Keesokan harinya Baby Halina ke sekolah bersama den Joe ,tapi Baby Halina tetap dibuli oleh Hakimi dan Nick yang dah lama tidak menyukai Baby Halina ,tapi di tegur oleh Joe ,tapi Joe juga turut mendapatkan pembulian yang teruk.
Tapi Joe tetap memilih untuk rapat dengan Baby Halina kerana tak ingin Baby Halina disakiti oleh orang lain. Hingga satu saat Joe meluangkan isi hatinya kepada Baby Halina ,tapi ditolak mentah oleh Baby Halina kerana hatinya dah pun ada orang lain.
Mendengar apa yang diluahkan oleh Baby Halina membuatkan Joe pasrah dan menerima kenyataan bahawa dirinya ditolak oleh Baby Halina ketika itu.
*****************
Masa Zayn sudah berhenti sekolah dan berkerja , Baby Halina tetap memandang ke arah tempat duduk Zayn yang kosong.Tak pun Baby Halina termenung memandang ke arah luar kelas.
Hingga Zetta merasa pelik melihat gelagat Baby Halina ketika itu ,yang seolah berubah setelah Zayn berhenti sekolah. Dengan rasa ragu Zetta menegur dan dikejutkan lagi dengan Akim yang tiba-tiba datang mempersoalkan tentang perasaan membuatkan Zetta salah sangka.
Zetta sangkakan Akim sukakan Baby Halina tapi Akim maksudkan Baby Halina dengan Zayn . Timbul rasa ingin tahu Zetta tak berhenti bertanya , sampaikan baby tak mampu nak menjawab.
" omg .... Akim sukakan awak ke ? " Tanya Zetta selepas Akim berlalu pergi.
" Emmm ....no...kenapa ?" Tanya Baby Halina denrrrrrgan kening berkerut.
" tapi yang dia maksudkan...." kata Zetta gagap
" tak ....no....Akim maksudkan ..." kata Baby Halina gelabah
" maksudkan ? " Tanya Zetta rasa curiga ..
" Akim ..Akim maksudkan sepupu saya girlfriend .. girlfriend dia " kata Baby Halina gelabah .
" ooooo....macam tu " kata Zetta .
" ingatkan Akim sukakan awak tadi ..." sambung Zetta
" ish mana ada ...saya mana nak orang macam tu " kata Baby Halina .
Tak lama kemudian , masa rehat pun tiba , Baby Halina seperti biasa makan di kelas sambil ulangakaji , Zetta pula lepas makan sempat tidur .
Masa yang sama Joe datang ke tempat duduk Baby Halina untuk mengulangkaji pelajaran bersama , sambil meminta Baby Halina mengajar Joe .
Lepas rehat , sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.masa belajar Zetta dan Baby Halina seperti biasa fokus dengan apa yang cikgu ajar ,untuk murid yang lain sibuk berbual sesama sendiri dan hal sendiri.
Selepas waktu sekolah , Baby Halina terus balik ke rumah dan ulangkaji dan mandi lalu membuat kerja rumah seperti biasanya jika tiada mengikuti aktiviti latihan.
Seharian dinrumah Baby Halina siap mengemas dan menyediakan makanan . Ibu bapanya pula sibuk kerja ,selalu lewat balik .Hanya Baby Halina dan adiknya Zack yang tinggal di rumah itu pun adiknya selalu keluar apabila petang.
Malam pula Baby Halina seperti biasa duduk di luar rumah untuk ambil angin dan tenangkan hatinya . Kkadang-kadang Baby Halina duduk di luar sambil membaca buku dan siapkan kerja rumahnya yang tertunggak.
Selepas puas di luar rumah , baby pun masuk ke biliknya dan baring dan tidur sambil mendengar lagu kegemarannya . Dalam syoknya Baby Halina mendengar lagu , tiba-tiba Zetta pun call untuk bercerita kepada Baby Halina .
Share this novel