Bab 2

Action Completed 1120

Ca Sau, sebuah negara yang terletak di Lautan Pasifik. Majoriti rakyat negara ini beragama Kristian dan mereka dipimpin oleh kerajaan dibawah kawalan tentera. Pemimpin mereka ialah Jeneral Radick.

Pada mulanya, raja Ca Sau memerintah dengan adil namun semuanya berubah setelah Raja Ca Sau, Raja Reznov Dyer ii digulingkan oleh tentera dalam satu rampasan kuasa. Raja Reznov bersama semua kerabat diraja dibunuh dan sejak saat itu, rakyat negara Ca Sau hidup dalam penderitaan dibawah pemerintahan tentera. Mereka dipaksa untuk membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan dan mereka yang menentang akan dijatuhi hukuman mati.

Jeneral Radick langsung tidak mempedulikan nasib rakyatnya. Dikala rakyatnya hidup di dalam kemiskinan dan kelaparan, dia dan pegawainya hidup mewah dan berseronok menggunakan duit kerajaan. Dia tidak segan untuk membunuh mereka yang cuba menghalangnya dan dia sendiri berkerjasama dengan seorang penjenayah berbahaya yang dikehendaki oleh beberapa buah negara.

Terlihat, sebuah pesawat terapung sedang terbang menuju ke sebuah lokasi. Pesawat terapung merupakan sebuah pesawat yang memiliki pelampung pada bahagian bawah pesawat yang membolehkan pesawat mendarat dan berlepas di atas air. Pesawat itu sedang terbang menuju ke arah sebuah pulau.

Selepas pesawat itu mendarat di atas air, penumpang pesawat tersebut mulai keluar dari dalam pesawat ke atas jeti. Mereka semua ialah pegawai polis daripada beberapa buah negara yang datang untuk menumpaskan seorang penjenayah berprofil tinggi. Mereka ialah Farouk, Inspektor Azlan, James, Fred, Dali, Jaka dan Ejen Carter.

Inspektor Azlan merupakan pegawai daripada Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur. Dia tidak hadir ketika taklimat tempoh hari kerana terdapat tugas lain sehingga dia digantikan oleh Zul yang kebetulan ada di sana. Zul kini bertugas sebagai Ketua Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan tidak terlibat dengan operasi lain.

Pesawat terapung itu dipandu oleh Leftenan Udara Zarif Aimin TUDM. Seorang juruterbang tentera udara yang sedikit gila. Dia sering membawa pesawat dengan cara yang agak berbahaya.

Mereka berjalan menuju ke arah sebuah rumah api yang terletak berdekatan dengan sebuah tebing. Saat mereka masuk ke dalam, seorang lelaki berbaju hitam sudah menunggu kehadiran mereka. Lelaki berbaju hitam itu membawa mereka mereka ke sebuah ruangan bawah tanah rahsia yang tersembunyi di sebalik sebuah pintu besi berwarna merah.

Di ruangan tersebut, terlihat banyak senjata api tersimpan rapi di dalam peti-peti senjata. Sebuah meja dengan beberapa buah kertas bertebaran terletak di tengah meja.

"Wow, dah macam filem Hollywood dah ni." Ujar Azlan kepada Farouk.

"Well everyone let me introduce you all to this guy. His name is Jonathan also from MI6. He will help us for this mission." Kata Ejen Carter memperkenalkan lelaki berbaju hitam itu kepada Semua orang.

Mereka kemudian memulakan perbincangan untuk misi ini. Carter kemudian menunjukkan beberapa buah fail dan gambar.

"Our intelligence has managed to locate Remy's headquarters located in the Draco hill area where this place is located 8 kilometers from the capital of Ca Sau.
to go to this area, we need to enter the capital city of Ca Sau, Rankara. This area is guarded by their very fierce and brutal military forces. They will shoot you first and then ask any questions. Our intelligence has also revealed that their military government is conspiring to protect Remy so this mission will be very challenging."

Mereka semua mendengar dengan begitu teliti. Mereka turut mencatatnya di dalam buku catatan mereka masing-masing.

"Ca Sau's top leader, General Radick who was responsible for killing the last Ca Sau King was found to have colluded with Remy's criminal organization. Of course because of money. He has sent his troops to protect Remy. So we will face members of Remy group, mercenaries, and Ca Sau's army. A member of the rebel forces has agreed to help us. He will act as our guide and also as our translator so our mission will be easier. That's it for today. You can all relax because tomorrow is going to be a very long day for us." Kata Carter lalu mereka semua pun bersurai.

Selepas menunaikan solat Isyak, Farouk dan Azlan pergi ke tingkat dua rumah api untuk makan malam. Makan malam mereka dimasak oleh Jonathan yang memang pandai memasak.

"Wow did you cook all this food?" Tanya Azlan kepada Jonathan.

Jonathan menjawab "I haven't seen you cook anything since this morning other than instant noodles. don't worry I don't cook pork or mix this food with Alcohol. So you can eat it. After all of these is seafood

Kali ini giliran Jonathan pula bertanya "Where is your friend?"

"Oh, you mean Farouk? he's still upstairs."

Farouk rupanya sedang membuat panggilan video dengan isterinya Aulia. Walaupun baru beberapa hari mereka berpisah, sudah serasa seperti setahun.

"Abang ok tak kat sana? Makan minum abang semua macam mana?" Tanya Aulia dengan penuh rasa bimbang dengan suaminya.

"Abang ok je kat sini. Makan minum semua ok je jadi jangan risau ye. Aulia tu pun jaga diri elok-elok. Solat jangan tinggal." Pesan Farouk pula kepada isterinya yang tidak pandai jaga diri.

"Abang, Aulia nak bagitahu sesuatu."

"Apa dia?"

"Aulia dah dua tiga hari asyik muntah-muntah je. Abang rasa kenapa?"

"Tak abang tak tahulah pulak. Kenapa?"

"Aulia jumpa dengan doktor. Dia cakap Aulia mengandung tiga minggu abang!"

"yeke!? ALHAMDULILLAH!!!"

Suara Farouk mengejutkan kesemua yang ada di bawah.

"What's wrong with this man?" Kata Johnathan.

"Teman kamu itu kenapa? Lagi Kesurupan? Tanya Jaka kepada Azlan.

"Kejap. Aku periksa dulu." Lalu Azlan pun naik ke tingkat atas.

Di saat Azlan membuka pintu bilik Farouk, Farouk keluar dengan wajah yang bersinar memeluk tubuh Azlan dengan erat.

"Woi kau dah kenapa?" Tanya Azlan kehairanan dengan tingkah laku Farouk.

"Aku dah jadi bapak! Aku dah jadi bapak!"

Mereka yang berada di bawah mendengar kata-kata di atas.

"What does it mean?" Tanya Carter kepada Jaka. Jaka menjawab "he said he had become a father."

Semua yang berada di atas meja hanya mengangguk tanda faham. Selepas Farouk turun, mereka kemudian menjamu selera.

Di istana presiden, Jeneral Radick sedang berada di hadapan seorang pemberontak. Dia mengacukan pistol ke muka lelaki itu lalu bertanya "Where is your loyalty to Ca Sau?"

Lelaki itu yang sudah parah diseksa menjawab "my loyalty is only for king Ca Sau. not for you traitors."

Jeneral Radick mengangguk lalu...

"BANG!"

Tamatlah riwayat pemberontak itu. Jeneral Radick mengarahkan agar mayat lelaki itu dibuang ke sungai atau laut. Dia juga mengarahkan agar ahli keluarga lelaki itu dijadikan buruh paksa.

Keesokan harinya, Farouk dan yang lain berada di ibu kota Ca Sau. Mereka berlagak seperti pelancong yang datang. Seorang lelaki berkaca mata hitam yang merupakan seorang pemberontak bertindak sebagai penunjuk arah.

Ketika mereka melalui kawasan pasar, terlihat beberapa orang anggota tentera memeras ugut peniaga agar diberikan duit perlindungan. Bagi mereka yang enggan, maka kedai mereka akan dihancurkan.

"Why does the UN didn't take any action on this country?" Tanya James kepada mereka.

Farouk kemudian menjawab "they are not even able to take any action against Israel for the war crimes they committed and you think they will take any action against this country." Jawapan itu membuat James terdiam.

"Hey, stop!"

Langkah mereka dihentikan oleh dua orang anggota tentera yang bersenjatakan rifle AK-47.

"Are you guys a tourist?"

Carter kemudian menjawab "Yes, what's the problem?"

anggota tentera itu dengan angkuh berkata "
Give us your money now. 50 dolar each of you."

"Why should we give you our money? does your general not pay you enough?" Tanya Dali pula lalu mereka semua ketawa.

Mereka kebetulan berada di sebuah kawasan yang agak sunyi. Tiada sesiapa yang berada di tempat itu selain mereka.

"don't be rude to us. didn't you see that we destroyed the dealer's stall earlier? give us your money or this will be your last day alive." Balas anggota tentera itu dengan marah.

Salah seorang anggota tentera itu mendekati Carter lalu Carter memulakan serangan. Dia berjaya melumpuhkan anggota tentera itu lalu merampas senjata AK-47. Senjata itu dicampakkan ke arah muka anggota tentera yang satu lagi menyebabkan dahi anggota tentera itu luka lalu "Thuff!" kepala lelaki itu diterajang oleh pemberontak yang berada bersama mereka.

Selepas tubuh pengganas itu disembunyikan, mereka semua segera beredar dari kawasan itu dengan menaiki sebuah van. Van mereka bergerak menuju ke pelabuhan untuk pulang ke rumah api kerana tugas mereka hanyalah melakukan tinjauan. Selepas ini, mereka akan menghadapi satu pertempuran besar-besaran yang akan terjadi di negara fiksyen ini.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience