Lima bulan kemudian , Baby Halina pun pulang ke rumah ibunya , rumah terasa begitu sunyi kerana orang semua orang sibuk kerja .
Ayah Baby Halina pula tak tahu kemana selepas ibu dan ayahnya bercerai masa Baby Halina menghadapi peperiksaan SPM.Baby baring di tempat tidurnya dengan lemah sampai tertidur .
Menjelang petang , Puan Hawa pun balik dari tempat kerjanya tapi tak perasan akan kepulangan Baby Halina yang masih tertidur di biliknya.
Tak lama kemudian Baby Halina pun keluar dari biliknya berjalan menuju ke dapur dan menyapa ibunya . Lalu laju tangannya menolong ibunya masak .
" ibu....bila ibu balik ? " Tanya Baby Halina sambil menggosok Matanya .
" ehh Baby ..bila kamu sampai ,tak call ibu pun " Kata Puan Hawa.
" la Baby lupa lah ibu ... handphone Baby habis bateri belum charge lagi" kata Baby menepuk dahinya .
" hemmm ...tak apalah ...ni kamu pun dah sampai , ni tolong ibu potong bawang tu " kata Puan Hawa
" yalah ibu ..." jawab Baby lalu laju memotong bawang dan membasuh sayur sekali.
Selesai makan Baby Halina terus mencuci pinggan Dan dan mengemas dapur , Puan Hawa pula ,terus mandi dan rehat .Dah siap kerja ,baby baru teringat akan mesin jahitnya yang lama tak digunakan .
Dah masuk biliknya ,lalu Baby Halina keluar semula dan masuk bilik peribadinya untuk memeriksa mesin jahitnya yang lama tak digunakan. Dari terus dibiarkan, Baby Halina cuba membuang habuk yang lekat dan memghidupkan mesin jahitnya.
mujurlah masih dapat digunakan lagi , dapatlah baby membuat kerjanya dengan lancar kembali mengambil ulah menjahit .
************
Keesokan harinya Baby Halina menjalankan tugasbya sebagai serang tukang jahit , Baby Halina membuat kerjanya dengan terliti dan memeriksa hasil kerjanya sebelum di serahkan kepada pelanggannya .
Di rumah Baby Halina mengerjakan tugasnya dengan sebaik mungkin , berpuas hati dengan hasil kerjanya Baby Halina bercadang untuk terus berkerja dari rumah dengan mengambil upah jahit dan berbuat bisnesnya.
Setiap hari Baby Halina akan menghantar barang prlanggannya Dari rumah ke rumah hingga selesai .Suatu Hari Baby Halina langsung tidak tahu yang pelanggan yang kali itu yang menwmpah baju darinya adalah ibu kawannya Zetta ,tanpa Ragu Baby Halina menghantar barang ke rumahnya .
Sampai di rumah Zetta baru Baby Halina ingat yang dia ada menerima tempahan dari area rumah Zetta ..dan Zetta pun mengadu bahawa ibunya juga ada membuat tempahan baju .Dengan pantas Zetta memanggil ibunya
Tak lama kemudian , ibu Zetta pun keluar menanyakan baju yang tempahnya .Dan masa itu juga ibu Baby Halina call memberitahu yang ibu Zetta ada menempah baju daripadanya .
Dengan gembira Baby Halina menyerahkan baju yang dah siap kepada ibu Zetta ,dan menyuruh ibu Zetta mencuba dan melihat hasil tangannya .
Ibu Zetta sangat memuji hasil kerja Baby Halina kerana pandai membuat kerjanya dengan terliti dan kemas. Selapas menghantar barang prlanggannya Baby Halina pun balik ke rumah untuk menyiapkan kerjanya lagi .
Masa perjalanan pulang baby tak perasan langsung yang Baby Halina ada terserempak dengan Joe ,tapi Joe hanya sekilas pandang kepada Baby Halina kerana sibuk ,dengan kerjanya sendiri.
Share this novel