Bab 13

True Story Series 4555

Azmi membuka pintu rumah perlahan. Sempat dia melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Azmi mengeluh kecil. Penat juga bila setiap hari begini.

Azmi menutup pintu dan berjalan menuju ke biliknya yang berhampiran dengan dapur. Pelik juga dia bila melihat lampu ruang tamu masih lagi menyala dengan terang padahal jam sudah lewat malam.

Ell dah tidur ke?

Belum sempat Azmi masuk ke biliknya, bilik Ell terbuka dan Ell keluar. Ell mengenakan dress ketat sendat separas atas lututnya manakala rambutnya dilepas begitu sahaja. Wajahnya pula di solek ringkas dan dia juga membawa beg tangan kecil.

Azmi sempat terpempan juga dengan penampilan Ell yang boleh dilabel seksi itu. "Azmi, baru balik ke?". Tegur Ell setelah selesai mengunci pintu. Dia tersenyum nipis memandang Azmi.

"Haah. Kau nak pergi mana malam-malam ni?". Soal Azmi. "Keluar jap". Jawab Ell lagi. "Malam-malam macam ni? Nak pergi mana?". Soal Azmi lagi. Entah kenapa rasa ingin tahunya tinggi.

"Keluar jap. Ala kau tak payah taulah aku nak pergi mana. Kau lepas ni mandi then terus makan. Tu ada baki nasi goreng petang tadi, aku masak. Okeylah aku pergi dulu, bye". Ujar Ell lantas pamit untuk berlalu pergi.

Azmi hanya mendiamkan diri sahaja dan berlalu masuk ke biliknya. Hairan juga apabila melihat seorang gadis keluar pada waktu hampir tengah malam. Azmi segera masuk ke biliknya dan duduk sebentar di atas katilnya.

Sudah dua minggu dia menetap di situ. Sepanjang dua minggu juga dia sudah menetap berdua bersama Ell. Walaupun sepanjang tempoh itu mereka berdua jarang jumpa disebabkan Azim yang sering pulang lewat kerana hantar pesanan terakhir, tetapi Azmi tetap tidak selesa duduk sebumbung bersama seorang gadis apatah lagi tanpa ikatan.

Azmi mula berkira-kira hendak mencari bilik sewa lain. Ada juga dia bertanya dengan rakan-rakannya di tempat kerja, katanya ada seorang rakannya baru menyewa rumah dan Azmi berniat hendak tinggal dengannya. Tetapi jarak rumah itu jauh sedikit daripada situ. Tak apa yang penting tidak tinggal serumah dengan Ell.

Azmi membuka telefon. Tiba-tiba dia teringat akan Nadia. Sudah dua hari ini dia tidak bertanya khabar Nadia. Azmi mencari nama Nadia dan segera nombor itu didail.

"Hello assalamualaikum awak". Ucap Azmi lembut. "Waalaikumusalam". Jawab Nadia ringkas. "Kacau ke?". Soal Azmi. Bimbang juga sekiranya dia mengganggu Nadia, maklumlah Nadia bukan di rumah kan.

"Tak ganggu pun. Awak tengah buat apa tu?". Soal Nadia lembut. "Tengah rindukan awak". Jawab Azmi sambil tersenyum. Macamlah Nadia tu nampak senyuman dia huh!

"Ada jelah awak ni kan. Awak dah makan ke belum?". Soal Nadia lagi. "Belum. Saya baru je sampai ni. Mandi pun belum lagi. Tetiba saya rindu awak, tu saya call awak". Jawab Azmi jujur. Nadia pula sudah tersenyum juga. Seharian ini dia menghadap laptop sahaja kerana menyiapkan slide untuk pembentangannya pada lusa hari.

"Oh rindu juga, ingatkan tak rindu". Jawab Nadia. "Mestilah saya rindu sayang saya ni". Jawan Azmi membuatkan sengihan Nadia melebar.

"Jam macam ni awak baru balik? Lambatnya. Kenapa tak mandi lagi? Andd kenapa tak makan lagi?". Soal Nadia bertubi-tubi. Rasa risau mulai datang.

"Biasalah awak. Saya kan bukan kerja satu je. Kejap lagi saya mandi dengan makanlah. Awak jangan risau k". Jamin Azmi. "Mestilah risau. Saya tak naklah awak sakit atau apa. Awak, kerja tu kerja juga. Tapi awak tetap kena fikir kesihatan awak jugak tau". Pesan Nadia panjang lebar.

"Baik bossqu". Jawab Azmi msngusik. Sebenarnya dia malas kepada hendak mendengar leteran Nadia itu hehe.

"Awak tu duk bebel dekat saya, awak kat sana okey tak? Dah makan? Sihat tak?". Kini giliran Azmi pula bertanya kepada Nadia. "Saya okey dan sihat-sihat jer. Kalau makan tu of course dah, makan is my priority tau!". Jawab Nadia dan diiringi oleh tawanya.

"Amboii. Makan boleh tapi jangan sampai chubby tau". Jawab Azmi. "Kalau saya chubby kenapa? Awak nak tinggalkan saya?". Soal Nadia bernada serius. Azmi ni tengok rupanya sahaja ke?

"Eh mana ada. Walau macam mana pun awak, saya tetap sayang awak. Sebab itu saya tengah kerja keras sekarang ni. Saya sebolehnya nak cepat-cepat halalkan awak. Saya tak nak tunggu lama". Ujar Azmi.

"Awak, saya faham niat baik awak tu. Tapi awak tau kan..."

"Ye saya tau, mak awak masih tak suka dengan saya kan? Saya yakin kalau memang jodoh kita, mak awak akan buka hati dia untuk terima saya ni. Saya doa selalu tau". Potong Azmi. Dia tahu Puan Rahimah masih tidak menyukainya tetapi itu bukanlah halangan terbesar untuknya. Dia yakin, cepat atau lambat Puan Rahimah pasti akan menerimanya juga.

Nadia pula sudah menggigit bibirnya sendiri. Sebenarnya dia bimbang juga. Dia tau Azmi bersungguh-sungguh untuk mengahwininya, tetapi mamanya pula masih tidak mahu menerima Azmi lagi. Bahkan sebolehnya, Puan Rahimah tidak mahu Nadia itu berkawan dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Dia teringat akan perbualannya dengan mamanya semasa di rumah tempoh hari.

"Mama nak tanya ni". Puan Rahimah memula bicara memecah kesepian. Nadia yang tadinya tertumpu menonton televisyen kini memandang mamanya.

"Tanya apa tu ma?". Soal Nadia. "Nad masih berkawan ke dengan Azmi tu?". Soal Puan Rahimah. Nadia menelan air liurnya. Gulp! Dah kenapa pula mama tanya macam tu?

"Er..masih..kenapa ma?". Soal Nadia sedikit tergagap-gagap. "Azmi tu sekarang belajar mana?". Soal Puan Rahimah tanpa menjawab persoalan Nadia itu. "Sekarang dia tak belajar lagi ma. Dia kerja dulu sekarang sambil kumpul duit nak sambung belajar nanti". Jawab Nadia jujur.

"Kerja? Heh, lelaki macam tu ke yang kamu banggakan sangat?". Soal Puan Rahimah bernada sinis. "Dengan tak sambung belajarnya lagi, entah nak jadi apa dengan masa depan dia nanti. Kalau setakat kerja biasa je, jangan haraplah nak kahwin dengan anak orang. Nak bagi anak orang makan apa nanti? Makan pasir?". Sambung Puan Rahimah lagi dengan nada sinisnya.

Nadia yang mendengar menyirap juga darahnya. Tapi dia sabar kerana dia tahu yang sedang bercakap di hadapannya sekarang ini adalah mamanya, jadi tidak mungkin dia akan marah atau membantah di hadapan mamanya sekarang.

Cuma Nadia juga agak hairan, Puan Rahimah itu seorang guru tetapi kenapa dia mempunyai pemikiran sebegitu? Memandang rendah terhadap pekerjaan seseorang.

"Ma, dia tak sambung belajar sekarang bukan bermakna dia tak ada masa depan ma. Cuma masa masih tak mengizinkan. Azmi memang akan sambung belajar pun just not now". Jawab Nadia cuba membela Azmi.

"Lagi pun dosa ke kalau dia kerja biasa je? Penting sangat ke ma pangkat dan darjat tu? Nad bukan bela dia atau apa, tapi Nad yakin Azmi tu akan berjaya juga suatu hari nanti". Sambung Nadia lagi. "Heh, belalah terus budak tu. Kamu kan sayang sangat dengan dia tu. Mama cuma nak cakap, nanti jangan menyesal pula bila kenal dia tu". Bidas Puan Rahimah lantas meninggalkan Nadia keseorangan di ruang tamu itu.

"Awak?". Nadia sedikit tersentak apabila terdengar suara Azmi. Nampaknya dia sudah jauh mengelamun.

"Awak okey ke tak tu? Kenapa diam je?". Soal Azmi. "S..saya okey jer. Oh ha saya lupa nak tanya satu benda ni". Soal Nadia cuba menukar topik perbualan.

"Tanyalah". "Hari tu kan awak ada cakap awak nak pindah kan? So now awak dah dapat ke bilik sewa? Awak tinggal dekat mana sekarang ni?". Soal Nadia.

Azmi pula menelan air liurnya. Aduhh dia tanya pula. Nak jawab apa ni? Takkan nak jawab dia duduk dengan perempuan kot. Naya dibuatnya kang.

"Dah..dah dapat. Saya tinggal area rumah lama saya juga. Saya tinggal dengan kawan saya je". Jawab Azmi. "Oh kawan.. Kawan lelaki ke perempuan?". Soal Nadia lagi.

"M..mestilah kawan lelaki. Awak ni pun soalan". Dalih Azmi. "Betul ni?". Soal Nadia yang seperti tahu bahawa Azmi sedang berdalih.

"Betullah. Awak ni tak percaya saya eh?". Soal Azmi lagi. Bimbang pecah rahsianya.

"Saya percaya. Saja je". Jawab Nadia lembut. Dia yakin Azmi tidak mungkin menipu kepada dirinya.

"Awak. Saya off dulu ye, saya nak mandi dulu. Mata dah berat dah ni. Next time kita call lagi okey". Pamit Azmi. "Okeyy! Goodnight awak. Sweet dream, sleep tight. Esok kerja elok-elok ye". Pesan Nadia lantas panggilan pun dimatikan.

Selamat malam wahai dunia..

Agak2 terbongkar tak rahsia Azmi tu nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience