahnya.

Terjadi tembak menembak antara mereka berdua. Pertempuran menjadi sangat sengit kerana kedua belah pihak sama-sama terlatih. Zul melepaskan tembakan namun tidak ke arah tentera upahan itu melainkan ke arah bom mortar.

"Take Cover!"

Peluru meriam itu meletup dan terjadi letupan dahsyat membunuh semua tentera upahan di lokasi itu. Kini ancaman mortar berjaya dihapuskan.

Farouk dengan pedang samurai yang dirampas tadi tiba di tingkat seterusnya sebelum sampai ke tingkat terakhir. Farouk diserang oleh puluhan anak buah Ronnie yang bersenjatakan pisau. Farouk juga sempat menerima tikaman pisau. Akibatnya dia terjatuh rebah.

Salah seorang anak buah Ronnie ingin menikam Farouk namun entah daripada mana muncul tembakan yang menyelamatkan nyawanya.

Seorang lelaki muncul dan dia adalah Carter. Farouk hanya mampu menarik nafas lega kerana umurnya masih panjang.

"You owe me a pizza with papperonni and cheese " Kata Carter sambil membantu Farouk untuk berdiri.

"I'm sorry, I didn't listen to your instructions, Carter." Kata Farouk dengan nada serba salah.

"We'll talk about that later." Kata Carter. Dia menyerahkan sepucuk pistol kepada Farouk dan mereka menaiki tingkat terakhir. Setelah pintu dibuka, mereka melihat Ronnie yang berdiri membelakangi dirinya.

"Freeze! Hand in the air!" Arah Carter.

Ronnie mengangkat tangannya. Dia menghadap ke arah mereka dan ternyata...

"Haha korang semua akan mati."

lelaki itu bukanlah Ronnie. Dia adalah seorang pengebom berani mati dan tubuhnya terikat dengan bom.

"Mampus kau sial!"

Farouk dan Carter melompat ke bawah tangga tepat sebelum bom itu meletup namun impak bom itu terkena mereka sehingga mereka berdua pengsan. Dalam keadaan separuh sedar, Farouk sempat menyebut nama isterinya.

"Aulia."

Sebelum dia akhirnya pengsan.
Tepat pada saat itulah Zul bersama dengan Azlan, Jaka, Dali, Fred, James, Ramesh dan ASP Vijay tiba di tingkat itu. Mereka terus membantu Farouk dan Carter yang cedera.

Tiga Minggu Kemudian...

Di Hospital, Aulia duduk di sebelah Farouk yang terbaring di atas katil. Rupanya, dia mengalami koma selama tiga minggu. Aulia begitu risau dengan keadaan suaminya. Selepas kematian anak di dalam kandungan, dia tidak mahu pula kehilangan suaminya.

Mata yang sekian lama tertutup kini kembali terbuka. Aulia yang melihatnya gembira sehingga mengeluarkan air mata. Dengan segera Aulia memanggil Doktor.

Beberapa hari kemudian, Farouk yang sudah keluar daripada hospital dibawa dengan sebuah kerusi roda oleh Aulia berjalan-jalan di tepi pantai Port Dickson.

"Alhamdulillah abang sekarang dalam keadaan stabil. Aulia bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan umur abang." Kata Aulia kepada suaminya.

"Alhamdulillah. Abang pun bersyukur kita dapat kembali bersama. Takpelah, mungkin bukan rezeki kita untuk ada anak hari ini.

Ketika mereka sedang asyik berbual, seseorang memanggil Farouk daripada belakang.

"So you made it."

Satu suara daripada belakang tidak asing di telinga Farouk. Dia adalah Carter bersama dengan Zul.

"Carter." Kata Farouk.

"Ayah!" Kata Aulia pula.

"Don't forget you owe me a pizza."

Aulia menyalam dan mencium tangan ayahnya manakala Farouk bersalaman dengan Carter.

Mereka duduk sambil berbincang.

"Farouk, I have just received further instructions from headquarters. Ronnie has indeed disappeared but we can still trace him."

"I am willing to carry out this mission. I'll make sure that bastard hangs to death.." Kata Farouk pula.

"I have already contacted our team. We have a new mission."

Lalu Farouk bertanya "What mission is that?"

"Operation Black Horn."

TAMAT...

Terdapat satu lagi novel baharu. InshaAllah awal tahun 2025 atau mungkin lebih awal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience