Dari hari demi hari hubungan Baby Halina dan Zayn pun semakin pulih dan mereka pun berbaik seperti biasa. Baby Halina pula dah mula bekerja seperti hari biasanya dengan selalu dinasihati oleh Zayn untuk ingat makan rehat walaupun sibuk dan penat dengan kerja .
Bila Baby Halina dan Zayn free pula , Zayn akan video call dengan Baby Halina tapi Kali ini Zayn menjemput ,Farel ,Dicky dan Zack untuk video call. Ketika itu suasana menjadi riuh rendah dengan gurauan mereka berlima .
Setelah itu , Farel ,Zack dan Dicky pun mematikan panggilan video ,kerana waktu rehat mereka telah pun tamat ,tinggal Baby Halina dan Zayn saja yang masih dalam talian .
Tamat waktu rehatnya Zayn pun meminta izin pada Baby Halina ,untuk masuk kerja semula hingga tamat waktu kerja barulah Zayn call semula kepada Baby Halina.
Lepas bersiap ,Zayn pun membersihkan ruangan rumahnya dahulu sebelum keluar semula untuk bertemu dengan Baby Halina untuk membawa Baby Halina keluar jalan-jalan.
Selepas kerjanya selesai Zayn terus memecutkan kereta ke rumah Baby Halina ,tapi Zayn tak memberitahu Baby Halina akan kedatangan Zayn ke rumahnya .
Sampai di rumah Baby Halina , barulah Zayn memberi tahukan Baby Halina akan maksud kedatangannya mengejut.
" sa ...sayang ?? " kata Baby Halina terkejut masa membuka pintu.
" aik ..tunang sendiri datang pun terkejut ke ? " kata Zayn bergurau
" ehh tak ....tak ...tapi kenapa nak datang tak bagitahu ? ...masuklah " kata Baby Halina lalu mempelawa Zayn masuk .
" ni saya ke sini sebenarnya nak ajak awak keluar makan ,bosan sorang dekat rumah " kata Zayn
" em ....boleh...tunggu sini kejap ya ...saya nak tukar pakaian " kata Baby Halina lalu masuk ke biliknya untuk menukar pakaian . Zayn pula menunggu Baby Halina bersiap sambil main game .
**************
Tak lama setelah itu , Baby Halina pun keluar dari biliknya dengan berpakaian agak tertutup , Zayn pula hanya senyum melihat cara Baby Halina berpakaian .
Pada Zayn , Baby Halina adalah seorang perempuan yang pandai menjaga aurat . Cara berpakaian pun tak seperti orang lain .
Sempat Zayn termenung melihat Baby Halina yang kelihatan comel dengan cara berpakaian yang agak tertutup tambah dengan badan Baby Halina yang agak pendek dan sedikit berisi .
Masa keluar bersama Zayn selalu pegang tangan Baby Halina tanpa lepas sekalipun , kemana- mana Zayn tak mahu lepaskan pegangannya .
Orang yang tak tahu akan status mereka ,mungkin akakn anggap mereka adik beradik tapi hakikat yang sebenar mereka tunang yang bakal berkahwin.
Masa bertunang memang banyak cubaan dan cabaran , tapi mereka selalu memilih untuk bertahan dari masa bercinta terus bertunang sehingga ke alam perkahwinan. Dalam hidup tiada perkara yang lebih baik daripada bertahan dengan orang mampu menjaga, melindungi dan
menghormati pasangan masing-masing.
Meskipun dalam bertahan ada rasa sakit yang tak terluahkan ,tapi tetap memilih untuk bertahan dengan orang dan pilihan yang tepat amat membahagiakan . Kerana setiap apa yang bermula dengan rasa perit ,pasti akan ada hasil yang akan berbuah manis , meskipun setiap kisah yang bermula dalam hidup setiap insan itu berbeza.
Share this novel