Bukan Ecah

Thriller Series 852

Tajuk: Bukan Ecah
Penulis: A.miruu
.....

" Tapi mama, kenapa Ecah tak boleh ikut?" Tampang bersinar Ecah bertukar mendung.
. " Sebab Ecah tak sihat.. Mama pergi kejap sahaja ni... Ecah duduk diam-diam ok sayang?"
. " Mana ada Ecah tak sihat? Ecah sihat sahaja." Ecah masih tidak beralah namun segala usahanya hanya sia-sia.
. " Ecah duduk rumah sahaja. Apa yang degil sangat ni? Mama pergi kejap sahaja , lagi lambat mama pergi lagi lambat mama pulang, " ujarnya tegas menolak segala alasan Ecah.
. Kemudian, tanpa banyak bicara lagi terus dia menggunci pintu gril. Apabila dia melihat bulan sudah tinggi, terkocoh-kocoh dia memasuki kereta . Kereta Kelisa kelabunya pun berlalu pergi.
. Terkulat-kulat mata Ecah memandang. Sumpah dia kecewa. Dia pun perlahan-lahan menapak ke dapur sambil pandangannya menekur lantai. Sesekali ada juga dia melompat dan menghentak kuat tanda protes.
. Ecah yang dalam tangisan tetiba melutut sebelum melunjur ke lantai. Tersedu-sedan dia menangis macam sedih benar sebelum dia mula menarik-narik ikal rambutnya yang panjang.
. Macam orang gila dia menyentap-nyentap rambutnya hingga putus. Semakin lama semakin jelas bagai ada tompok-tompok botak dan berdarah di kepalanya sambil beriak kesakitan. Bagaikan separuh sedar , semakin lama semakin kuat dan laju dia menyentap rambutnya. Kering anak tekak dia menjerit-jerit. Menggelupur dia menahan sakit.
. " ARGHH! "
Pandangannya yang sejak tadi kabur tetiba menangkap seperti tangannya tetiba naik merah-merah seperti gatal-gatal yang bagai menjalar keseluruh tangan. Ecah terus menggaru-garu tangan dengan kukunya yang panjang hingga terkopek-kopek kulit menampakkan isi.
. Di sebelah lain, Mama mengucap panjang.
Melulu dia memandu ke rumah Pak Engku.
. Sumpah itu bukan Ecah. Sejak dia pulang hiking di hutan itu semalam, Ecah tampak pelik. Ecah macam orang gila. Kadang-kadang menjerit, kadang-kadang menggelupur sendiri bagaikan kesurupan dan ada juga membuat bunyi-bunyi haiwan di hutan seperti menyahut sesuatu.
. Tapi itu tidak cukup untuk melunturkan semangatnya. Apa yang lebih dibimbangkannya, terkadang dia nampak macam ada sesusuk makhluk besar seperti mawas berlegar-legar di dalam rumah. Lagi-lagi apabila ekor matanya selalu menangkap seperti makhluk itu selalu memeluk erat Ecah.
. " Ecah .. tak payah la pergi hiking tu. Ecahkan tengah datang bulan.. Mak risau," katanya sebelum Ecah pergi tempoh hari.
" Ecah dah besar mak, tiada apa punyalah. "
Anak mata mama hitam dan kosong. Tetiba sahaja dia hanyut dalam lamunannya ketika memandu. Semena-mena hitam matanya melihat sahaja di hadapan ada kereta dia belah kanan jalan cuba untuk memotong kereta di hadapannya dengan laju dalam jarak yang dekat. Bagaikan separuh sedar, dia tidak mengelak.

"Mati kau." Tetiba ada suara bisikan nyaring menerjah masuk gegendang telinga. Membuntang mata mama.
. Bam!
Kereta mama hancur remuk dilanggar. Mama meninggal di tempat kejadian.
. Tamat
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience