Bab 5

Action Completed 1120

Di luar istana Jeneral Radick, kelihatan beberapa orang anggota tentera yang tidak bertugas sedang beriadah dengan bermain bola. Mereka perlu sentiasa memastikan tubuh badan mereka dalam keadaan yang sihat dan cergas. Tentera-tentera yang lain pula sibuk dengan tugas mereka seperti berkawal dan membersihkan senjata api.

Kesemua anggota tentera itu tidak menyedari jika ada pergerakan di bawah mereka. Sebuah terowong rahsia menjadi laluan untuk pasukan polis melakukan serbuan. Mereka berpecah kepada tiga dan menuju ke arah pintu rahsia yang sudah disediakan.

Di dalam sebuah bangunan kosong yang sudah lama terbiar, seorang penembak tepat sedang memerhatikan kawasan itu. Dia ialah Lans Koperal Fazlan Jauhari. Dia akan memberikan bantuan tembakan perlindungan.

Sebuah lori yang membawa beberapa buah peti senjata masuk ke dalam kawasan istana. Pasukan tentera langsung tidak mengesyaki apa-apa pada lori itu. Mereka membiarkan sahaja lori itu masuk ke perkarangan istana.

Di dalam sebuah kereta, seorang lagi anggota polis sedang duduk di dalam kereta sambil menunggu arahan. Dia ialah ASP Vijay yang mengenakan baju kemeja biasa namun dia menyembunyikan senjata dan baju kalis peluru miliknya. Dia bersiap sedia melancarkan serangan.

Farouk dan Fred sudah sampai di pintu pertama yang berdekatan dengan pintu masuk utama. Di udara, sebuah dron tempur yang dikendalikan oleh Jonathan terbang muncul untuk memberikan sokongan udara jarak dekat. Setelah memastikan sasaran, dua peluru berpandu diluncurkan.

"BOOOM!'

Peluru itu mengenai tepat sebuah menara pengawal di pintu masuk utama. Peluru berpandu kedua mengenai sebuah kubu dengan mesingan berat.

"NOW!"

Farouk dan Fred keluar dari pintu rahsia lalu mereka melepaskan tembakan Grenade ke arah beberapa anggota tentera di padang bola sepak. Pasukan yang lain juga keluar dan melepaskan tembakan Grenade ke arah sebuah segerombolan tentera untuk melemahkan pertahanan pihak musuh. Mereka keluar dari terowong dan menuju ke arah istana sambil melepaskan tembakan ke arah musuh yang berdatangan.

Di dalam sebuah garaj, dari dalam sebuah peti Carter keluar dari peti itu lalu membunuh dua orang anggota tentera. Dia lalu masuk ke kawasan istana dengan menggunakan pistol yang dilengkapi peredam bunyi. Dia membunuh anggota tentera yang berjaga di dalam istana.

"What the hell is going on down there!" Jeneral Radick yang bersama dengan Remy terperanjat mendengar bunyi tembakan.

"Jeneral, we are under attack!" Jawab seorang pegawai tentera.

"What! uhh, get Colonel Aaron! Immediately!" Arah Jeneral Radick.

Remy kemudian menyuruh Lara meminta bantuan "Panggil pasukan kita dan dapatkan Jeneral Howard sekarang! Suruh dia hantar budak-budak dia. Lepastu kau dapatkan isteri polis tu!"

Farouk dan Fred masuk ke dalam Istana Jeneral Radick. Dia membunuh tentera yang berjaga. Sementara itu, Carter pula menuju ke arah bilik senjata lalu dia meletakkan C4 untuk memusnahkan senjata di dalam bilik senjata itu.

Lans koperal Fazlan Jauhari memberikan tembakan perlindungan kepada pasukan polis yang melakukan serbuan. Dari kejauhan, mereka melihat satu konvoi pasukan bersenjata yang merupakan anak buah Remy. Lans Koperal Fazlan Jauhari melepaskan tembakan ke arah pemandu kenderaan di depan dan membunuh pengganas yang keluar.

Sebuah trak merempuh masuk ke dalam kawasan perkarangan istana. Trak itu dipandu oleh ASP Vijay. Dia menggunakan sebuah pelancar bom lalu meletupkan sebuah trak tentera di hadapan. ASP Vijay keluar dari trak itu lalu meletupkannya menyebabkan dua buah menara pengawal runtuh.

Beberapa konvoi kenderaan berperisai menuju ke arah istana Jeneral Radick. Mereka ialah tentera upahan Amerika yang ingin memberikan bantuan. Namun, dron yang dikendalikan oleh Jonathan menyedari kehadiran mereka lalu dua buah peluru berpandu diluncurkan ke arah mereka menyebabkan beberapa buah kereta musnah dan terbalik serta turut membunuh beberapa orang tentera upahan.

Lans Koperal Fazlan Jauhari terus memberikan tembakan perlindungan untuk ASP Vijay yang mula masuk ke perkarangan istana. Beberapa orang anggota tentera dibunuh dengan begitu mudah. Sementara itu, pasukan polis sudah berkumpul dan akan menuju ke tingkat atas.

"Sial betullah mana budak-budak aku ni?" Remy mendengus marah kerana pasukannya tidak kunjung tiba.

"Contact!"

Seorang tentera musuh ditembak oleh Farouk.

"Contact!"

Giliran James pula menembak mati seorang anggota tentera musuh. James dan Farouk berpandangan lalu mengangguk. Mereka saling berkerjasama untuk menjayakan operasi ini.

Mereka mulai melangkah ke tingkat atas dengan senjata terhunus. Dua orang pengawal dibunuh. Mereka merempuh sebuah pintu dan melihat Remy dan Jeneral Radick berada di dalam bilik itu.

"Weapon down! Hands in the air!" Arah Carter.

Remy hanya tersenyum dan mengangkat tangannya. Wajahnya tidak memiliki sedikit pun perasaan takut. Farouk dan Azlan segera menggari tangan Remy dan Jeneral Radick yang akan diserahkan kepada puak pemberontak.

Kedua mereka dibawa dengan kepala ditutup menuju ke arah terowong. Tembakan bersimpang siur di udara. Mereka menuju ke arah terowong rahsia.

"Get to the RV. I repeat, Get to the RV Now. Over!" Arah Carter melalui walkie-talkie.

Selepas mereka masuk ke dalam terowong, beberapa bom yang sudah dipasang oleh Carter meletup dan memusnahkan sebahagian kawasan istana. Pasukan polis membawa kedua penjenayah itu menuju ke titik pertemuan atau RV. Lans Koperal Fazlan Jauhari juga segera beredar dengan menggunakan sebuah motosikal.

Anggota tentera Ca Sau yang datang memberi bantuan dengan jumlah yang sangat ramai segera menuju ke arah pintu terowong. Mereka masuk ke dalam terowong yang panjang itu untuk melakukan pengejaran. Mereka tidak menyedari semua itu ialah Perangkap.

Setelah sampai di jalan keluar terowong, mereka menaiki sebuah van dan segera beredar dari kawasan itu. Setelah berada jauh, Carter menekan butang berwarna merah lalu...

"BOOOM!"

Terowong itu rupanya telah dipasang dengan bahan letupan. Satu letupan besar terjadi dan membunuh tentera-tentera yang berada di dalam terowong. Letupan itu telah menyebabkan kejadian lubang benam terjadi sejauh 2 kilometer.

Setelah mereka tiba di RV dan bertemu dengan Lans Koperal Fazlan Jauhari, mereka pergi ke sebuah kawasan lembah rahsia. Di sana, mereka menyerahkan Jeneral Radick kepada ketua pemberontak yang bernama Jeneral Nich redish.

Jeneral Radick meronta-ronta ketika dibawa ke bilik kurungan. Memang itu apa yang patut dia tanggung kerana memerintah dengan zalim selama ini. Dia akan dihukum atas segala kesalahan itu.

Selepas itu, mereka segera menaiki sebuah perahu dan menuju ke arah lautan lalu mereka semua dijemput oleh Leftenan Udara Zarif Aimin TUDM. Pesawat mereka terbang menuju ke arah rumah api. Carter kemudian menghadap semua anggota pasukan lalu dia berkata "Well gentlemen, I hereby declare that our mission was successful. Well done to all of you."

Kesemua pegawai polis hanya tersenyum gembira setelah berjaya menamatkan operasi berdarah ini. Farouk juga merasa lega kerana dia akan dapat pulang ke Malaysia setelah hampir sebulan berada di negara ini. Di saat dia sedang tersandar di atas kerusi, telefonnya tiba-tiba berdering.

Farouk mengangkat panggilan telefon itu dan apa yang dilihat sangat mengejutkan.

"Hello Mr Husband, bini kau yang cantik ni ada dengan aku."

Farouk terperanjat melihat isterinya dalam keadaan mulut dan matanya ditutup. Aulia diculik oleh anak buah Remy yang terlepas. Azlan dan pegawai polis lain juga turut melihat perkara itu.

"Kalau kau nak bini kesayangan kau ni selamat bawak Remy ke selatan Ca Sau. Kita akan buat pertukaran. Kalau tak, kau faham-faham jelah apa akan jadi nanti ye. Babai Barua."

Farouk memukul kerusi penumpang kerana menahan rasa marah dan kesal sehingga isterinya kini menjadi mangsa. Hatinya dihimpit rasa risau akan keselamatan isterinya.

"It looks like we will have a new operation." Kata Carter kepada mereka semua.

Sesampainya di rumah api, Remy dibawa ke sebuah bilik tahanan bawah tanah. Di sana dia di soal siasat.

"Mana budak-budak kau? Jawab!" Farouk membentak Remy namun Remy tanpa rasa bersalah malah meminta sebatang rokok.

"Mintak rokok sebatang."

Akibatnya satu tumbukan dilepaskan ke muka Remy. Farouk segera di halang dan ditenangkan oleh Azlan dan Jaka.

"Tenang Inspektor. Ingat sama Allah." Kata Jaka.

"Kau bawak bertenang boleh tak? Kita akan lancarkan operasi ni. Jadi kau jangan risau." Kata Azlan lagi.

Remy diheret masuk ke dalam sebuah sel dan saat itu Remy tiba-tiba menceritakan sesuatu.

"Haih Farouk, ganas betul kau ya. Sama macam ayah mertua kau."

"Kau kenal ayah mertua aku?"

"Eh aku kenal. Sangat-sangat kenal. SEBAB DIA BUNUH BAPAK AKU!" Suara Remy tiba-tiba mengeras. Dia kembali bercerita.

25 tahun yang lalu...

Seorang pembunuh upahan yang begitu digeruni dan diburu oleh pihak polis. Dia bernama Jebat. Seorang pembunuh yang tidak memiliki belas kasihan.

Kesemua mangsanya diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh dan dijadikan makanan ayam. Sehingga suatu hari, dia ingin membunuh seorang wanita yang merupakan anak perempuan seorang ahli perniagaan berpangkat seorang Tan Sri.

"Encik tolong jangan apa-apa kan saya!"

Rayuan wanita itu tidak diendahkan. Dia mengangkat parang yang digenggam rapi namun sebelum semuanya berlaku, satu tembakan mengenai belakang Jebat.

Di belakang, seorang anggota polis yang memakai Vest hijau PDRM berdiri dengan senjata ditodong ke hadapan. Dia ialah Superintendan Faizul Rashid bersama pasukannya yang menyerbu kawasan itu. Tembakan itu menembus jantung Jebat menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian.

"Hari Bapak aku mati aku sumpah aku akan buru dia. Tapi nyawa dia tu liat sangat. Sebab tu aku kacau family dia supaya dia mental tapi dia kuat sangat."

Farouk membalas "Hei, siapa suruh bapak kau buat jenayah macam tu? orang tak buat salah pada dia. Dia yang pilih jalan tu dan dia yang pilih untuk dibunuh. Dia memang selayaknya dibunuh."

Lalu Farouk menolak tubuh Remy sehingga terjatuh ke belakang. Pintu sel ditutup lalu Farouk meninggalkan Remy berseorangan. Remy kemudian berkata ",Takpe, takpe, aku akan pastikan kau menyesal."

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience