"We're save here." Ujar Carter Setelah mereka berjaya melarikan diri.
Mereka kemudian duduk berehat setelah berlari sejauh beberapa kilometer daripada kejaran pasukan Remy. Mereka cuba menghubungi Jonathan namun gagal. Ini kerana orang-orang Remy telah berjaya menggodam sistem komunikasi mereka.
Di pinggir jalan, beberapa buah kereta pikap yang berisikan tentera Ca Sau berhenti lalu ratusan bahkan ribuan anggota tentera mereka masuk ke dalam kawasan untuk memburu pasukan polis. Mereka semua bersenjatakan AK-47 dan memakai beret berwarna hitam. Mereka yang lebih mengetahui selok belok kawasan hutan mula melakukan perburuan.
Mereka turut membawa anjing pengesan untuk menjejak lokasi pasukan polis. Anjing mereka tiba-tiba mengesan sesuatu. Tentera Ca Sau mengikuti anjing itu yang membawa mereka ke sebuah dahan pokok yang sudah mereput.
Tentera Ca Sau memeriksa dahan itu lalu...
"BOOM!"
Ternyata Farouk sempat memasang bahan letupan pada dahan itu untuk melengahkan pergerakan Remy dan tentera Ca Sau. Letupan itu membunuh lima orang anggota tentera Ca Sau. Hal ini malah membuatkan lebih ramai tentera Ca Sau berdatangan.
"Did you hear that?" Kata Fred yang mendengar bunyi letupan.
"They here. We need to move now!" Kata Carter lalu mereka meneruskan perjalanan mereka.
Saat itu, beberapa kenderaan taktikal tentera muncul. Satu unit pasukan tentera upahan keluar dari kereta itu lalu memasuki kawasan hutan untuk memburu pasukan polis. Dengan senjata dan perlengkapan yang setaraf dengan pasukan khas, mereka pastinya akan menjadi saingan yang cukup sukar untuk ditewaskan.
Di dalam sebuah gua, Carter dan yang lain sedang membincangkan strategi baharu mereka.
Mereka merancang akan menyerang istana Jeneral Radick kerana mereka mendapati maklumat jika Remy akan bertemu dengan Jeneral Radick untuk satu tujuan perniagaan. Jadi mereka telah merancang strategi yang bernas untuk menyerbu masuk ke istana itu.
Setelah kata sepakat dicapai, mereka semua menyiapkan senjata mereka untuk serbuan selepas ini. Tentera Ca Sau dan anak buah Remy tidak menjadi masalah besar kerana mereka kurang terlatih namun masalah di sini ialah tentera upahan Amerika yang sangat terlatih dan berbahaya. Jadi mereka perlu lebih berhati-hati.
Ketika mereka bangun untuk meneruskan perjalanan, Azlan melihat sesuatu.
"Incoming!"
Satu serangan RPG-7 menghentam mereka. Ternyata serangan RPG itu dilakukan oleh tentera upahan Amerika. Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah mereka namun mereka dengan pantas bersembunyi di sebalik pohon dan batu.
Mereka kemudian membalas segala serangan tentera upahan. Pertempuran sengit terjadi diantara mereka. Bunyi tembakan mereka kedengaran di seisi kawasan hutan.
Farouk berjaya menembak mati seorang tentera upahan yang cuba mara ke arah mereka. Dia juga berjaya menembak kepala seorang tentera upahan yang cuba untuk melemparkan bom tangan. Akibatnya, bom tangannya terlepas dan meletup membunuh dua orang tentera upahan yang lain.
Dron yang dikendalikan oleh Jonathan muncul lalu mengebom kedudukan pasukan tentera upahan. Letupan itu membunuh beberapa orang anggota pasukan mereka. Akhirnya tentera upahan terpaksa berundur kerana dron tempur itu.
"Clear!"
Setelah dipastikan kawasan itu selamat, mereka segera keluar dari tempat persembunyian mereka. Saat itu, seorang anggota mereka cedera. Fred mengalami kecederaan pada mata kirinya.
Jaka segera membantu mengubati luka pada matanya. Dia membalut luka itu dengan menggunakan pembalut luka yang dibawa. Fred mengalami kecederaan kerana serangan RPG-7.
Di Malaysia...
Aulia sedang memandu Sebuah kereta untuk membeli barang-barang dapur. Jarak rumahnya dengan pusat membeli belah agak jauh jadi dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai. Kereta Proton itu dipandu laju menuju ke arah pusat membeli belah.
Setelah sampai di luar pusat membeli belah, dia meletakkan kereta di tempat letak kereta di basement. Namun, muncul sebuah van putih dari belakang. Muncul dua orang penjenayah dari dalam van itu lalu menculik Aulia.
"Eh, apa ni!? TOLONG!! LEPASKAN AKU!!"
Namun mulut Aulia ditutupi dengan sehelai kain yang sudah dilumurkan dengan bahan kimia. Bahan kimia itu membuat tubuh Aulia menjadi lemah dan akhirnya dia tidak menyedarkan diri. Tubuh Aulia dibawa masuk ke dalam van dan dia segera dibawa ke sebuah lokasi.
Sementara itu, Farouk dan yang lain sedang berehat sambil membuat sebuah ungun api. Jam menunjukkan pukul 2200. Mereka akan melakukan serangan ke atas istana Jeneral Radick pada tengah hari esok.
Farouk termenung di hadapan ungun api. Entah kenapa hatinya merasa ada sesuatu yang buruk sedang terjadi.
"Aulia."
Nama itu tiba-tiba muncul di fikirannya. Isteri tercinta yang ditinggalkan sejak beberapa hari yang lalu untuk satu misi berbahaya. Dia perlu mengikuti arahan pihak atasan kerana dia sudah bersumpah untuk berkhidmat demi negara.
"Kau termenung apa Farouk?" Tanya Azlan melihat Farouk termenung.
"Takde apalah. Aku cuma risau dengan keselamatan isteri aku. Dia tengah hamil tu masalahnya." Jelas Farouk kepada Azlan.
Azlan duduk kemudian berkata "Kita tak boleh buat apa-apa. Arahan tetap arahan. kita tetap perlu laksanakan misi ini demi negara. Kita serahkan semuanya kepada Allah. Hidup dan mati kita di tangan-Nya."
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Carter berjaya menghubungi Jonathan melalui telefon satelit.
"Hello Jonathan? finally we managed to contact you."
"I have also tried several times to contact you all but I failed."
"Listen here. We have already agreed to launch an attack on general radick's residence so I need close air support with your combat drones. Clear?"
Jonathan mengangguk faham "Clear Carter." Lalu panggilan ditamatkan.
Di lapangan terbang Ca Sau, sebuah helikopter tentera mendarat di tapak pendaratan helikopter. Di hadapan, seorang lelaki sedang berdiri menanti sesuatu sambil menghisap sebatang rokok. Siapa lagi jika bukan Remy.
Beberapa orang tentera Ca Sau membawa seorang tebusan yang diikat tangannya dan ditutup kedua matanya. Dia ialah Aulia. Dia dibawa dengan sebuah kapal daan selepas itu dia dibawa dengan sebuah helikopter.
, "good. now take this bastard to prison in the palace."
Lalu tentera Ca Sau membawa Aulia ke kurungan yang terletak di istana Jeneral Radick. Sesampainya di kurungan, tangan dan kakinya dirantai dan matanya terus ditutup. Aulia tidak dapat melihat apa-apa selain daripada kegelapan.
Keesokan harinya, terlihat tentera Ca Sau dan beberapa orang anak buah Remy sedang bersukan di padang. Ada juga yang sedang berkawal di pintu pagar dan di menara pemerhati. Mereka melakukan kawalan ketat kerana Remy ingin bertemu dengan Jeneral Radick untuk satu perbincangan.
Di sisi lain, Farouk dan yang lain sudah menyiapkan segala perlengkapan senjata mereka. Mereka akan menyerang istana Jeneral Radick untuk menangkap Remy sama ada hidup ataupun mati. Mereka mendapat bantuan daripada beberapa anggota pasukan pemberontak yang sudah menggali terowong menuju ke istana Jeneral Radick.
Farouk yang berada di sebuah markas tersembunyi di sebuah tempat bawah tanah itu melihat pelan istana Jeneral Radick. Terdapat dua buah menara pengawal pada pintu masuk utama sementara di pintu masuk sebelah timur dan barat pula terdapat sebuah pondok pengawal dengan sekatan yang terdiri daripada dawai besi dan beg pasir sebagai pertahan. Di luar, terdapat sebuah padang bola yang menjadi tempat beriadah bagi tentera yang tidak bertugas.
Terowong yang digali berakhir dengan tiga buah pintu rahsia yang boleh dibuka dari dalam. Farouk, Fred dan akan menggunakan pintu pertama yang berdekatan dengan pintu masuk utama, Dali dan Azlan akan menggunakan pintu kedua di sebelah timur manakala Jaka dan James akan menggunakan pintu terakhir iaitu pintu nombor tiga di sebelah barat sementara Carter akan menyelinap masuk untuk membersihkan jalan masuk mereka. Mereka akan merempuh masuk dan membawa Remy sama ada hidup ataupun mati.
"Oh yes, before I forget, there are two officers from the Royal Malaysian Police who will be joining us for this special raid operation." Beritahu Carter kepada mereka lalu dua orang anggota polis itu datang. Ternyata mereka ialah ASP Vijay dan Lans Koperal Fazlan Jauhari. Farouk tersenyum nipis melihat kedua orang anggota pasukannya yang pernah bersama-sama bertempur ketika kejadian pulau tempoh hari.
Di sebuah bilik kurungan di istana Jeneral Radick, Aulia disuruh untuk memakan makanan yang sudah disediakan. Aulia sebenarnya tidaklah terlalu berselera namun dia telan sahaja untuk mengisi tenaga yang tidak terisi sejak malam semalam.
"Bagus isteri polis kita ni. Patutlah suami dia ni sayang sangat kat dia." Sindir Remy sambil melihat Aulia yang sedang mengunyah makanan namun Aulia tidak memperdulikan lelaki gila itu. Dia terus memakan makanan yang disuapkan ke mulutnya oleh seorang anak buah Remy yang bernama Lara, seorang penjenayah wanita yang sangat berbahaya.
"Kau tahu daging apa yang kau makan tu?"
Ayat daripada Remy itu membuat Aulia berhenti mengunyah.
"Itu daging haiwan peliharaan yang haram dimakan dan disentuh."
Tersembur makanan di mulutnya setelah mengetahui dia sedang menjamah daging anjing. Semburan itu mengenai Lara menyebabkan Lara naik angin.
"Sial kau perempuan!" Lalu dia menampar wajah Aulia beberapa kali sehingga hidungnya mengeluarkan darah. Aulia memegang pipinya yang sudah memerah kerana ditampar.
"Hahaha, kau tunggulah kat sini sampai suami kesayangan kau tu datang selamatkan kau barua." Kata Remy sebelum dia keluar dari bilik kurungan itu.
Aulia menangis sambil memeluk tubuhnya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa selain berdoa semoga dia diselamatkan.
"Abang...tolong Aulia bang...."
BERSAMBUNG...
Share this novel