Prolog

True Story Series 4555

Nadia sibuk menelaah nota subjek Perniagaan miliknya. Peperiksaan SPM yang semakin menghampiri membuatnya berdebar dan terpaksalah juga dia menghadap nota dan semua buku-buku ini.

Ketiadaan Puan Roslina iaitu guru Bahasa Melayunya kerana menghadiri mesyuarat dimanfaatkan oleh Nadia untuk mengulangkaji pelajaran. Walaupun sebenarnya dia sudah agak bosan untuk belajar setiap hari, namun dia gagahkan juga diri dan hatinya+otaknya untuk menghadam semua itu. Semua dilakukan pun demi meraih keputusan yang cemerlang.

Wada, sahabat karibnya sejak di Tingkatan 1 menghampiri meja Nadia. "Amboi rajinnya kawan kita sorang ni. Dari tadi duk baca buku je kan". Tegur Wada lalu duduk di hadapan Nadia. Mejanya memang berhadapan dengan Nadia.

"Haih Wada, ikutkan hati ni dah rasa nak termuntah baca semua buku ni. Kurang oksigen dah rasanya otak aku ni. Tapi aku fikirkan SPM minggu depan ni je. Aku nak dapat result cemerlang, Wada. So aku kena pulun usaha, ye dak?". Jawab Nadia panjang lebar.

"Ya aku faham tu. Aku sendiri pun dah nervous ni. Harap-haraplah kita dapat result yang cemerlang then bolehlah kita masuk u sama-sama. Tak sabarnya". Wada sudah mula berangan. Memang nikmat sekiranya dapat masuk U yang sama dengan bestfriend sendiri walaupun kebarangkaliannya agak rendah.

"Aamiin. Aku pun harap camtu". Jawab Nadia sambil tapak tangannya meraup wajahnya. "Weh, dia kirim salam. Dia kata nanti balik jumpa tempat biasa". Wada akhirnya bersuara menyampaikan hajatnya. Nadia yang mendengar hanya tersenyum lebar. Faham betul dia dengan apa yang Wada sampaikan.

"Waalaikumusalam. Okey!". Jawab Nadia sambil tersenyum manis. Kiriman salam itu tak lain tak bukan dari Azmi, boyfriendnya. Kedengaran agak cringe bukan? Mereka sudah bercinta sejak di Tingkatan 3 lagi. Tahun ni merupakan tahun kedua mereka bercinta.

Sebenarnya kalau nak kata bercinta tu taklah mesra sangat sebabnya mereka berdua memang tidak pernah keluar dating sepanjang tempoh dua tahun itu. Pernah beberapa kali Azmi mengajaknya untuk keluar tetapi ditolak secara lembut oleh Nadia. Nasibnya Azmi seorang yang memahami jadi tiada istilah untuk Azmi marah atau merajuk.

Semasa di Tingkatan 3 dulu mereka sekelas namun mereka berpisah kelas sejak dari Tingkatan 4. Keputusan PT3 Azmi lebih baik daripada Nadia, jadinya Azmi dapat masuk kelas lebih atas daripada Nadia.

Nadia terimbau kembali bagaimana mereka berdua boleh kenal dan akhirnya membawa ke dalam hubungan yang serius. Awalnya Nadia tidak pernah menyimpan perasaan tethadap Azmi. Begitu juga Azmi. Namun ini semua disebabkan beberapa orang rakan sekelas mereka dulu meminta mereka bercinta. Katanya sepadan.

Akhirnya Azmi dan Nadia becinta walau tanpa ada perasaan. Mereka fikir sekadar hendak mencuba memandangkan itulah kali pertama mereka bercinta. Tanpa disedari rupanya perasaan mula hadir dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan tersebut.

Bagi Nadia, Azmi seorang lelaki yang baik. Selalu memahami dirinya. Tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Wajah Azmi juga boleh dikatakan agak tampan juga dan budak pandai di sekolah itu. Bagi Nadia, Azmi sudah sempurna serba serbi.

Tapi ada satu hal yang membuatkan Nadia terasa sedih. Dia pernah cuba menceritakan tentang hubungannya dengan ibunya tetapi ibunya malah membebel kepadanya. Katanya dia sibuk bercinta padahal masih lagi belajar lagi. Ibunya juga tidak suka dia berkawan dengan Azmi. Nadia sedikit sedih namun dia tetap berharap hubungannya akam direstui oleh ibu dan bapanya suatu hari nanti.

Loceng berbunyi menandakan sudah habis waktu persekolahan. Nadia pantas mengemas semua buku dan pencil box lantas dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Hari itu kelasnya tidak terlibat dengan kelas tambahan jadi bolehlah dia balik awal sedikit.

Seusai selesai mengemas semua barangnya, dia lantas keluar dari kelasnya bersama Wada. Kebiasaan dari kelasnya untuk keluar dari blok tersebut dia perlu melalui kelas Azmi. Jadi ketika dia berjalan di hadapan kelas Azmi dia melihat Azmi masih lagi belajar. Masih lagi ada cikgu yang mengajar di dalam.

Nadia mula terfikir nampaknya dia tidak boleh berjumpa dengan Azmi balik ni. Masakan tidak, Nadia balik dengan menaiki bas. Bas pula bila-bila saja boleh sampai. Jadi dia bimbang sekiranya basnya sampai dahulu sebelum dia sempat berjumpa dengan Azmi.

Nadia menunggu basnya di bustop yang berada di hadapan sekolah. Wada pula sudah menaiki basnya dari bustop seberang sekolah. Sedari tadi Nadia sibuk menjengukkan kepalanya melihat ke arah pintu pagar sekolah untuk melihat kelibat Azmi. Malangnya, kelibat Azmi masih lagi tidak kelihatan.

Setelah hampir 15 minit akhirnya kelibat Azmi pun muncul. Azmi berjalan menghampiri Nadia. Lantas dia berdiri berhampiran dengan Nadia. Keadaan di bustop sedikit sesak, maklumlah bas belum sampai.

"Awak sorry saya lambat sikit. Tadi ramai classmate saya yang tak faham tu cikgu extend sikit masa nak explain". Terang Azmi. Dia juga berasa sedikit bersalah kerana membuatkan Nadia menunggu lama.

"Takpe saya faham. Nasib bas saya masih belum sampai". Jawab Nadia bersama senyuman manis di bibirnya.

Begitulah rutin harian mereka. Jika sekolah, mereka berdua hanya akan bertemu di luar sekolah yakni di bustop. Walaupun terkadang tempoh masa tu tak panjang tetapi itu sudah cukup untuk mereka meluahkan apa yang dirasa.

Jika di rumah pula ada kalanya mereka akan saling telefon tapi lebih sering untuk chatting di WhatsApp sahaja. Terkadang pernah juga Nadia berasa bersalah dengan Azmi. Masakan tidak, mereka tidak seperti orang lain. Mereka tidak pernah keluar bersama, jumpa hanya sekadar di sekolah. Ada juga dia merasakan Azmi akan bosan terhadap dirinya.

Pernah juga dia bertanya tentang hal itu kepada Azmi tetapi Azmi berkata, bahawa dia tidak pernah berasa bosan terhadap Nadia. Dia tidak kisah sekiranya mereka tidak boleh selalu bertemu kerana dia fikir mereka pun masih sekolah. Dia yakin bila tiba waktu yang tepat hubungab mereka pasti akan direstui oleh ibu bapa Nadia.

" Awak sekejap lagi kita dah nak SPM..." Ujar Nadia memecah kesunyian antara mereka. "Lepas SPM nanti saya harap awak tak lupakan saya". Sambungnya lagi. Dia memandang tepat ke dalam mata Azmi.

" Awak, saya janji saya takkan lupakan awak. Walau apapun jadi, awak tetap dalam hati saya". Jawab Azmi sambil tangannya diletak didadanya. Dia tersenyum manis memandang Nadia.

" Terima kasih awak. Eh awak bas saya dah sampailah, saya balik dulu ye. Nanti malam macam biasa, kita chatting-chatting k". Pamit Nadia lantas dia menahan bas dan naik ke dalam perut bas. Di dalam dia sempat melambai tangan ke arah Azmi dan dibalas sama oleh Azmi.

Begitulah rutin harian mereka selepas balik sekolah. Walaupun kelihatan membosankan tapi tidak bagi mereka berdua. Hanya ini sahaja komunikasi antara mereka berdua. Mereka juga bahagia dengan cara mereka ini.

Akankah hubungan mereka berkekalan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience