Bab 1

True Story Series 4555

Nadia mengemas beg sekolahnya. Akhirnya selepas 5 tahun menuntut di sekolah menengah tersebut, hari ini dia telah tamat sesi persekolahan. Lega juga rasa hatinya tatkala mengenang dia tidak perlu menelaah lagi untuk SPM. Bolehlah santai baca novel yakni hobinya.

Seperti orang lain juga, Nadia tidak terus balik ke rumah pada hari itu. Maklumlah selepas ini dia akan datang sekolah sini semula selepas 3 bulan untuk mengambil keputusan SPM. Jadi dia ingin duduk sekejap di sekolah bersama kawan-kawan yang lain.

"Nad, kelas Azmi ada buat makan-makan tu. Jomlah gi sana, makan free kan. Alang-alang kau boleh dating sekali dengan Azmi". Ajak Wada. Wajahnya juga ceria apabila bercerita mengenai makanan.

" Ish tak ada kerja aku nak gi sana. Seganlah aku". Luah Nadia. Ada Azmi pula tu. Nanti apa pula classmate Azmi akan bercakap mengenai mereka.

"Ala kau ni kan Nad. Hari ni dah last day kot. Lepas ni belum tentu kita semua boleh jumpa macam ni lagi". Pujuk Wada lagi tidak berputus asa. " Taknaklah aku. Aku nak duk sini je. Lagipun kejap lagi kelas kita nak bergambar kan. Kalau kau nak pergi, kau pergi jelah". Nadia masih lagi menolak.

Belum sempat Wada membalas, Azmi telah pun datang ke arah mereka bersama pinggan dan ada beberapa ketul kek coklat di atasnya. Tanpa berlengah dia terus memberikan kek itu kepada Nadia. Nadia pula lambat-lambat hendak menyambut huluran Azmi itu.

"Apa ni?". Nadia menanyakan soalan bodoh. Dah sahlah itu kek Nad, gabra punya pasallah ni!

" Kek ni, awak makanlah. Kalau rasa tak cukup awak datanglah kelas saya tau". Jawab Azmi sambil tersenyum. Nadia yang memandang wajah Azmi juga turut tersenyum. Sungguh dia tidak pernah berasa bosan melihat wajah Azmi itu.

"Thank you awak. Emm, awak balik pukul berapa nanti?". Soal Nadia lagi. " Saya maybe balik lambat sikit. Yelah hari ni kan dah last day sekolah, nak spend time sikit dengan dia orang". Jawab Azmi. Nadia pula sekadar mengangguk.

"Awak pulak balik pukul berapa?". Soal Azmi pula. " Saya tak lama pun. Emm, maybe lagi setengah jam macam tu saya baliklah. Saya bukannya boleh lama pun". Jawab Nadia. Azmi juga mengangguk dan melihat jam di pergelangan tangannya.

Kedengaran tidak jauh daripada mereka, beberapa orang rakan sekelas Nadia melihat Azmi dan Nadia sambil mengusik dan tersengih bak kerang busuk. Nadia pula sudah memerah pipinya dek kerana malu. Begitu juga dengan Azmi.

"Okeylah awak, saya masuk kelas dulu, nanti kalau dah nak balik, call saya tau". Pamit Azmi lantas bergegas meninggalkan Nadia dan Wada. Azmi sebenarnya dah janji nak main game dengan kawannya tu yang kelam kabut.

Di hari terakhir persekolahan, kebanyakkan pelajar membawa telefon mereka ke sekolah tidak terkecuali Nadia, Wada dan Azmi.

Selesai bergambar dengan rakan sekelas, Nadia mengambil keputusan untuk balik. Dia bimbang sekiranya ibunya nanti risau tentang dirinya yang balik lambat ini. Jam menunjukkan jam 2:30 petang. Nadia sempat mengucapkan salam kepada rakannya yang lain dan bergegas untuk balik.

Nadia terfikir hendak menelefon Azmi, mengatakan dia sudah ingin balik. Nadia mula mencari nombor Azmi dan mendailnya. Lama panggilan berdering namun tidak dijawab. Kali kedua, lama juga panggilan berdering dan barulah kedengaran suara Azmi di hujung talian.

" Awak, saya dah nak balik ni". Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Nadia. Sebenarnya dia ingin mengatakan jika dia nak bergambar dengan Azmi. Tapi malu.

"Emm okey. Tunggu sekejap. Saya keluar". Jawab Azmi lantas panggilan dimatikan. Nadia sedia menunggu di luar pintu pagar sekolah. Dari kejauhan dia melihat kelibat Azmi yang berlari anak menuju pintu pagar.

" Awak dah nak balik ke? Cepatnya". Sapa Azmi sebaik dia terpacak di hadapan Nadia. " Saya tak boleh lama-lama dekat sekolah. Sorry". Jawab Nadia. "Emm takpelah kalau macam tu. Ha ni, jom selfie. Nak?". Akhirnya Azmi mengerti apa isi hati Nadia. Nadia apalagi, memang teruja habis mendengar itu.

Adalah dalam dua tiga gambar juga yang sempat mereka ambil. Walaupun selfie, mereka berdua masih tetap menjaga halal gap antara mereka. " Awak balik hati-hati. Lepas ni, kita dah jauh, saya harap awak boleh jaga diri awak selalu, jangan lupakan saya. Sesibuk mana pun, jangan lupa bagi khabar awak ke saya". Pesan Azmi panjang lebar.

Nadia hanya tersenyum mendengar pesanan Azmi itu. Namun sebenarnya, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih. Hatinya jadi sebak secara tiba-tiba. Mampukah dia pendam rasa rindu terhadap Azmi?

"Ya baik bos hahaha. Saya pun harap macam tu. Terpaling penting jangan cari perempuan lain. Jaga mata, jaga hati awak, okey?". Pesan Nadia pula. " Tu dah semestinya. Awak balik hati-hati tau. Nanti dah sampai rumah jangan lupa mesej saya". Pesan Azmi dan dibalas angukkan oleh Nadia.

Tidak lama kemudian bas Nadia tiba. Dia pantas naik dan sempat melambaikan tangan ke arah Azmi. Di dalam bas, Nadia teringat pesan Azmi tadi. Jauh. Memang betul. Selepas ini mereka akan berjauhan. Kalau nak jumpa pun, belum tentu ibu bapa Nadia akan benarkan.

Ada jarak, pasti ada rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience