Permainan

Thriller Series 852

"Aku dengar malam karang selepas malam kebudayaan kita kena main permainan burung hantu," kata Syamer tercungap-cungap.
. Matahari yang tinggi membuatkan sekujur tubuhnya dibasahi keringat peluh. Seperti hendak pitam dia, Hakim dan Merhad menapak balik ke khemah yang terletak 200 meter dari kawasan aktiviti mereka.
. "Burung hantu dengan hantu ke tanpa hantu?" Soal Hakim.
. Merhad hanya memandang pelik. Turun naik tekaknya menelan air liur. Mulalah dia terbayang pelbagai adegan ngeri.
. " Dengan hantu lah baru seronok." Syamer berseloroh seraya menepuk bahu Hakim yang sudah mengelamun jauh.
. Permainan burung hantu tengah malam? Dengan hantu? Meremang sekujur tubuhnya.
. "Aku tak nak pergilah." Merhad tiba-tiba menyelit.
. " Semua terlibat. Lelaki, kan? Takkan nama saja lelaki tapi penakut," kata Syamer bersahaja sebelum dia tertawa besar. Merhad dan Hakim hanya terdiam.
. "Fikir logiklah takkan tempat ni ada hantu? Kalau ada hantu takkan lah diorang nak jadikan tapak perkhemahan. " Syamer membidas.
. Hakim dan Merhad hanya mendengar. Rasa lembik lutut mereka menapak pulang.
. Selepas selesai Malam Kebudayaan.
. "Okay cara nak main permainan ni senang saja. " Tiba-tiba Cikgu Syauki bersuara lantang.
. Para peserta kem itu semua duduk berkelompok di hadapannya. Tidak berkedip mata mereka. Semua kusyuk mendengar taklimat yang diberikan pada pukul 2 pagi itu.
. Perkarangan aktiviti mereka semena-mena bertukar hening, hanya suara Cikgu Syauki dan geseran dahan-dahan pokok sahaja yang menemani mereka.
. " Kamu akan dipisahkan dan ditinggalkan berseorangan di tempat yang kami dah tetapkan . Bertenggek lah kamu seperti burung hantu. Korang tak dibenarkan untuk tinggalkan tempat tu sampai wakil kami menjemput kamu" pesan Cikgu Syauki.
. Terdengar riuh rendah suara-suara pelajar keresahan.
. " Tapi ingat.. walaupun apa pun terjadi jangan buka pengikat mata " tambahnya lagi dengan tegas.
. Kesat tekak Merhad menelan air liur sebelum berkalih memandang Hakim yang kian pucat lesi. Sapa saja tak takut ditinggalkan berseorangan di tengah-tengah hutan?
. " OK.Beratur semua," arah Cikgu Syauki.
. Maka mereka semua pun berdiri dan beratur dalam barisan. Encik Syauki pun menghulurkan kain perca sorang satu untuk diikatkan di kepala sebelum mereka bergerak ke lokasi yang ditetapkan.
. " Ok. Kamu dekat sini," ujar Cikgu Shauki.
. Terus Syamer duduk mencangkung tanpa banyak soal.
. " Jangan pergi mana-mana sampai cikgu jemput," pesan cikgu Shauki sebelum menapak pergi. Entah kenapa Syamer diletakkan sedikit jauh daripada kawan-kawannya yang lain.
. Perlahan-lahan, bunyi tapak kaki Cikgu Shauki kian menjauh dan akhirnya hilang. Kini jelas hanya tinggal bunyi pokok disapa angin dan bunyi-bunyi serangga yang menemani diri. Sesekali dia juga menggosok-gosok lengannya yang kesejukan dek angin yang menyapa tubuh. Merinding bulu romanya.
. Selepas 30 minit berlalu, terketar sekujur tubuhnya menanti dijemput. Kadang-kadang dia terdengar bunyi rakan-rakannya menjerit dari jauh . Mungkin mereka telah diganggu dengan " hantu " jadian fikirnya. Bersedia atau tidak, tipulah jika dia tidak berasa seriau.
. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi daun-daun berkerosok. Mulanya perlahan tapi semakin lama semakin kuat. Hakim yang bagaikan buta mula beriak cemas tapi dia masih tetap dengan pendirian dan pesanan yang diberikan untuk tidak membuka penutup matanya. Menggigil sekujur tubuhnya.
. "Baaaa! "
. Tertonggeng ke belakang Syamer yang tadinya duduk mencangkung. Bagai hendak terkeluar anak tekak dia menjerit ketakutan.
. Terbahak-bahak Cikgu Syauki ketawa kerana geli hati melihat gelagat Syamer yang ketakutan.
. " Hisy!! Cikgu ni! "
. "Dah jom ikut cikgu, " arah Cikgu Syauki seraya membantu dia bangun.
. "Dah boleh buka pengikat mata ni, cikgu?"
. "Belum. Awak ikut saja saya." Perlahan-lahan Syamer berjalan yang hanya dipandu pimpinan Cikgu Syauki.
. Setelah beberapa minit berjalan, tetiba Cikgu Syauki melepaskan pimpinan tangannya.
" Kamu jalan je depan sikit je lagi tu," arahnya lagi.
. Syamer yang bagaikan buta selangkah demi selangkah berjalan ke hadapan. Bagaikan terkapai-kapai tangannya bagai mencari barang.
. "Cikgu? Cikgu Syauki?" Syamer terus memanggil di dalam gelap.
. "Cikgu?" Syamer mula tidak sedap hati. Dia lantas merentap kain yang menutupi mata namun apa yang dilihat, semuanya gelap gelita. Dengan teragak-agak dia cuba mencari arah namun tak semena-mena kakinya tergelincir. Tubuhnya berguling jatuh ke dalam sebuah lubang besar. Kepalanya terhantuk pada kayu lalu pengsan.
...
Di sebelah lain, Cikgu Syauki berpeluh sejuk.
. "Saya dah cari dia di tempat saya letak dia, tapi tak ada," adu Cikgu Syauki kepada pihak renjer hutan dan polis. Pihak sekolah dan ibu bapa Syamer juga telah dimaklumkan. Dia sudah cuba mencari Syamer tetapi gagal.
. Selepas itu pencarian diteruskan oleh pelbagai pihak selama dua minggu namun tiada petunjuk yang ditemui di mana-mana. Syamer hilang bagaikan ditelan hutan.
. TAMAT
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience