Bab 14

True Story Series 4555

Azmi duduk di sofa di ruang tamu rumah tersebut. Hari ini dia balik agak awal sedikit. Penat juga, jadi hari ini dia ingin berehat sedikit.

Azmi menonton mengambil remote dan membuka televisyen. Dari satu channel ke channel yang lain ditukar. Tak ada rancangan tv yang menarik.

Azmi mengeluh kecil. Bosan betul. Hari-hari kerja dan apabila di rumah tiada pula hiburan. Ell? Dia hari-hari kerja dan apabila tengahmalam baru balik rumah. Lantaklah dia tu.

Kan best kalau dia sudah berkahwin sekarang ini. Sekurang-kurangnya ada isteri yang boleh melayannya. Azmi mula berangan.

Macam sekarang dia selalu makan beli sahaja. Pakaiannya pula basuh menggunakan mesin. Ayah dan adiknya pula sudah selamat tiba di kampung sejak awak bulan lagi. Ibunya juga sudah berpindah ke rumah lain. Sedikit jauh daripada situ. Azmi betul-betul kesunyian. Tanpa orang tua di sisi, ada girlfriend pun jauh di mata.

Sampai bila dia harus bertahan begini?

Dalam Azmi asyik mengelamun, pintu rumah terbuka dan terjengul Ell dari luar. "Azmi, awal balik hari ni". Tegur Ell apabila melewati Azmi. "Haah. Lambatnya balik hari ni". Jawab Azmi sambil menyoal Ell.

Ell pula tidak terus masuk ke biliknya sebaliknya terus duduk di sebelah Azmi. Agak rapat. Azmi pula cuba menjarakkan dirinya daripada Ell.

"Azmi...aku sedih sekarang ni". Tiba-tiba Ell bersuara dalam nada lirih. "Kenapa?". Soal Azmi pula. Azmi cuba menjarakkan diri tetapi Ell pula makin mendekat dengan Azmi.

"Aku baru putus dengan boyfriend aku". Luah Ell lagi. Matanya berkaca. "Oh ye ke". Itu sahaja yang terluah dari mulut Azmi. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa disebabkan rasa tidak selesa kerana dirinya terlalu dekat Ell sekarang ini.

"Kau rasa aku ni tak cantik ke?". Soal Ell sambil matanya memandang tepat ke arah mata Azmi. Azmi mula menelan air liur. Rasa seriau dengan tingkah Ell malam itu.

"Jawablah Azmi". Tekan Ell lagi apabila Azmi tidak memberi respon. "Tak. Bukan maksud aku, kau okey jelah. Kenapa tanya aku?". Jawab Azmi gopoh. "Betullah. Aku ni memang tak cantik. Patutlah ex aku tinggal aku". Jawab Ell dengan keluhan kecewanya.

Azmi mengeluh kecil. Bingung mahu beri respon apa. Tambah pula dia juga hairan dengan sikap Ell yang begitu pelik malam itu. Ell semakin mendekati Azmi.

"Kau okey tak ni Ell?". Soal Azmi seraya bangun. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia tidak selesa apabila Ell dekat sebegitu dengan dirinya. Ell pula memandang Azmi yang sudah berdiri itu dengan pandangan mata yang lemah.

"Sampai hati kau Azmi, nak tinggalkan aku jugak". Ujar Ell dengan nada lirih. Azmi sebenarnya tidak sampai hati dengan keadaan Ell yang kelihatan sedih itu. Tetapi dia tetap tidak selesa apabila mereka berdua begitu dekat sekali.

"Azmi...tolonglah aku". Rayu Ell lemah. Air mata sudah mengalir ke pipinya. Azmi menggaru kepalanya. Dah kenapa pula dengan Ell ni sampai nangis?

"Adui Ell jangan nangis. Aku faham kau sedih. Tapi semua ni mesti ada hikmahnya. Kau kena percaya tu". Nasihat Azmi lembut cuba menenangkan Ell.

Azmi perlahan melutut di hadapan Ell yang duduk di sofa itu. Ell pula sudah hampir terbaring di sofa itu. Matanya terpejam.

"Ell, kau okey tak?". Soal Azmi lagi apabila Ell hanya mendiamkan dirinya tanpa memberi respon. Risau juga Azmi dibuatnya jika Ell terus begini.

Tanpa semena-mena Ell bangun dan terus memeluk Azmi. Azmi terpempan dibuatnya. Cuba hendak menolak tubuh Ell namun Ell memeluknya dengan kuat.

"Kau stay dengan aku ye". Bisik Ell. Azmi sekadar terkerdip-kerdip. Masih membatukan dirinya. Pelik dan hairan apabila Ell tiba-tiba berkelakuan begini. Ell perlahan-lahan meleraikan pelukannya.

Tanpa berkata apa-apa dia terus berjalan masuk ke biliknya. Azmi masih lagi tergamam dengan apa yang terjadi tadi. Dia meraup wajahnya. Nampaknya dia tidak boleh terus bertahan tinggal di situ. Kalau tidak, bimbang perkara yang lebih teruk akan terjadi.

Azmi harus segera pindah dari situ. Dia perlu mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.

Adakah Azmi boleh keluar dari situ ataupun dia akan terus bersama Ell?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience