CP 04

True Story Completed 4775

Mujurlah luka yang dialami oleh Baby hanya luka ringan ,dan cikgu Nizam sempat bertanya siapa yang menyebabkan Baby terluka ,tapi Baby hanya memberitahu Yang Baby hanya terjatuh. Tapi Cikgu Nizam tahu yang Baby ada masalah lain ,tapi Cikgu Nizam memilih untuk tidak banyak bertanya kerana tak mahu Baby banyak berfikir.
Tiba rrrrj tamat persekolahan , Baby pun balik dengan lututnya yang berbalut, dan meminta izin dari cikgu Naim untuk tidak menghadiri aktiviti kerana lututnya tercedera .
Zayn pula seperti biasa hanya memerhatikan Baby dari belakang kerana risau bercampur serba salah kerana Baby terluka sebab ditolak oleh Talia masa ingin masuk kelas pagi tadi.

*****************

Sampai di rumah,Baby terus mandi dan berehat di tempat tidurnya. Zayn pula terus turun makan ,Mandi dan berehat di asrama. Tak sampai seminit ,Zayn dah bangun semula dan menjenguk keluar memandang ke arah rumah Baby .tapi Baby langsung tak keluar dari rumah . Zayn benar-benar rasa serba salah , melihat Baby langsung tak keluar dari rumah seperti biasanya .
Keesokan harinya pula Baby tak pergi sekolah kerana diberikan cuti seminggu kerana kakinya masih berbalut.Zayn pula tak tenang dan tercari-cari akan Baby , pulang dari sekolah pula , Zayn bukan langsung makan ke dewan tapi berdiri di koridor asrama sambil memandang ke arah rumah Baby.
Dalam masa seminggu Baby tak ke sekolah ,Zayn langsung tak tenang .Dalam kelas Zayn hanya memandang ke arah tempat duduk Baby yang kosong ,balik dari kelas pula Zayn memandang ke arah rumah Baby yang seperti tiada orang . Begitu juga hari seterusnya ,Baby langsung tak ke sekolah .Sehingga ada gosip tersebar mengatakan Baby pindah sekolah membuatkan Zayn makin tak tenang.
Seminggu kemudian , Baby pergi ke sekolah seperti biasa dan orang pertama yang mengetahui perkara tersebut adalah Zetta , dan tersebar juga di satu sekolah membuatkan Zayn bergegas bangun dari tempat tidurnya untuk mandi dan ke sekolah untuk melihat Baby .
Sampai di depan kelas Zayn terus menyapa Baby Dan berlari ke arah Baby untuk memerluknya tapi mendapat satu tamparan dari Baby dan Zetta.

" Baby Halina ..." sapa Zayn dengan suara lantang lalu berlari ke arah Baby tapi penampar yang Zayn dapatkan
" aduh ..apa ni? " kata Zayn sambil memegang kedua pipinya .
" kau nak buat apa dekat Baby ? minggu lepas seba awak dia tak dapat sekolah , sekarang awak nak lukakan kawan saya balik ? " kata Zetta
" tak ...tapi ..." kata Zayn terhenti di situ
" banyak cantik muka engkau ..kau jangan nak dekat dengan baby dan ganggu dia ,kalau tak saya report kat cikgu " kata Zetta marah

Dengan sakit hati Zetta membawa Baby ke tempat duduk mereka untuk belajar sementara menunggu cikgu mengajar .
Tak lama kemudian ,cikgu pun masuk mengajar , masa belajar Zayn hanya memandang ke arah Baby Halina tanpa berkedip ,Nick dan Hakimi yang dari tadi akan kelakuan Zayn pun menegur tapi Zayn hanya berkata tiada apa-apa . Akim pula tahu yang Zayn dari tadi memandang ke arah Baby tapi Akim malas ingin menegur.
" oii ...awak buat apa ? " kata Nick lalu menepuk belakang Zayn .
" ya lah ..pelik lah awak kebelakangan ni " kata Hakimi pula.
" tak adalah , cuma ngantuk " kata Zayn memberi alasan.tiba - tiba Akim berbisik
" mengantuk ke tengah pandang Baby Halina " bisik Akim ,membuatkan Zayn terbeliak terkejut memandang ke hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience