Ayah

Thriller Series 852

Tajuk: Ayah
Penulis: A.miruu
.....

?Mak? lapar?? adu Liyana, sayu. Air mukanya mulai berubah mendung. Entah kenapa pada malam itu, dia teringin sangat nak makan roti berkrim coklat.Berulang kali dia memberitau ibu akan keinginannya.

?Nanti ayah balik, minta la dekat ayah,? balas ibu sebelum tumpuannya kembali beralih ke kaca televisyen.

Liyana hanya mencebik mulut.
. Vroomm Vroom

Tetiba bunyi motosikal bapanya sayup kedengaran. Segera dia menoleh ke arah pintu.

?Liyana.. meh sini tolong Ayah kejap."

?Ok!? balas Liyana kuat sebelum melulu dia keluar rumah. Ibunya hanya memandang.

Segera Liyana melangkah ke garaj belakang rumah, tempat kebiasaannya ayah memakir motosikal.

?Ayah?? soal Liyana lagi setibanya di garaj. Gelap. Terkapai-kapai dia berjalan dalam gelap mencari suis lampu. Fikirnya mungkin ayah hanya hendak bergurau. Itu memang kebiasaan ayahnya yang suka menyakat.

?Yana," panggil satu suara yang garau.

Perlahan-lahan dia berjalan ke arah suara itu. Mesti ayah sengaja nak kenakan dia.

Semena-mena, dia terlihat seperti ada satu gumpalan-gumpalan putih yang sedang berdiri tegak di penjuru garaj. Tingginya hampir mencapai siling. Tidak berhenti-henti sesusuk itu memanggil namanya. Sesungguhnya dia sendiri bingung, dalam remang garaj yang pekat, fikirannya masih menganggap itu ayah. Dek rasa lapar yang semakin meningkat, tanpa rasa curiga perlahan-lahan dia mendekati.

?Ayah??
Semakin dia mendekati, semakin kuat bau wangi kapur barus menyergap ke hidung sehingga langkahnya mati lebih kurang 10 meter daripada makhluk itu.

?Ayah?? terjungkit kening Liyana.

?Ya nak.? Tiba-tiba makhluk itu membalas sebelum membongkokkan sedikit tubuhnya ke hadapan. Jelas kelihatan tampang rentung makhluk itu beserta matanya yang merah tersembul keluar.
. Serta- merta,badannya berasa meremang dan cekang. Bau-bauan kapur barus itu pula serta-merta lesap, kini bau pahit daging hangus yang menyinggah.

?Mak!? jerit Liyana kuat sebelum tak cukup tanah dia berlari keluar daripada garaj jtu. Seperti nak meletup jantung dia berdegup kencang. Tak putus-putus dia menjerit ketika berlari.

Baru sahaja dia menghampiri tiba ke pintu utama rumah, tetiba dia melihat motosikal ayahnya baru sahaja memasuki perkarangan rumah.

Lantas bapanya memberhentikan motosikal dan melulu merepati Liyana yang terpekik-pekik.

"Kenapa ni? Kenapa ni?"

Liyana hanya tercengang.
. Tamat
.

Share and like tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience