Bab 8

Action Completed 1120

Farouk masih dalam keadaan terikat di atas kerusi dengan pipi sebelah kanannya yang luka kerana dihiris oleh Ronnie. Dirinya begitu lemah kerana tidak dirawat dan hanya diberi makan sekali sehari. Sudah lebih 2 hari dia dikurung dan dipukul dan Farouk sendiri sudah menerima jika ajalnya semakin hampir.

Pada waktu itulah dia mula menyesali tindakannya yang melulu dan tidak mengikut arahan. Sepatutnya dia menunggu Carter menyelamatkan Aulia. Jika dia tidak bertindak melulu, mungkin perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Farouk diperhatikan melalui kamera yang dipasang. Ronnie melihat Farouk yang teruk dipukul dengan senyuman jahat. Dia sengaja mengurung dan menyeksa Farouk untuk mengganggu mental anak perempuan Zul iaitu Aulia.

Mengapa Ronnie ingin mengganggu Aulia? Ini kerana Ronnie telah cuba membunuh Zul sebanyak ratusan kali namun gagal dan dia cuba mengganggu mental Zul dengan membunuh ahli keluarga dan rakan-rakan Zul namun terbukti Zul memiliki mental yang cukup kuat. Kerana selalu gagal membalas dendam terhadap Zul maka Ronnie ingin membalas dendam dengan menyeksa ahli keluarga Zul sebagai gantinya.

"Aku akan penggal kepala dia dan hantar kepada Zul. Kepala dia aku akan ikatkan dengan bom untuk bunuh Zul dan anak perempuan dia." Kata Ronnie kepada anak buahnya.

Sementara itu di Malaysia, Aulia yang berada di hospital sentiasa meracau-racau dan ditemani mimpi ngeri. Setiap malam dia menangis dan setelah kejadian itu, tubuhnya semakin kurus dan tidak lagi berseri seperti dahulu lagi. Mental Aulia betul-betul sudah rosak kerana trauma yang teruk.

Mei Yin sentiasa datang melihat keadaan Aulia yang seperti orang yang tak siuman. Aulia sentiasa duduk memeluk lutut di atas katil hospital dengan wajah yang pucat dan mata yang bengkak kerana tidak henti-henti menangis. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi mahupun reaksi.

Mei Yin merasa sedih melihat keadaan rakan baiknya yang sudah dikenali sejak di alam persekolahan lagi. Dia ingin bercakap dengan Aulia walaupun sebentar namun dirinya sentiasa dihalang oleh anggota polis yang berjaga. Mei Yin tidak dapat berbuat apa-apa selain berharap kesembuhan untuk Aulia.

Di Pejabat Interpol, Bangkok Thailand...

"Alright gentlemen, The location of the enemy has been identified which is on an island near Vietnam. This island has become their headquarters to carry out the sale of firearms. We will launch the raid operation at 0300 hours tomorrow." Jelas Carter yang berdiri di hadapan. Kesemua pegawai yang ada mengangguk.

Selepas penjelasan diberikan, kesemua anggota bersiap sedia untuk operasi pada malam ini. Tujuan mereka ialah menyelamatkan Farouk dan menumpaskan Ronnie untuk selamanya. Kesemua anggota mempersiapkan senjata dan peralatan mereka.

Zul yang sedang mengisi peluru terlihat Ramesh yang sedang memasang peralatan pada senjata. Zul berkata "Nampaknya anggota bawahan aku kena selamatkan menantu aku."

Ramesh hanya tersenyum seraya berkata "Takde masalah tuan. Memang tugas saya." (Dia sebenarnya berlagak kerana perlu menyelamatkan pesaingnya)

Selepas semua peralatan sedia, mereka menaiki sebuah kapal pengangkut yang akan menyamar sebagai kapal pengangkut biasa untuk mengelabui pihak musuh. Kesemua anggota di atas kapal menyamar sebagai kelasi dan kru kapal yang bertugas membersihkan dek kapal. Mereka ingin mengelabui anak buah Ronnie yang sering melakukan kegiatan melanun di perairan yang mereka lalui.

Kembali di Malaysia, dua orang anggota polis yang memakai Vest hijau PDRM sedang berkawal di pintu. Di tepi mereka, seorang pegawai perubatan sedang membawa sebuah peti mayat dan tanpa di duga, pegawai perubatan itu mengeluarkan pistol yang dilengkapi peredam bunyi untuk membunuh dua anggota polis itu. Selepas kedua anggota polis itu dibunuh, pegawai perubatan itu membuka pintu dan melihat Aulia yang nampak seperti jasad tanpa jiwa.

"Kau akan ikut dengan aku." Kata pegawai perubatan itu.

Di gudang tempat Farouk dikurung, Farouk disimbah dengan air agar dirinya tetap tersedar. Seorang anak buah Remy berkata "Kitorang patutnya bunuh kau malam ni tapi bos arahkan kami tunda dahulu sebab ada benda hadiah kitorang nak bagi."

Farouk tidak membalas. Pada dirinya, ajal sudah semakin hampir. Jika benar telah tertulis, tiada apa yang dapat dilakukan.

Keesokan harinya...

Farouk diseret ke kawasan lapang. Di sekeliling kawasan itu kelihatan beberapa pondok dan rumah yang menjadi tempat tinggal pengganas. Ronnie muncul sambil dikawal dua tentera upahan berjalan ke hadapan Farouk.

"Hello abang polis. Amacam? nyenyak tidur?" Kata Ronnie mengejek Farouk.

Dengan suara yang serak, Farouk membalas "Kau tunggu apa lagi barua? Cepat! Tamatkan semua ni dan jangan ganggu isteri dan ayah mertua aku lagi."

Ronnie tergelak "HAHAHAHAHAHA!"

"Cakap pasal isteri aku ada hadiah sikit untuk kau." Kata Ronnie lalu mengarahkan anak buahnya membawa 'hadiah' yang dimaksudkan.

Beberapa tentera upahan membawa seorang wanita yang memakai pakaian hospital. Kepala wanita itu diserkup dengan guni dan tangannya diikat. Di saat guni itu dibuka, ternyata dia adalah Aulia yang kembali diculik dan dibawa ke pulau ini.

"Woi! Lepaskan dia sial! Dia tak bersalah!" Farouk meronta-ronta namun tidak dapat berbuat apa-apa.

"HAHAHAHAAHA. Relaks ler barua. Aku takkan bunuh dia. Tapi aku akan jadikan dia penonton untuk menonton kau dicincang hidup-hidup."

"Tapikan isteri kau ni dah macam takde perasaan. Dah macam patung pun ada. HAHAHAHA!"

Farouk tidak dapat menahan amarahnya. Dengan beraninya dia meludah ke arah muka Ronnie.

"Eh sial kau!" Lalu dia menendang Farouk menyebabkan Farouk jatuh tersungkur.

Di belakang Ronnie, seorang lelaki berpakaian seperti seorang ninja muncul dengan dua bilah pedang samurai tersisip di belakangnya. Ninja itu merupakan orang kanan Ronnie yang boleh dikatakan tidak memiliki jiwa dan perasaan.

"Hey Takeshi, I want you to beat the crap out of this guy up." Arah Ronnie kepada ninja itu yang bernama Takeshi.

Takeshi menurut arah yang diberikan oleh Ronnie. Takeshi memegang tubuh Farouk lalu memukul wajah Farouk dengan menggunakan lututnya. Farouk jatuh tersungkur selepas dipukul dengan teruk.

"Take this man into the cage. Lock him up with his wife. Let them take their time in the last moments of life." Kata Ronnie lalu ketawa.

Beberapa orang anak buah Ronnie mengheret Farouk ke dalam bilik kurungan bersama dengan Aulia. Pintu sel ditutup lalu dikunci. Farouk melihat isterinya yang duduk memeluk lutut dengan wajahnya yang pucat.

"Aulia!" Farouk memanggil isterinya. "Aulia ok ke? Jangan takut abang ada kat sini" Kata Farouk sambil memegang pipi Aulia.

Dengan perlahan, kepala Aulia menoleh ke arah Farouk. Bibirnya bergerak lalu berkata "Dah mati."

"Aulia."

"Anak kita dah mati. Anak kita dah tiada. Hiks. Hiks." Kata Aulia lalu dia menangis semahu-mahunya.

"Innalillahiwainnalillahirajiun." Ucap Farouk mendengarnya. Tanpa sedar air matanya juga mengalir di pipi.

"Anak aku dah mati. ANAK AKU DAH MATI!! MATIII!!" Aulia meraung-raung bagai orang gila. Beberapa pengawal hanya melihat tanpa berbuat apa-apa.

Farouk tidak mampu berbuat apa-apa. Dia merasa sedih mendengar berita ini. Dia redha namun dia tidak akan dapat menahan amarahnya terhadap Ronnie.

"Sial Kau Ronnie!"

Beberapa orang lanun yang merupakan anak buah Ronnie menaiki perahu terlihat sebuah kapal pengangkut yang sedang berlayar. Dengan segera mereka melaporkan perkara itu kepada ketua mereka.

"Bagus. Malam ni kita makan besar. Bos mesti happy punya."

Bot-bot mereka segera melaju ke arah kapal pengangkut itu. Setelah berjaya menaiki kapal, mereka segera menangkap beberapa orang kru kapal. Mereka lalu masuk ke dalam kapal dan ketika salah seorang mereka membuka pintu, dirinya ditodong dengan 15 laras senapang laras panjang.

"Assalamualaikum." Ucap Zul yang ada diantara mereka sambil menodongkan pistol.

Ketua lanun yang berada di atas bot merasa ada yang tidak kena dan tanpa dia sedari, seorang anggota polis yang memakai pakaian penyelam muncul dan menodongkan senjata ke a arah ketua lanun.

Farouk yang berada di dalam kurungan hanya mampu melihat Aulia yang duduk tersandar di dinding sambil menundukkan kepalanya. Farouk merasa sedih melihat keadaan isterinya namun tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa untuk keselamatan isterinya.

Jam menunjukkan pukul 2:55 pagi. Farouk diseret keluar bersama Aulia. Aulia dipaksa untuk melihat suaminya dibunuh di hadapan matanya sendiri sambil menangis.

Farouk dipaksa untuk melutut. Sebelum akan dibunuh, dia dipukul beberapa kali dengan menggunakan belakang senapang dan besi panas. Setelah dipukul beberapa kali, Takeshi datang ke hadapan sambil membawa sebilah pedang samurai lalu dia bertanya "any last words?"

Farouk hanya menjawab "Go to the hell you fucking bastard!"

Takeshi mengangkat pedang samurai miliknya untuk memenggal lehernya. Aulia tidak sanggup melihat suaminya dibunuh di hadapan matanya. Dia cuba memalingkan wajahnya namun Lara memaksa Aulia untuk tetap melihat kematian suaminya.

Farouk sudah bersiap sedia untuk menghadap kematian. Mulutnya mengucapkan dua kalimah syahadah lalu menutup kedua matanya namun belum sempat pedang dihayun, tiba-tiba...

"BOOOOMMM!"

Pintu pagar meletup lalu muncullah beberapa buah humvee dan kereta perisai pasukan tindakan khas daripada PDRM dan Interpol.

"Sial kita diserang." Kata salah seorang anak buah Ronnie sebelum ditembak oleh seorang penembak tepat iaitu Lans Koperal Fazlan Jauhari yang bersembunyi di kawasan bukit.

Pasukan tindakan khas mulai masuk ke markas Ronnie lalu terjadilah tembak menembak diantara pengganas dan Pihak Berkuasa.

Zul yang memakai jaket kulit hitam dan bersenjatakan pistol bersama Ramesh mendekati Farouk lalu membuka ikatannya sementara anggota pasukan yang lain menyelamatkan Aulia. Setelah dibebaskan, Farouk diberikan pistol oleh Ramesh.

"Macam tak percaya kau tolong aku." Kata Farouk.

"Aku seribu kali tak percaya aku akan tolong kau." Kata Ramesh pula.

Farouk segera berlari masuk ke dalam untuk mencari Ronnie sementara pertempuran terus terjadi. Zul membawa Aulia ke dalam sebuah kereta perisai dan meminta Aulia tetap berada di dalamnya.

"Aulia, janji dekat Ayah Aulia akan tetap dalam trak."

"Tapi ayah..."

"Ayah kata duduk sini duduk sini." Tegas Zul.

"The first unit ready sir." Kata seorang anggota kepada zul.

Zul membalas "Go!"

Lalu mereka melepaskan tembakan roket ke arah sebuah dinding sebuah bangunan apartmen. Dinding itu hancur lalu pasukan khas Interpol merempuh masuk ke dalam. Namun, muncul si ninja Takeshi dari dalam gelap lalu membunuh semua anggota pasukan tindakan khas.

Farouk juga masuk ke dalam apartmen itu. Dengan menggunakan sepucuk pistol, dia berjalan dengan senjata terhunus. Dia ingin mencari dan membunuh Ronnie untuk menuntut bela atas kematian anak di dalam kandungan Aulia.

Mampukah Farouk menghentikan Ronnie? Mampukah Farouk menuntut bela atas kematian anaknya di dalam kandungan? Apaka yang akan terjadi kepada Aulia? Adakah dia akan menjadi gila kerana tidak dapat menerima hakikat kandungannya telah gugur? Apakah kesudahan cerita ini? semuanya akan terjawab di Bab 9: Pertempuran Maut.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience