"Splash!!"
Satu simbahan air mengenai wajah Farouk yang diikat pada kerusi. Farouk tersedar daripada pengsa. Dirinya menyedari jika dia berada di sebuah gudang lama dan dihadapannya ialah dua orang lelaki bersenjata AK-47.
"Korang siapa? Apa korang nak!?" Tanya Farouk dengan nada yang keras.
"Wah, Wah, nampaknya abang polis kita dah terbangun."
Satu suara kedengaran disebalik kegelapan. Suara tapak kasut menghampiri tempat itu dan apa yang dilihat begitu di luar fikiran Farouk.
"Ronnie!?"
"Ya, Aku masih bernyawa lagi.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAH."
"Aku tak faham. Bukan ke kau dah..."
"Mati?" Ronnie menghabiskan ayat Farouk.
"Lembab betul menantu musuh utama aku ni. Aku tak pernah mati. Orang kanan aku Remy korbankan diri dia untuk selamatkan aku. Aku betul-betul berhutang nyawa dengan dia. Kalau kau nak tahu aku dah lama berdendam dengan bapa mertua kau tu sebab dia dah bunuh bapa aku."
Farouk bingung "Bukan ke itu Remy?"
Ronnie menepuk dahinya "Hei bodo Remy tu anak yatim dari kecil. Bapa dia mati kena sodok babi hutan. Aku berdendam dengan bapa mertua kau sebab dia dah bunuh bapak aku 25 tahun lepas."
Farouk membalas "Bapak kau memang selayaknya dibunuh! Dia dah bunuh nyawa orang yang tak berdosa!"
Satu tumbukan padu hinggap di wajahnya menyebabkan dirinya terjatuh dari kerusi.
"Algojo, aku nak kau bantai anak orang ni sampai dia mampus." Arah Ronnie kepada anak buahnya.
Anak-anak buah Ronnie mengikut arahan ketua mereka. Beberapa objek tumbul dikeluarkan dan digunakan untuk memukul pegawai polis muda itu.
Di Rumah Api...
"No freaking away." Kata seorang anggota penyiasat Interpol melihat keadaan di rumah api itu. Penuh dengan kesan tembakan dan letupan. Penjara bawah tanah yang menempatkan banduan pula telah habis musnah.
"Nampaknya barua ni dah rancang serangan ni awal-awal lagi." Kata Zul. Ternyata Ronnie begitu bijak membodohi pihak berkuasa.
"Tuan rasa apa motif dia?" Tanya Azlan.
"Ronnie nak balas dendam kepada aku. Tapi sebab dia gagal dia sasarkan keluarga aku." Jawab Zul.
"Dendam? Dendam apa tuan?" Tanya Azlan.
Zul menjawab "25 tahun lepas aku bunuh ayah angkat dia yang merupakan seorang pembunuh upahan. Itulah sebab dia berdendam dengan aku. Dua tahun lepastu dia tubuhkan The Red Fox."
Zul berkata lagi "Ronnie semakin melampau. Keadaan Aulia sekarang semakin teruk. Dia meracau-racau dalam perjalanan ke hospital."
"Nampaknya teruk seksaan dia dapat." Kata Azlan pula.
"Guys, look what we found." Kata seorang pegawai penyiasat Interpol.
Mereka menemui sebuah pita rakaman yang sengaja ditinggalkan. Pita itu bertulis "Sial."
"Apakah...?" Kata Azlan setelah melihat pita rakaman itu.
"Send this video tape to headquarters." Arah Zul kepada pegawai Interpol. Zul ingin menyiasat apa agenda sebenar Ronnie.
Sementara itu di Malaysia, Inspektor Ramesh (Rujuk novel rahsia) bersama beberapa anak buahnya sedang berjaga di luar wad tempat Aulia di rawat. Terlihat wajah Aulia pucat dengan matanya yang sembam kerana tidak berhenti menangis. Tubuhnya lemah kerana tidak menjamah apa-apa daripada semalam.
Seorang gadis berbangsa Cina muncul. Dia ialah Mei Yin, kawan baik Aulia yang ingin melihat keadaan sahabatnya itu. Namun dia dihalang oleh Ramesh.
"Maaf cik, cik tak boleh masuk ke kawasan ni." Arah Ramesh.
"Tuan, tu kawan saya." Kata Mei Yin pula.
"Cik, pesakit dalam keadaan stabil tapi perlukan masa untuk rehat. Dia alami keguguran kerana dipukul dan masih dalam keadaan trauma."
terkejut Mei Yin mengetahui keadaan Aulia yang begitu parah. "Siapa yang buat dia macam tu?"
"Mangsa diculik dan dipukul oleh kumpulan pengganas. Kesan seksaan menyebabkan dia alami keguguran. Dia juga alami kesan trauma yang teruk jadi saya sarankan cik tak lawat dia dahulu." Tegas Inspektor Ramesh.
Namun Mei Yin yang degil malah merempuh masuk ke dalam wad. Dia melihat Aulia baring mengiring membelakangi diri.
"Aulia. Aulia. Ni aku Mei Yin kawan baik kau."
Aulia membalas "Keluar..."
"Aulia..." Kata Mei Yin lagi.
"KELUAR!" Aulia bangun lalu membaling cawan ke arah kawan baiknya itu namun Mei Yin sempat mengelak.
"Cik, cik kena keluar sekarang." tolonglah." Kata Ramesh Inspektor Ramesh menarik tangan Mei Yin dan mebawa dia keluar.
"Sekarang cik tahukan kenapa kami tak benarkan cik masuk."
"Sekarang saya dah tahu. Termasuklah kenapa kepala Tuan luka." Kata Mei Yin.
"Dia baling saya dengan pasu."
Setelah pintu tertutup, Aulia menutup kedua wajahnya. Air matanya tidak henti mengalir di pipi. Dia tidak dapat menerima hakikat kehilangan kandungan pertamanya setelah beberapa bulan membina mahligai cinta bersama Farouk.
Sementara itu, seorang sarjan datang menemui Ramesh lalu memberitahu "Tuan, tuan diarahkan untuk laporkan diri ke Bukit Aman dengan segera. Kita ada operasi besar-besaran."
"Baiklah. Saya gerak sekarang." Kata Ramesh lalu memakai cermin mata hitam dan segera beredar.
Di Pejabat Interpol atau lebih tepat lagi di Bangkok, Thailand jam 12:00 malam, Zul dan pasukannya membuka isi daripada pita rakaman itu dan isinya ialah video Aulia dipukul dengan teruk oleh Lara. Terdengar rayuan Aulia bergema memenuhi segenap ruangan namun tidak diendahkan. Kerana tidak sanggup lagi menonton, Zul segera mengarahkan rakaman itu ditutup.
"Sial kau Ronnie." Kata Zul marah.
"This guy is getting crazy." Kata Carter pula.
"Apa yang harus kita lakuin pak? Farouk masih hilang dan kita enggak mengetahui lokasinya?" Tanya Jaka pula.
"Aku masih bingung." Balas Zul.
"Can you guys speaking in English I don't know what the hell you guys say?"
Di luar bangunan, seorang pengawal menemui sebuah kotak yang ditinggalkan di luar. Pengawal itu membukanya dan...
"BOOOM!"
"Astaghfirullahalazim!"
"Holy Crap what the hell is going on!"
Kotak itu berisi bom yang mengakibatkan kemusnahan di pintu masuk utama. Pintu masuk utama musnah manakala cermin di sekeliling kawasan itu pecah berderai. Beberapa kenderaan dan pengawal yang bertugas terbunuh dan cedera parah.
Bunyi letupan daripada bom itu mengejutkan Zul dan pegawai penyiasat yang lain di ruangan mereka. Dengan segera mereka turun ke bawah diikuti beberapa pengawal bersenjata.
"Nampaknya mereka dah mula tunjuk taring." Kata Zul setelah melihat kesan serangan.
Di sebuah lokasi, Farouk yang sudah teruk dipukul kelihatan terjatuh di atas lantai dalam keadaan masih terikat di atas kerusi. Mulut dan hidungnya mengeluarkan darah manakala wajahnya penuh dengan kesan lebam dan luka. Dia dalam keadaan yang sangat-sangat lemah.
"Allahuakbar." ucap dirinya yang sedang menahan kesakitan dan kelaparan.
Pintu dihadapannya dibuka lalu muncullah Ronnie yang membawa sebilah kerambit. Dia mengarahkan anak buahnya memegang tubuh dan kepala Farouk. Dengan senyuman jahat, Ronnie menghiris wajah Farouk dengan menggunakan kerambit itu sehingga jeritan Farouk bergema di sekeliling ruangan.
"ALLAHUAKBAR!!!"
Ronnie yang kejam itu tersenyum puas setelah mencacatkan wajah tampan Farouk. Dia lalu mengarahkan anak buahnya mengambil air panas untuk sesi seterusnya.
Dua hari kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, seorang pegawai polis Malaysia turun dari sebuah pesawat. Dia sudah ditunggu oleh beberapa orang pegawai polis Thailand. Pegawai polis itu membawa dirinya ke sebuah lokasi.
Pegawai polis Malaysia itu ialah Inspektor Ramesh yang baru sahaja tiba untuk satu operasi bersepadu Interpol dengan bantuan beberapa jabatan polis daripada buah negara. Meskipun Ramesh masih lagi muda, dia sudah sangat berpengalaman dengan tugasnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Operasi yang bakal disertainya ini mungkin merupakan operasi yang paling sukar dan paling berisiko tinggi sehingga melibatkan beberapa orang pegawai terbaik daripada beberapa buah negara.
Dirinya memandang ke luar tingkap kereta lalu berkata "Farouk, Farouk, tak berubah-ubah sejak kat PULAPOL lagi. Masih dengan perangai keras kepala dan pentingkan diri kau. Sebab tulah aku sentiasa satu langkah dihadapan kau."
BERSAMBUNG...
Share this novel