Sebuah konvoi kenderaan pacuan empat roda sedang bergerak menuju ke Penjara Melaka untuk membawa seorang Penjenayah berbahaya. Kesemua anggota polis yang mengawal lelaki ini lengkap memakai baju kalis peluru dan membawa senjata canggih kerana penjenayah yang sedang mereka bawa ini bukan penjenayah biasa. Penjenayah ini sedang menghadapi 98 pertuduhan membunuh, 54 pertuduhan menjual senjata api, 76 pertuduhan memproses dan mengedar dadah, 58 pertuduhan memiliki senjata api tanpa lesen, 45 pertuduhan perdagangan manusia, 56 pertuduhan melanun dan 67 pertuduhan melancarkan serangan bom di dalam dan juga di luar negara.
Penjenayah itu bernama Remy, orang kana Ronnie yang berjaya ditahan oleh pihak berkuasa ketika serbuan di markas kumpulan The Red Fox. Remy melihat ke arah luar tingkap sambil menghisap sebatang rokok sambil mulutnya mengukir satu senyuman nipis. Entah kenapa mulutnya masih mampu untuk menguntumkan senyuman meskipun dia tahu jika dia disabitkan kesalahan maka nasibnya akan berakhir di tali gantung kerana jenayah-jenayah berat yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya.
Ketika mereka melintasi sebuah jalan yang agak sepi, sebuah peluru roket RPG-7 menghentam kereta peronda Polis di hadapan menyebabkan kereta tersebut meletup dan terbakar. Kejadian itu mengejutkan semua anggota polis kecuali Remy yang tetap santai menghisap rokok. Dia langsung tidak terkejut kerana dia tahu semua ini akan terjadi.
Sebuah lagi peluru RPG-7 menghentam sebuah lagi kereta polis dan memusnahkan kereta polis yang berada di belakang. Selepas itu, muncul beberapa anggota pasukan tentera upahan yang bersenjata lengkap menyerang pasukan polis. Mereka nampak sangat terlatih kerana mereka sangat profesional dan taktik mereka serupa seperti taktik yang digunakan oleh tentera dan mereka juga turut menggunakan senjata canggih yang modern dengan aksesori lengkap.
Anggota polis tidak berdiam diri sahaja. Mereka keluar daripada kenderaan mereka masing-masing lalu membalas tembakan tentera-tentera upahan itu. Namun, mereka berada dalam keadaan terkepung menyebabkan ramai anggota polis yang terbunuh.
Seorang anggota polis menggunakan radio untuk menghubungi bantuan "Panggilan kecemasan! Panggilan kecemasan! Kod merah daripada 2nd team E8 di kilometer dua jalan Ampang over!" namun kemudian anggota polis itu mati dibunuh oleh penembak tepat musuh.
Jelas serangan ini telah dirancang dengan teliti. Pasukan tentera upahan menggunakan bentuk muka bumi yang berbukit dan dipenuhi dengan pokok sebagai tempat untuk berlindung dan menyerang. Hal ini menghadkan pergerakan anggota polis untuk membalas tembakan dan memberikan lebih banyak kelebihan kepada pasukan musuh.
Salah seorang dari mereka mengeluarkan sebuah mesingan berat yang mampu melepaskan 250 butir peluru lalu bertebangan lah peluru yang dilepaskan ke arah anggota polis. Akibatnya, satu persatu anggota polis mulai tumbang hingga akhirnya pasukan polis berjaya ditewaskan. Tentera-tentera upahan itu mulai turun dan menuju ke arah konvoi.
Beberapa orang anggota polis yang masih hidup namun dalam keadaan parah dengan keji dibunuh tanpa belas kasihan. Kereta yang membawa Remy pun dibuka. Dia di bawa keluar dan gari yang berada di tangannya dibuka. Sebuah helikopter muncul lalu mendarat berdekatan mereka.
Remy pun diiring menuju ke arah helikopter berwarna hitam itu. Dia pun memasuki helikopter itu lalu helikopter itu mulai terapung dan terbang tinggi di udara. Selepas beberapa minit, helikopter itu akhirnya hilang daripada pandangan.
Pasukan tentera upahan yang terdiri dari orang-orang kulit putih ini mulai meletakkan bahan letupan di setiap kereta polis. Setelah selesai, mereka semua menjauh lalu mereka meletupkan semua kereta-kereta polis itu menyebabkan kebakaran besar terjadi. Selepas itu mereka segera beredar kerana pasukan bantuan akan datang untuk memberikan bantuan.
Tanpa mereka semua sedari, seorang anggota polis masih lagi hidup bersembunyi di celah-celah mayat anggota polis yang lain. Dia terpaksa berpura-pura mati agar dirinya tidak dibunuh oleh pasukan tentera upahan itu. Selepas kesemua anggota tentera upahan itu sudah benar-benar beredar, anggota polis itu segera bangkit.
Anggota polis itu berjalan dengan terhincut-hincut kerana kakinya yang cedera terkena tembakan. Anggota polis itu sempat terjatuh namun dia terus menggagahkan dirinya untuk terus bangun. Dia menuju ke arah mayat anggota polis yang terbaring tidak lagi bernyawa di atas jalan.
Dia mencapai walkie-talkie yang berada di tangan anggota polis itu. Walkie talkie itu digunakan untuk menghubungi bantuan daripada HQ.
"Hello Aman-1 di sini Charlie Tango Charlie, kami diserang, saya ulang, kami diserang over." Kata anggota polis itu melalui walkie-talkie.
6 Bulan kemudian
Di sebuah kawasan di negara fiksyen, Ca Sau...
Terlihat beberapa orang petani yang dipaksa untuk menanam pokok-pokok ganja dan popi yang akan digunakan untuk diproses menjadi dadah. Terlihat, mereka dijaga oleh beberapa orang pengawal bersenjata. Salah seorang mereka merasa amat kepenatan dan ingin berehat sebentar namun dia disebat dengan cemeti.
"Buat kerja kau anjing kurap!" Bentak pengawal itu.
Satu sosok penting berjalan memerhatikan kawasan itu sambil diiringi oleh empat orang tentera upahan yang menjadi pengawal keselamatan kepada dirinya. Remy memerhatikan semua petani yang sedang berkerja sambil menghisap sebatang rokok. Mulutnya tersenyum jahat melihat petani-petani itu yang dipaksa berkerja siang dan malam dengan waktu rehat yang sangat terhad serta diberikan makanan yang sedikit.
Remy kemudian memberi arahan kepada orang kanannya "Kalau ada di antara anjing-anjing kurap ni mampus, kau kisar pastu bagi singa aku makan bangkai mereka dan kalah ada yang sakit aku nak kau tanam dia hidup-hidup." Ayat ini sudah cukup jelas jika Remy merupakan seorang yang kejam dan tidak memiliki hati perut.
Tanpa mereka sedari, salah seorang diantara petani itu ialah pegawai polis Malaysia yang dihantar untuk melakukan operasi perisikan. Dia ialah ASP Vijay yang menyamar sebagai seorang petani untuk mengumpulkan maklumat. Tiada siapa yang tahu jika dia adalah seorang perisik.
Sementara itu di sebuah markas operasi rahsia milik kerajaan Malaysia, sebuah helikopter berwarna hitam mendarat di atas sebuah tempat pendaratan helikopter. Seorang lelaki berbaju hitam dan diiringi beberapa orang pengawal keluar dari helikopter itu. Dia dibawa oleh seorang anggota polis menuju ke bilik operasi.
Terlihat di bilik operasi itu, beberapa orang pegawai polis daripada beberapa buah negara berada di sana dan diantara mereka ialah Farouk dan Zul. Mereka semua terlibat dalam sebuah operasi untuk menumpaskan Remy dan kumpulannya.
"Good morning gentlemen, I am Agent Carter from military intelligence 6 or MI6." Agent Carter memperkenalkan dirinya.
Giliran Zul pula memperkenalkan dirinya. "I am Assistant Commissioner Faizul and this Inspector Farouk. We are from Malaysia Royal Police."
Seorang pegawai polis memperkenalkan dirinya bersama rakannya"I am Lieutenant Jaka and this Lieutenant Dali. We are from Indonesia police."
"I am Sub Lieutenant James and this Sub Lieutenant Fred. We are from Thai Royal Police." Kata pihak daripada Thailand pula.
"Good now let's get started." Kata Ejen Carter lalu mengeluarkan sebuah pendrive. Sebuah maklumat mengenai Remy ditunjukkan.
"Remy or his real name Wazir Ryan from Malaysia. He's taking responsibility for this ambush. He has fled to a country called Ca Sau and he has established an criminal organizations. he has gathered several criminals and mafia from southeast Asia countries and he also hired a mercenary force consisting of very dangerous and highly trained American mercenaries. now our mission is to take down Remy and his syndicate. After that we have to take him to court to be tried for the crimes he has committed all these time. Clear!"
Kesemua pegawai polis menjawab "Clear!'
Ejen Carter kemudian berkata "
Alright gentlemen, prepare your stuff because we will fled to Ca Sau, a country located in the Pacific Ocean. That's all from me."
Selepas itu, mereka semua kemudian bersurai untuk pulang ke tempat asal mereka masing-masing.
"Abang kena pergi jugak ke?" Tanya Aulia kepada Farouk.
"Cuma untuk beberapa bulan sahaja. Lepastu abang balik." Jawab Farouk cuba menenangkan isterinya.
"Kita baru tiga bulan kahwin. Aulia risaukan abang."
Farouk menyedari kata-kata daripada isterinya. Dia sedar ini ialah risiko sebagai pegawai polis namun memang ini yang perlu ditanggung kerana dia yang memilih kerjaya ini.
"Aulia." Farouk memegang tangan isterinya, "Percayalah, dengan doa daripada Aulia, abang akan selamat. Percayalah hidup dan mati itu di tangan Allah." Kata Farouk lalu memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Entah kenapa dia terasa berat ingin meninggalkan isteri tercintanya. Namun arahan tetap arahan. Dia tetap perlu laksanakan misi ini.
Di tempat lain, pegawai polis yang lain juga turut mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga mereka semua. Leftenan Jaka memeluk isterinya sebagai tanda perpisahan, Leftenan Dali mencium lalu mengazankan anak perempuannya yang baru sahaja lahir namun terpaksa ditinggalkan, James memeluk ayahnya yang sudah tua renta dan Fred mengucapkan selamat tinggal kepada abang-abangnya. Ejen Carter pula memegang tangan isterinya sambil menenangkan isterinya bahawa dia akan kembali dengan selamat.
BERSAMBUNG...
Share this novel