Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Debaran selama hampir 4 bulan akan berakhir hari ini. Ayah Nadia memberhentikan keretanya di hadapan bekas sekolah menengahnya itu. Ayahnya tidak dapat turut serta hari ini kerana ada kerja yang perlu diselesaikan begitu juga dengan mamanya. Kesimpulannya, dia hanya pergi berseorangan sahaja untuk mengambil keputusan SPMnya.
"Abah, Nad turun dulu. Doakan Nad dapat keputusan cemerlang ya". Pamit Nadia lantas menyalami tangan Encik Zainal.
" Doa abah selalu untuk Nad. Apapun keputusannya, abah tetap bangga dengan anak abah ni". Jawab Encik Zainal sambil tersenyum. Walau apapun yang terjadi, beliau tetap bangga kerana Nadia anak satu-satunya.
"Terima kasih bah. Assalamualaikum". Ucap Nadia dan dibalas oleh Encik Zainal. Nadia bergegas turun dari kereta abahnya itu. Kakinya perlahan dituju ke pintu pagar sekolah. Di situ dia melihat ada beberapa rakan sekolahnya yang lain sudah menunggu di hadapan pintu pagar.
Nadia mengerling jam di pergelangan tangannya. Belum jam 11 pagi. Patutlah belum boleh masuk sekolah tadi. Keputusan SPM akan diumumkan jam 11 pagi ini. Ada lagi baki 20 minit sebelum 11 pagi. Matanya meliar mencari sekiranya Wada ada di situ. Rasa rindu juga terhadap kawan baiknya yang seorang itu.
Dalam masa yang sama dia juga mencari kelibat Azmi. Nadia melepaskan nafas kecil. Nampaknya mereka berdua masih belum sampai.
Tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari arah belakang. Terkejut jugalah Nadia lantas dia pantas menoleh. Senyuman melebar tatkala melihat kelibat Wada di belakangnya. Mereka berdua saling berpelukan melepaskan rindu yang terpendam.
" Wehh rindunya dengan kau". Ucap Nadia. Pelukan masih belum dilepaskan. "Samalah. Rindu berat ini". Jawab Wada dan diiringi oleh tawa mereka berdua. Mereka berdua melepaskan pelukan.
"Lambat ek datang. Penat dah aku tunggu". Ujar Nadia. " Kau dah sampai lama ke? Sorrylah, bas lambat sikit tadi. Hangin jugalah aku tunggu bas ni".
"Taklah lama, aku baru je sampai pun sebenarnya. Rindunya dengan kau Wada. Kita dari lepas habis SPM asyik plan nak keluar tapi tak jadi je kan". Ujar Nadia panjang lebar.
"Hmm yelah. Kau busy kerja, aku pula busy tolong mak aku dekat kedai tu. Kau kerja, aku cuti, kau cuti, aku kerja. Memang tak ada kimia langsung!". Jawab Wada dan dibalas anggukan oleh Nadia.
Memang betul seperti apa yang dikatakan oleh Wada. Sepanjang cuti ini, Wada menghabiskan masanya dengan menolong ibunya di kedai makan mereka. Nadia juga begitu. Sibuk bekerja di kedai baju tersebut. Beberapa kali rancang untuk keluar bersama, tapi semuanya tak jadi.
"Kau dah check result kau ke?". Soal Wada. Sebelum keputusan SPM diumumkan, mereka boleh memeriksa keputusan mereka secara umum secara online.
"Belum. Biarlah, aku nak surprise gitu. Even aku tahu aku tak dapat markah cemerlang but aku nak surprise nanti je". Jawab Nadia. "Samalah aku. Nak surprise juga. Tapi aku tak percayalah, kau tak boleh dapat result yang bagus. Kau pandai kan". Jawab Wada sambil memuji Nadia.
"Kau jangan eh Wada, kang aku kembang dekat sini susah kau kempiskan aku lagi". Jawab Nadia loyar buruk. Wada pula hanya menggelengkan kepala sahaja melihat Nadia membuat lawak. Betullah orang kata, perempuan tak pandai buat lawak hahaha.
Nadia masih lagi setia menanti kehadiran Azmi. Dia betul-betul berharap sekiranya Azmi sudah sampai dan boleh turut serta bersama mereka.
Masa masih lagi berbaki 5 minit dan pintu pagar sekolah sudah mulai dibuka. Semua yang ada di situ mulai beransur masuk ke kawasan sekolah. Nadia dan Wada berjalan beriringan masuk. Debaran semakin terasa.
Mereka semua diarahkan untuk berkumpul di dewan terbuka. Nadia mengigit bibirnya. Tahap anzietinya tinggi saat ini. Dia betul-betul berharap dia boleh meraih sekurang-sekurangnya 3A. Tak minta untuk dapat cemerlang.
Dari kejauhan dia melihat kelibat Azmi berjalan menuju ke dewan tersebut. Dia berjalan bersama kawan baiknya sejak di tingkatan satu lagi yakni Hafiz. Mereka memang rapat sejak sekolah rendah lagi sebenarnya.
Azmi yang ternampak kelibat Nadia pantas melambaikan tangan ke arahnya. Begitu juga Nadia. Jarak antara mereka sedikit jauh. Nadia sekadar menghulurkan senyuman untuk Azmi.
"Ada bau nasi minyaklah dekat sini". Usik Wada yang sedari tadi melihat gelagat mereka berdua. Nadia yang baru tersedar menjeling kepada Wada. Wada kalau tak mengusik, bukan Wadalah namanya.
Sebelum keputusan diumumkan, sempat juga mereka berdua berjumpa dan saling berbual dengan beberapa orang rakan mereka. Ada yang dapat 5A, 6A, malah 2A pun ada. Nadia kembali seriau. Bagaimana pula dengan keputusannya.
Guru yang bertugas mulai naik pentas dan memberi ucapan serta kata-kata aluan. Kini tibalah masa yang ditunggu. Pelajar dengan calon yang mendapat keputusan cemerlang terlebih dahulu akan diumumkan.
Daripada yang paling tinggi iaitu mendapat 10A sampai kini sudah sampai kepada 8A. Jantung Nadia semakin berdegup laju. Nampaknya dia memang tiada harapan untuk mendapat straight A.
"Kini diumumkan bagi pelajar yang mendapat 8A pula. Pelajar pertama ialah, tahniah kepada Nurul Nadia Binti Zainal!".
Terasa bagai mimpi nama Nadia disebut di khalayak ramai sebagai pelajar cemerlang. Dia melihat Wada sudah menepuk tangannya dan menyuruhnya agar segera bangun dari tempat duduk mereka. Hadirin yang ada disitu pun semuanya sudah menepuk tangan sambil memandang ke arahnya. Kini Nadia adalah sorotan utama.
Lambat-lambat Nadia berjalan menuju ke pentas. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Dia memang tidak mimpi kan?
Nadia menundukkan kepalanya sedikit kepada pengetua sekolah yang akan memberi hadiah serta sijil kepadanya. "Tahniah, Nadia!". Ucap pengetua kepada Nadia. Nadia pula hanya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.
Sebenarnya dia masih lagi tidak percaya dia akan dapat keputusan sebaik itu apatah lagi diumumkan sebagai pelajar cemerlang. Memang jauh dari mimpinya.
Selesai acara pengumuman keputusan bagi pelajar cemerlang, kini giliran guru-guru kelas pula menyerahkan keputusan SPM kepada pelajar yang lainnya.
" Wehh aku bangga betul dengan kau!". Ucap Wada di belakang pentas. Dia lantas memeluk Nadia sekali lagi. "Kau pun apa kurangnya, dapat 6A kot. Tahniah tau Wada". Ucap Nadia pula. Dalam hati dia tidak henti-henti mengucapkan syukur atas rezeki hari ini.
"Nadia, Wada tahniah korang berdua". Ucap Azmi pula. Dia juga tumpang gembira dengan mereka berdua. Keputusan Azmi pula hanya sekadar mendapat 3A. Tapi dia tetap bersyukur juga dengan keputusannya itu.
"So, memandangkan korang dapat result gempak ni, aku nak belanja. Korang nak tak?". Tiba-tiba saja Azmi berkata begitu dan membuatkan Nadia dan Wada tersenyum girang. Rezeki tu ada orang nak belanja makan.
"On je". Jawab Nadia dan Wada serentak. Lantas seusai tamat acara pada hari tersebut, mereka bertiga keluar berjalan ke shopping mall berdekatan. Terlebih dahulu Nadia sudah meminta izin daripada mamanya untuk keluar. Memandangkan Nadia mendapat keputusan cemerlang, Puan Rahimah memberinya green light untuk keluar.
Setelah hampir tiga jam keluar window shopping dan makan, mereka bertiga terpaksa berpisah untuk balik. Sebelum balik sempat juga mereka bertiga bergambar bersama sebagai kenangan. Tidak lupa juga gambar berdua Nadia bersama Azmi buat kali pertamanya.
Dalam bas perjalanan baliknya, Nadia tersenyum sendiri melihat gambar mereka tadi. Tiba-tiba hatinya terasa sebu. Dia tak tahu bila lagi mereka akan berjumpa. Mungkin masing-masing akan membawa haluan sendiri.
Nadia berharap hubungan persahabatan mereka bertiga tidak akan putus selamanya.
Share this novel