Series
852
Ketika itu bulan baru sahaja mulai meninggi. Perkarangan yang asalnya balam dihidupkan dengan kemeriahan lampu-lampu kedai yang dipacak sebelah menyebelah membentuk deretan yang panjang.
.
?Saya nak order mi sup satu,? ujar seorang lelaki berusia 30-an.
.
Mirza hanya mengangguk. Itulah kali pertama dia membantu keluarganya berniaga. Mereka sekeluarga baru mulai berjinak-jinak dalam bidang perniagaan makanan sejak sebulan yang lepas. Setiap hujung minggu pasti mereka akan berniaga di Uptown Bandaraya Melaka.
.
Tanpa bertangguh terus Mirza ke belah tepi untuk menyiapkan pesanan. Diambilnya semangkuk kosong. Diletakkan segenggam mi dan beberapa hiris daun bawang sebelum mencedok sup yang masih menggeledak ke dalam mangkuk itu.
.
Selepas itu Mirza pun ke meja di belakangnya, tempat diletakkan beberapa bongkah perut dan daging yang sudah direbus.
.
Diambilnya sebongkah daging rebus dan dihiris seadanya.
.
Tiba-tiba ibu merapati. "Potong lebih sikit buang ke bawah," bisik ibu.
.
Mirza tercengang. "Bu.. buang ke lantai?" Keningnya bertaut.
.
Ibu hanya menggangguk. "Ikut sahaja."
.
"Dah kenapa?" Omelnya sendiri.
.
Dia sendiri pelik tetapi dia tidak mahu membantah. Terus dia menghiris lebih daging dan sengaja dibuang ke bawah. Dibiarkan sahaja sisa daging itu berselerak, terkadang mereka sendiri pun terpijak sisa-sisa daging itu.
.
Dia pun kembali menyiapkan pesanan.
.
Semakin tinggi rembulan tergantung di dada langit, semakin banyak pesanan yang mereka hidang. Satu demi satu pesanan disediakan tanpa bertangguh. Diikut sahaja arahan ibunya tanpa membantah. Setiap pesanan, mesti dibuat lebih sebelum dibuang ke bawah.
.
"Ya puan nak order?" soal Mirza. Rautnya penuh dengan kepenatan.
.
Meskipun semakin lama semakin ralit pandangannya melingas ke arah jam di radio di sebelahnya yang menunjukkan sudah lewat, namun kudrat yang berbaki masih digunakan sebaiknya untuk menyiapkan semua pesanan.
.
Seperti biasa dia menyediakan semangkuk mi sup. Dibuang juga lebihan daging ke bawah dan kembali ke meja hadapan. Ketika itu dia terlupa untuk membawa pisaunya bersama.
.
Baru sahaja dia menoleh?
.
"Mak Hantu!" Jeritan Mirza bergema kuat.
.
Terkinjat dia beberapa tapak ke belakang . Kecut perutnya. Dia ternampak ada tangan hitam penuh dengan kudis muncul daripada bawah birai meja tempat potong daging itu, tengah cuba mencapai-capai hirisan daging yang berselerak di tanah.
.
Melulu ibu merapati seraya terus menekup mulut Mirza.
.
"Diam! Pelanggan dekat depan tu!" Tegas ibu menyuruh.
.
Pandangan ibu meliar ke setiap raut wajah pelanggan yang pelik memandang mereka .
.
Mirza masih membeku. Jarinya masih terketar-ketar menunding tegak. Meskipun tangan hitam itu telah lenyap daripada pandangan, namun dia masih berasa cekang. Bulu romanya juga masih tegak berdiri.
.
"Maaf ya.Maaf. Anak saya memang macam ni. Maklumlah budak-budak." Tertunduk-tunduk ibu sebelum keadaan kembali reda.
.
"Dah sambung buat kerja. Takyah hirau," suruh ibu.
.
Tanpa banyak soal dia terus menyambung kerja meskipun dirinya masih terketar-ketar ketakutan. Sepanjang malam dia hanya bertugas di kaunter hadapan. Dia tidak memutar tubuh walau sekali pun. Perasaan seriaunya masih belum reda.
.
Setelah tamat waktu perniagaan, Mirza pun tolong mengemas-ngemas kaunter hadapan.
.
"Jangan jerit lagi depan customer." Tegas ibunya memesan tiba-tiba.
.
"Ben.. benda apa tu bu?" Terketar-ketar suara Mirza membalas.
.
Bayangan tangan hitam itu masih segar melatari pemikirannya. Hitam bagai rentung dibakar. Dengan kudis yang masih menguning. Kembang tekaknya bila dia teringat.
.
Diberi makannya hanya sisa beralaskan tanah yang kotor. Dia sendiri tahu itu bukan manusia .
.
"Ibu.. ibu guna pelaris ke?" Tebak Mirza.Takut-takut.
.
Ibu hanya menggeleng. "Itu Danyang keluarga kita. Berniaga ni banyak pantang larangnya. Keras. Bila kita berjaya, banyak mata-mata iri memerhati," ulas ibu.
.
Mirza hanya terkebil-kebil mendengar.
.
"Kita jaga dia untuk jaga kita. Nak jaga dia pun mudah, setiap hidangan yang kita hidang? perlu juga dihidang untuknya. Barulah ditolak segala sial." Tambah ibu lagi sambil mengemas-ngemas."Bukan takhyul , tetapi itu sahajalah caranya..?
.
Seketika kemudian mereka pun pulang. Mirza kembali membisu. Sepanjang perjalanan dia berasa cangung.
.
Entah kenapa dia berasa penasaran daripada tadi. Sesekali dia membuang pandangan keluar tingkap.
.
Acapkali dia melihat kereta di belakang menyalakan lampu tinggi buat beberapa kali bersilih ganti sebelum laju memotong di laluan belah kiri. Dia berasa hairan namun apabila dia menoleh, keluarganya tidak mengendahkan seperti sudah biasa.
.
Dalam pada masa yang sama..
.
"Bang cepat potong, bang!" Gesa si isteri.
.
Suaminya yang sedang memandu sudah mulai berasa kaget yang memuncak. Bersilih ganti dia menyalakan lampu tinggi , meminta laluan untuk memotong namun tidak diendahkan.
.
Terus dia tekan minyak dan menyalakan lampu signal ke kiri dan memotong menggunakan laluan yang bertentangan arah sebelum memecut laju meninggalkan mereka.
.
Kecut perut mereka melihat ada sesusuk makhluk persis manusia yang rentung, sedang merangkak-rangkak di atas bumbung kereta di hadapannya tadi. Dengan lidah yang panjang menjalar hingga ke pusat, mata hitam bernanahnya tepat menenung ke arah mereka. Seperti mereka satu ancaman.
Share this novel