Genap tiga bulan kemudian , Zayn cuba memberanikan diri membawa Baby Halina bertemu dengan keluarganya . Sampai di rumah Zayn , Baby Halina disambut baik oleh keluarga Zayn terutama ibu Zayn iaitu Puan Ziana dan nenek kepada Zayn iaitu Nek su. Masa di rumah Zayn , Baby Halina bukan duduk berbual melainkan mennggantikan kerja ibu Zayn seperti masak ,mengemas ,mencuci dan menjemput pakaian .
Ahli keluarga Zayn yang melihat perangai Baby Halina ketika itu memuji Baby Halina kerana walaupun baru sampai di rumah pun Baby Halina, sempat meringankan tulang menolong Puan Ziana membuat kerja di rumah .
Selesai membuat kerja rumah , barulah Baby Halina duduk berbual dengan Puan Ziana dan Nek su . Tak lupa juga Zayn ada membantu Baby Halina sedikit dalam membuat kerja rumah seperti masak .
Sampai digiliran Zayn yang datang bertemu dengan keluarga Baby Halina.Zayn merasa begitu senang kerana layanan keluarga Baby Halina kepadanya amatlah baik dan mesra . Tambah lagi Zack adik kepada Baby Halina adalah kawan rapat kepada Zayn .
******************
Makin menjadilah keluarga mereka riuh rendah apabila Zayn dan Zack bertemu . Bermulalah lawak dan gurau senda mereka yang tak tiada habisnya .
Berapa bulan kemudian , Farel pun muncul semula dengan perangai yang tak berubah dan Dicky pula tak tahu hilang kemana ,Seperti biasa Farel tak habis dengan perangai yang suka bergurau tak kena tempat . Baby Halina dan Zayn masih dalam fasa bercinta disangkanya sudah berkahwin secara sah .
Makin menjadilah Baby Halina dan Zayn memprank Farel yang percaya bulat- bulat terhadap Zayn dan Baby Halina yang bergurau.
Untuk kedua kalinya Baby Halina datang ke rumah Zayn. tapi ketika itu , adik lelaki Zayn turut ada di rumah duduk di meja smabil main game .
Seperti biasa Baby Halina tak terus duduk melainkan mengemas rumah ,masak dan membasuh pakaian yang belum dibasuh.
Dalam masa Baby Halina membasuh pakaian sambil masak ,sambil itu juga Baby mengemas bahagian yang belum kemas . Pakaian yang belum kemas pun Baby Halina sempat mengemaskannya .
Sebelum bermalam Di rumah Zayn , Zayn sempat meminta kebenaran dari ibu Baby Halina kerana ibu Zayn tiada Di rumah ,jadi dapatlah Baby Halina membantu Zayn masak dan mengemas sepenuhnya .
Menjelang waktu petang , Baby Halina pun keluar untuk mengangkat jemuran dan menyediakan lauk makan malam . Tiba masa masak seperti biasa Baby Halina mendahulukan masak nasi kemudian barulah memasak lauk .Zayn pula baru bangun , Adik Zayn seorang lagi sibuk mencuci motornya Di luar.
Hampir selesai Baby Halina masak barulah Zayn bangun dan terus ke dapur untuk melihat menu apa yang Baby Halina masak untuk makan malam .
Selesai masak pula , Baby Halina pun menyapu dan mengemas semula barang yang kelihatan berselerak . Malam pula , Zayn dan Baby Halina makan bersama , melainkan adik lelaki Zayn yang makan lebih lewat .
Sebelum tidur juga Baby Halina sempat membantu Zayn dan adiknya mencari Dan melipat pakaian kerja adiknya .Selesai melipat pakaian , barulah Baby Halina menyapu semula bagi memastikan bilik sentiasa bersih ,tak berhabuk dan tak banyak barang yang kelihatan berselerak.
Share this novel