Lapar

Thriller Series 852

Di ruang tamu

?Weh, sumpah aku lapar." Tiba-tiba Asyilah mengadu.
. "Sabar ? cakap nak diet." Najihah mengingatkan. Semangatnya masih belum luntur. Baru sahaja 8 jam tidak makan. Kalau semasa puasa boleh bertahan sampai 14 jam, kenapa 8 jam tidak boleh?
. "Aku pun lapar. Jom kita beli makanan," balas Asyikin.
. ?Tadi aku lalu depan kedai dekat simpang tu, bau masakan mak cik tu sedap betul," ujar Asyilah.
. "Haaa...jom!" Asyikin terus bangkit mencapai kunci motosikal.
. Hampir sejam kemudian, kedua-duanya balik dengan perut kenyang dan wajah yang ceria.
*****

Di Bilik Tidur

?Lagi sikit ? lagi 30 minit," ngomel Najihah sendiri. Rancangan dia untuk tidak mengunyah apa-apa selama 12 jam kini hampir tercapai.
. Asyilah yang sedang baring di katil, tiba-tiba duduk. Mukanya pucat dan badannya menggeletar halus.
. Berkerut kening Najihah memandang. Lama dia merenung.

?Kau okay ke? ?

Asyilah hanya mengangguk dua kali. Sebelum menerkup mulutnya dan menunduk. Dia rasa macam perutnya kembung yang teramat dan pandangannya kian kabur.

?Kau ok ke tak?? soal Najihah lagi seraya merapati dan memaut bahu Asyilah.
. Asyilah mengangkat muka. Kini pandangannya terhala tepat ke ruangan dapur melalui pintu yang terbuka. Membesar matanya apabila melihat ada sesusuk makhluk seperti orang tua yang bongkok tidak berbaju dan berkulit kelabu sedang membuang air kecil ke dalam plastik makanan yang dibuangnya tadi.
. Belum sempat dia berteriak, dia terus meluru ke tandas dan muntah tidak henti-henti.
. Dahi Najihah berkerut. Segera dia memandang ke arah yang direnung Asyilah tadi, tetapi tiada apa yang aneh. Melihatkan keadaan Asyilah, dia bergegas mencari Asyikin.
. ? Weyh, Ikin." Najihah mengetuk pintu berkali-kali namun Asyikin masih tidak menjawab. Akhirnya dia menerjah masuk.

? Astaghfirullah Al Azim ? Najihah terkejut besar apabila melihat Asyikin terbaring layu di atas katil yang penuh dengan muntah berserta ketulan-ketulan sisa makanan yang belum hadam. Segera Najihah membantu.
. Setelah keadaan Asyilah dan Asyikin semakin baik, Najihah dengan laju memecut motorsikal ke kedai yang dikatakan mereka berdua tadi. Namun ketika dia tiba di situ, dia tidak menjumpai sebuah kedai makan pun disitu.
. Yang ada hanyalah sebuah warung yang buruk dan sudah roboh. Dia terpinga-pinga.
. .
TAMAT
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience