Series
852
Tajuk: Panas
Penulis: A.Miruu
....
"Aik nak pindah bilik?" Syakul tiba-tiba bertanya sebaik sahaja dia melangkah keluar bilik dan ternampak jiran bilik hadapannya sudah mengangkut keluar bagasi.
.
Mukanya penuh dengan tanda tanya. Baru sahaja sehari dua mereka daftar di matrikulasi, minggu haluan siswa pun tak habis lagi, sudah ada yang mahu pindah keluar.
.
Lelaki yang dia sendiri belum sempat berkenalan hanya tersenyum dan kekal membisu.
.
Syakul hanya berdiri menanti jawapan. Mungkin dia berasa janggal, mula Syakul rasa dirinya menyibuk meskipun dia hanya mengambil berat. Terus dia memakai selipar dan ingin ke tandas yang terletak di hujung Wing.
.
" Roommate aku ni bising."
.
" Dua- dua .. bising?" Kening Syakul terjungkit tinggi. Wajah Amir dan Danial, dua orang yang sempat dia berkenalan ketika hari pendaftaran mulai melatari pemikirannya.
.
Pelik . Selama ditinggalkan di situ tidak pernah lagi dia dengar mereka terpekik terlolong buat bising, bunyi mereka mengalunkan bacaan Al-Quran ketika senja adalah.
.
Lelaki itu hanya mengangguk sebelum membisu. Perlahan-lahan dia berlalu pergi sambil menarik bagasinya.
.
Syakul hanya diam berdiri melihat lelaki itu berlalu pergi.
.
"Sunyi ke tu? Roommate dah keluar " Syakul berseloroh daripada belakang. Sengaja dia mahu menyakat jiran biliknya itu.
.
Amir yang sedang menyusun kasut di rak di luar bilik terus menoleh.
.
" Sapa? Danial?" Tampang keliru melatari wajah Amir. Nampaklah dia bingung dengan soalan Syakul.
.
Syakul hanya menggeleng.
.
"Sorang lagi tu . Yang bisu-bisu sikit tu. " Selamba Syakul menjawap.
.
" Syak... Kami tinggal berdua je... Engkau tanya pasal siapa ni?"
.
Syakul tercengang.
.
TAMAT
Share this novel