Selepas habis berbulan madu , Zayn dan Baby Halina pun pulang ke rumah mereka . Tapi keadaan Baby Halina masih tetap sama ,tambah dengan Baby Halina sering mengalami mual ,pening dan muntah yang teruk.
Melihat keadaan Baby Halina makin teruk , Zayn pun membuat keputusan untuk membawa Baby Halina ke hospital. Sesampainya Baby Halina dan Zayn di hospital Baby Halina terus membuat pemeriksaan.
Setelah selesai membuat pemeriksaan ,doktor pun mengesahkan bahawa Baby Halina positive hamil . Mendengar khabar gembira tersebut, Baby Halina merasa sangat gembira kerana apa yang Zayn dan Baby Halina inginkan tercapai.
Selepas balik dari hospital,Zayn terus mengajak Baby Halina untuk keluar sekejap untuk makan dan membeli kelengkapan untuk bakal anak mereka nanti.
Selesai makan dan membeli barang, Zayn pun membawa Baby Halina balik , ketika itu kegembiraan Zayn jelas terpancar di wajahnya . Sampai di rumah Zayn terus meminta Baby Halina untuk manakala Zayn pula mengemas bilik untuk bakal anak mereka nanti.
***************
Tak lupa juga Zayn mengabarkan berita gembira tersebut kepada ibu dan ibu mertuanya tentang Baby Halina yang sedang mengandungkan cahaya mata pertama mereka . Tak dapat digambarkan juga kegembiraan dua besan tersebut lepas mengetahui yang mereka akan menimang cucu .
Berapa hari kemudian , Puan Ziana Puan Hawa dan Nek Su pun datang ke rumah untuk menjenguk Baby Halina yang sedang sarat mengandung dalam usia kandungan Baby Halina meningkat 6 bulan dan setelah diperiksa secara lanjut Baby Halina disahkan mengandungkan anak kembar .
Dalam keadaan sarat mengandung, Baby Halina langsung tak diizinkan oleh Zayn untuk melakukan kerja berat di rumah dan harus rehat dan makan makanan yang sihat . Tak lupa juga Zayn meminta ibu dan ibu mertuanya untuk menjaga Baby Halina semasa ketiadaannya di rumah .
Dalam tempoh tersebut , Baby Halina hanya ingin makan buah tanpa ingin makan nasi dan masih mengalami mual pening dan muntah yang teruk secara berterusan .
Melipat keadaan Baby Halina yang mengalami tahap mengidam yang teruk juga , membuatkan Puan Ziana dan Puan Hawa risau akan Baby Halina.Nek su pula selalu menasihati Baby Halina agar sentiasa mebjaga diri dan menjaga pemakanan saat sedang mengandung.
" Baby... Baby macam mana ? dah baik dah ? " Tanya Nek Su yang duduk sebelah Baby Halina
" macam ni lah nek ..asyik mual ja ..makan pun susah asyik muntah " jelas Baby Halina
" biasalah tu ...nanti dah baiklah tu ..tapi ingat jaga makan " pesan Nek su
" yalah nek ..." kata Baby Halina tanpa membantah
" ya ..macam tulah cuci nenek ...nah ni nek dah potongkan buah untuk Baby dan cicit opah ni " kata Nek su lalu memberikan sepotong kecil buah apel kepada Baby Halina,lalu memegang perut Baby Halina dengan lembut.
Tak lama kemudian, Puan Ziana pun datang menyapa . Mendengar Baby Halina dan Nek su rancak berbual.
" sini rupanya ...bual apa tu ..? Tanya Puan Ziana mesra sambil tersenyum.
" ehh ...mak ... duduklah " kata Baby Halina sambil mengatur posisi duduknya .
" tak adalah ...ni tengah bagi Baby buah dan nasihatkan sikit Baby pasal tengah berbadan dua macam ni " jelas Nek Su
Share this novel