CP 17

True Story Completed 4775

Malam sebelum tidur , Baby Halina seperti biasa akan video call dengan Zayn dan bergurau.Selepas selesai video call. Sebelum tidur Baby Halina sempat teringat akan apa yang pernah diberitahu oleh Khairy kepada Baby Halina dulu, begitu juga Farel yang ingin Baby Halina memberitahu Zayn akan tentang perasaannya .
Ketika itu, Baby Halina merasa masih takut untuk meluahkan isi hatinya terhadap Zayn .Berapa kali Baby Halina ingin Cuba meluahkan isi hatinya ,tapi Baby Halina selalu gagal kerana kalah dengan rasa takutnya berbanding rasa cintanya terhadap Zayn ketika itu .
Begitu juga , di zaman sekolah dulu Baby Halina,hanya mampu melihat Zayn dari jauh tanpa mampu menyapa . Dulu juga Akim yang selalu datang mendekati Baby Halina bertanya dan bercerita tentang Zayn kerana Akim yang paling rapat dengan Zayn jika dibandingkan dengan Hakimi dan Nick.
Dalam banyak-banyak kawan Zayn , Akim lah yang seperti adik kepada Zayn kerana setiap susah senang dan sedih gembira mereka ,mereka kongsikan bersama .
Setiap cerita pula, baik Zayn atau Akim akan cerita masalah dan kisah mereka kepada sesama sendiri .

************************

Dari hari ke hari hubungan Baby Halina dan Zayn menjadi semakin serius ,Zayn mula berubah menjadi seorang yang lembut hati di hadapan Baby Halina, Zayn menjadi sering sabar dan mudah mengalah bila terjadi Salah faham antara mereka .
Berapa bulan kemudian , ibu Zayn dan ahli keluarga yang lain pun mengetahui tentang hubungan Zayn dan Baby Halina.Begitu juga keluarga Baby Halina yang mengetahui tentang hubungan Baby Halina dan Zayn .
Hari demi hari juga Zayn semakin tak ingin kehilangan Baby Halina , ibu Zayn juga tak keberatan menerima pilihan Zayn asalkan Zayn mampu menjaga Dan menunaikan tannggungjawabnya .
Baby Halina dan Zayn mula rapat dengan keluarga pasangan masing- masing dan mengenali hati budi keluarga masing- masing dengan lebih dalam .
Selepas semua usaha mereka semakin baik , Zayn dan Baby Halina bercadang ingin menjalankan hubungan mereka ke arah lebih ke depan jika tiada halangan .
Tak lama kemudian , Baby pun sekali lagi mengenal adik Zayn iaitu Mia . itu pun Baby Halina merasa tidak begitu ingan rapat dengan Mia kerana sikap adik Zayn tersebut kelihatan lain .
Dalam masa yang lama Baby Halina mengenali Mia , Baby Halina sedar yang Mia seorang yang sosial dan sering membuat masalah di sekolah , ibu Zayn dah berbulang Kali di panggil oleh cikgu disiplin kerana Mia tak Lepas dari berbuat masalah di sekolah .
Disebabkan teguran Baby Halina , Mia mula membenci Baby Halina ,hingga Baby Halina tak lagi perduli akan kehadiran Mia yang sering memperlekehkannya .
Bukan sekali tapi berulang Kali Baby Halina diperlekehkan oleh Mia adik Zayn tapi Baby Halina langsung tak memperdulikan Mia .Bahkan Zayn pun kini tak lagi memperdulikan Mia yang seorang degil dan keras kepala .
Kini Baby Halina hanya fokus untuk hubungan Baby Halina dan Zayn , Mereka membuat kerja seperti biasa dan call dan video call pun mereka sering saat sebelum tidur seperti biasa .
Cuma Zayn taidak setuju jika Baby Halina membuat kerja berat ,tak cukup makan Dan jatuh sakit .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience