Berapa bulan setelah berkahwin Zetta pun disahkan mengandung. Dan jelas kegembiraan terpancar di wajah Farel kerana turut dikurniakan seorang cahaya mata .
Dalam sesi mengidam , Farel pula yang terlebih suka makan benda masam dan mengalami muntah yang teruk , jarang pula terjadi pada Zetta yang tengah berbadan dua .
Semenjak Zetta berbadan dua juga , Farel pula sering alahan pada bau makanan .Hingga saat Zetta melahirkan , Farel lah orang yang paling risau dengan isteri tercintanya .Hingga menangis diluar wad . Nak tak nak Zayn pula yang memujuk kawannya tersebut , ikutkan hati ingin Zayn tonyol-tonyol kepala kawannya tersebut .
Tapi saat melihat kawan baiknya menangis , tak sampai hati pula nak nenonyol kepala Farel . Tak lama kemudian , suara bayi menangis pun kedengaran , dengan laju Farel me nginsap air matanya.
Kemudian , doktor pun keluar dan menyatakan yang isteri dan anak Farel dalam keadaan sihat. Selesai bersalin Zetta dan bayinya pun di pindahkan ke wad ibu dan anak untuk mendapatkan lebih pemantauan .
( bayi menangis )
" bro isteri kau " Kata Zayn
" isteri aku ..isteri aku melahirkan " kata Farel
" tahniah encik Farel isteri dan anak encik sihat .sekejap nanti , isteri dan anak encik akan kami pindahkan ke wad h untuk anak dan ibu " kata doktor
" baik encik ,terima kasih." kata Farel gembira .
Selepas menjenguk isterinya , Zayn pun mengajak Farel keluar makan sekejap ,manakala Baby Halina pula menemani Zetta . Tak lupa juga Zayn membungkuskan makanan buat isterinya . Nathaniel pula kelihatan comel saja bila mengikuti dipimpin oleh ayahnya .
Orang yang berkerja dikedai tempat mereka duduk.sebentar tadi pun memuji kecomelan Nathaniel. Ada yang sampai mencubit pipi Nathaniel kerana comel .
Sampai di hospital , Nathaniel terus memerluk Natalie dan memimpin kembarnya duduk di sofa sambil makan roti dan minum air kotak.
Zetta dan Baby Halina yang melihat gelagat dua beradik itu hanya tertawa kecil melihat gelagat comel mereka . Zayn yang baru perasan akan gelagat putera dan puterinya tersebut turut tersenyum lalu menyapa.
" anak baba ....anak baba buat apa ni ? Tanya Zayn sambil mengusap rambut anak-anaknya .
" mamam...kongsi dengan adik " jawab Nathaniel
" mamam ? sayang baba makan apa ? " Tanya Zayn
" mamam roti ..." jawab Natalie pula
" pandai ...sayang anak baba ... Natalie dan Nathaniel duduk sini dengan mama dulu ya ..Baba nak pergi beli air untuk mama " kata Zayn lalu mengucup kening kedua anaknya .dan tak lupa juga Baby Halina turut dikucup oleh Zayn .
Keluar dari bilik wad , Zetta dan Baby Halina banyak bercerita , tentang suami masing - masing .
" untung kamu ya Baby ...Zayn masih seromantis macam kamu berdua masa bercinta dulu " kata Zetta
" humm ...macam tulahh Zett...dah suami isteri ..kadang-kadang Tu adalah Salah faham sikit . " jelas Baby Halina
" baguslah tu Baby...awak pun dah bahagia sekarang dengan suami yang sayangkan awak..anak awak pun comel. " kata Zetta gembira .
" awak pun Sama Zett ....Farel tu apa kurangnya ..dia pun sayang awak ...baik dan bertanggungjawab " kata Baby pula .
Share this novel