Bab 3

Action Completed 1120

Di suatu pagi yang cerah, Sebuah lori bergerak sedang menuju ke sebuah lokasi. Lori itu dipandu oleh seorang warga asli Ca Sau yang memakai baju berwarna putih. Ketika dia sedang memandu, lori itu dihentikan oleh sebuah jip tentera Ca Sau.

Dua orang tentera bersenjatakan AK-47 turun daripada jip itu lalu berjalan menuju ke arah lori. Sesampainya di tempat pemandu, tentera itu bertanya ke mana mereka ingin pergi.

"Where do you want to go?" Tanya anggota tentera itu.

"Sawmill Sir." jawab lelaki itu.

"You have a driver's license and permit?" Tanya anggota tentera itu.

"No, but I can pay it." Kata lelaki itu. Anggota tentera itu tersenyum tanda setuju.

Namun anggota tentera itu terlihat sesuatu di dalam dompet lelaki itu. Dia melihat gambar lelaki itu memakai sejenis seragam yang dia tidak pernah lihat.

"Out! Now!" Arah anggota tentera itu.

"But why sir?" Tanya lelaki itu seperti tidak setuju.

"Show me what's in your back!"

Lelaki itu panik namun tetap kelihatan tenang.

"But sir I am late for my delivery."

"You think I care? Now give me the key."

Anggota tentera itu membuka pintu lori lalu melihat isi daripada lori itu dan apa yang dia lihat ialah tujuh laras senjata api diacukan ke mukanya. Mereka ialah Farouk, Azlan, Jaka, Dali, James, Fred dan Carter yang memakai seragam tempur dan bersenjata lengkap dengan bendera negara masing-masing berada di lengan masing-masing. Anggota tentera itu tergamam melihat mereka semua.

Seorang lagi anggota tentera yang berada di hadapan. Dia menyedari ada yang tidak kena lalu dia melangkah ke ke belakang namun dia tidak menyedari jika Dali sudah berada di belakangnya.

"Done Carter." Kata Dali. Dia telah menyembunyikan kedua anggota tentera itu di dalam sebuah pondok tidak jauh dari situ dan diberikan ubat tidur.

"Good now we have to keep moving."

Mereka kemudian menyambung perjalanan mereka menuju ke Bukit Draco. Mereka akan melancarkan serangan ke atas markas Remy dan anak buahnya. Mereka perlu bergerak secara sembunyi supaya tidak dapat dikesan.

Setelah sampai di sebuah kawasan perkampungan lama yang telah musnah, mereka kemudian turun daripada kenderaan. Mereka segera mempersiapkan peralatan mereka untuk melancarkan serbuan ke atas markas Remy. Selepas mereka mengatur segalanya, mereka segera bergerak menuju ke arah markas Remy.


Di pesawat terbang yang terapung di tengah lautan, Leftenan Udara Zarif Aimin TUDM sedang duduk bersantai di dalam kokpit pesawat sementara Jonathan pula sedang menggunakan sebuah komputer riba untuk melihat perkembangan operasi.

"Huh? Nate gapo tuh?"

Zarif segera mengambil teropong dan dia melihat sebuah kapal sarat dengan tentera upahan Amerika sedang menuju ke arah Ca Sau.

"Jonathan! Come here now!"

Dengan segera Jonathan bergerak ke arah Zarif. Mereka melihat sekitar 45 orang anggota tentera upahan lengkap bersenjata dan memakai baju kalis peluru modern.

"They are the APEX mercenary force." Kata Jonathan.

"What PEX?" Tanya Zarif.

"Follow me Lieutenant."

Mereka kemudian ke belakang dan menggunakan sebuah komputer. Jonathan menunjukkan gambar pasukan tentera upahan APEX. Pasukan tentera upahan daripada Amerika yang sangat terkenal dengan ketangkasan mereka dalam bertempur.

"they are the APEX team founded by Brian Hondu, a former high-ranking American military officer. They are highly trained and equipped with sophisticated weapons and modern bulletproof vests." Jelas Jonathan kepada Zarif.

"We need more teams. although Carter and the other police officers were also highly trained, they were only seven people." Kata Zarif pula.

"We need to contact headquarters to ask for backup." Kata Jonathan lagi.

Di sebuah tasik, seorang askar upahan Remy sedang berkawal di tasik tersebut. Tanpa sedar, seorang lelaki langsung menutup dan mengelar leher tentera upahan itu. Mayat tentera upahan itu dibuang ke dalam tasik.

"Mampus lu Anjay." Kata Dali selepas membunuh askar upahan itu.

Setelah dipastikan kawasan itu selamat, Farouk dan yang lain segera keluar dari dalam tasik. mereka segera memerhatikan sekeliling kawasan mereka agar tiada apa yang tidak diingini berlaku.

"Move!" Arah Carter lalu mereka bergerak.

Mereka bergerak dengan perlahan sambil senjata di tangan mereka dihalakan ke segala arah. Setahun berjalan selama beberapa minit, mereka akhirnya sampai di markas Remy. Mereka segera mengambil posisi.

Terdapat beberapa buah kurungan yang diisi dengan beberapa orang buruh paksa yang menjadi mangsa Remy. Mereka ialah mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu dan diculik oleh sindiket Remy. Mereka yang ramai dikurung dalam sebuah kurungan yang kecil dan sempit.

"What kind of person is willing to do something like this?" Kata Carter.

"Heartless man. Like Israel, which until now has not been punished for the war crimes they committed." Kata Jaka pula.

Carter hanya membalas "Whatever."

Mereka menuju ke arah beberapa buah kurungan. Pintu kurungan dibuka lalu semua buruh paksa yang dikurung diarahkan untuk keluar. Mereka mengikuti jalan yang sudah ditunjukkan oleh Dali.

Mereka kemudian mula masuk ke dalam kawasan markas. Beberapa orang anak buah Remy yang sedang berkawal dibunuh dengan tangkas dan pantas. Selepas menghabisi anak buah Remy, mereka dengan segera menuju ke arah tempat tinggal Remy iaitu di sebuah Rumah banglo besar.

Beberapa orang pengawal berjaya dilumpuhkan dengan begitu pantas. Selepas itu, mereka mendekati pintu itu. Dali yang dahulunya pakar pecah masuk rumah sebelum menyertai polis Indonesia menggunakan kemahiran yang dimiliki dan tidak mengambil masa lama pintu itu berjaya dibuka.

Pasukan mereka segera menyerbu masuk. Namun, Carter merasakan ada yang tidak kena. Dia tidak dapat menghubungi Jonathan. Tetapi Carter tetap meneruskan misi kerana dia sudah menggodam kamera di kawasan markas Remy jadi mereka dapat bergerak dengan mudah tanpa dapat dikesan.

Mereka mula menaiki tangga dan menuju ke arah bilik Remy. Dengan berhati-hati, mereka melangkah ke atas. Kini, mereka berada di hadapan bilik tidur Remy.

Pintu dipecahkan lalu mereka segera menyerbu masuk ke dalam. Mereka melihat satu bonggolan di atas katil yang ditutupi dengan selimut. Mereka menyangka bonggolan itu ialah Remy yang sedang tidur namun ketika Azlan menarik selimut apa yang dilihat hanyalah sebuah patung berbentuk manusia.

"Bastard! These are all traps!" Kata Carter dengan tangannya memegang patung itu.

Fred kemudian terlihat sesuatu di luar. Matanya terbeliak lalu dia menjerit "RPG! TAKE COVER!"

"BOOM!"

Sebuah letupan terjadi di tempat itu menyebabkan mereka terpelanting ke belakang. Lalu beberapa das tembakan menuju ke arah mereka. Mereka segera mengambil perlindungan lalu melepaskan tembakan ke arah luar.

Farouk segera menuju ke arah sebuah tingkap lalu menyerang kedudukan musuh. Dia melihat anak buah berserta dengan beberapa orang anggota tentera Ca Sau yang menyerang mereka. Jumlah mereka begitu ramai. Namun Mereka tidak menyerah dan terus menyerang.

Carter yang memiliki pelontar Grenade pada senapangnya melepaskan tembakan Grenade ke arah musuh yang menyebabkan beberapa orang anggota musuh terkorban kerana letupan Grenade. Fred dan James pula berada di beranda dan terus menyerang. Kerana kualiti anggota mereka lebih baik, maka mereka dapat menumbangkan lebih banyak anggota musuh.

Remy memerhatikan pertempuran yang terjadi sambil meminum minuman. Senyuman menyeramkan terukir di wajahnya. Dia mengarahkan lebih ramai anak buahnya untuk menyerang kedudukan pasukan polis yang ingin menangkap dirinya.

Dali dan jaka membawa sebuah tong oksigen yang ditemui di dalam rumah lalu mereka menggulingkan tong oksigen itu ke arah musuh. Selepas itu satu tembakan dilepaskan ke arah tong oksigen dan meletupkan kawasan itu menyebabkan beberapa orang anggota musuh terkorban.

"BOOM!"

Saat itu, sebuah dron yang membawa bom terbang di udara terlihat letupan itu. Dengan segera dron kecil itu menuju ke arah letupan. Dron itu dikendalikan oleh Jonathan yang berada di rumah api.

Jonathan terpaksa menggunakan dron kerana dia tidak dapat menghubungi Carter dan yang lain. Kerana itu dia terpaksa menggunakan dron bagi memantau situasi di kawasan itu. Dia tidak menyangka keadaan menjadi kacau-bilau seperti ini.

" They're all traped!"

Setelah menentukan titik lokasi musuh, dua buah peluru berpandu diluncurkan lalu meletupkan kedudukan musuh. Beberapa orang anggota pasukan musuh terkorban kerana letupan yang terjadi. Sebuah lagi peluru berpandu diluncurkan ke arah konvoi tentera Ca Sau yang ingin memberi bantuan menyebabkan konvoi itu meletup dan terbakar.

Farouk dan yang lain segera keluar setelah keadaan sudah semakin selamat. Mereka segera melarikan diri ke dalam kawasan hutan. Anak buah Remy dan anggota tentera Ca Sau melalui rumah banglo itu untuk melakukan pengejaran namun...

"BOOM!"

Rumah itu meletup kerana mereka sempat meletakkan beberapa buah bom jarak jauh di dalam rumah itu bagi melengahkan pergerakan pasukan musuh. Letupan itu sangat dahsyat sehingga beberapa orang anak buah Remy turut terkena kesan letupan. Beberapa buah serpihan bangunan bahkan mengenai beberapa orang anggota pasukan musuh menyebabkan ada yang mengalami kecederaan.

Remy hanya memerhatikan dari jauh. Dia kemudian menggunakan telefon untuk menghubungi orang-orangnya di Malaysia.

"Hello Long, aku nak kau dapatkan isteri polis tu. Jadikan dia tebusan. Kalau dia taknak ikut cakap kita jugak, kau buatlah apa-apa kat perempuan tu." Lalu dia menutup telefon. Remy sudah merancang sesuatu yang akan sangat mengejutkan.

"Kau cabar aku ya sial. Kau tunggu. Lepasni aku akan pastikan kau takkan ada siapa-siapa lagi kat dunia ni. Barua!"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience