Bab 11

True Story Series 4555

Azmi mengemas bajunya yang berada di dalam almari dan dimasukkan ke dalam bagasinya. Hari ini dia akan mulai memindah masuk barangannya ke rumah Ell. Setelah difikirkan, dia memilih bilik sewa di rumah Ell sahaja.

Tambah pula Ell itu kawannya, sewa bilik tidaklah tinggi. Lagipun dia bukan berdua dengan Ell. Ada sepasang suami isteri juga akan berpindah masuk ke rumah Ell. Tambah pula Azmi sekarang sibuk bekerja, manakala Ell juga bekerja. Kiranya mereka tiada masa luang pun untuk berdua-duaan di rumah.

"Abang jadi ke nak pindah?". Tiba-tiba kedengaran suara adik Azmi yakni, Nina berdiri di muka pintu bilik Azmi. Wajahnya kelihatan sugul sahaja.

"Nina.. Meh sini masuk". Pelawa Azmi lantas Nina duduk di sebelah Azmi. "Abang..kenapa abang tak ikut je ayah dengan Nina duduk kampung?". Soal Nina lagi. "Nina..abang tak boleh ikut. Abang kena duduk sini. Abang kena cari duit". Jawab Azmi sambil memandang wajah Nina yang sedih itu.

"Nina sedihlah bang. Kenapa family kena jadi macam ni?". Soal Nina lagi. Matanya mulai berkaca. Terasa berat sangat dugaan yang dihadapi sekarang.

"Nina jangan sedih. Nina kena yakin mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Sekarang ni abang nak Nina fokus untuk study, sambung belajar lepastu dapat kerja yang bagus. Abang tau, Nina mesti boleh bahagiakan mak dengan ayah". Pesan Azmi panjang lebar. Suaranya kedengaran agak terketar kerana menahan air mata.

Tidak semena-mena Nina terus memeluk abangnya. Dia sayang abangnya. Dia juga sayang mak dan ayahnya. Tapi kenapa semua ini jadi? Kenapa keluarganya harus berpecah belah?

Azmi turut membalas pelukan Nina dan mengelus lembut bahu sang adik. Dia cuba menenangkan adiknya walhal hatinya sendiri juga sendu.

"Nina takut Nina tak boleh nak sesuaikan diri dekat sekolah yang baru nanti. Abang pun kan faham Nina ni tak pandai bergaul dengan orang". Luah Nina. "Nina.. Nina pergi sekolah nak belajar kan? Pasal kawan tu, abang yakin Nina boleh sesuaikan diri nanti. Yang penting Nina kena sentiasa jaga diri. Nina kena belajar elok-elok, k?". Pesan Azmi lagi.

Nina pula sekadar mengangguk. Dia cuba untuk mencari kekuatan supaya dia boleh menghadapi semua ini. Walaupun dalam keadaan keluarga yang berpecah belah, dia perlu teruskan hidup.

Azmi pula menyambung mengemas pakaiannya. Nina pula sudah berada di biliknya juga mengemas sedikit demi sedikit barangannya. Bulan hadapan secara rasmi dia dan ayahnya akan bertolak pindah ke kampung.

Azmi mengangkat beg galasnya menuju ke rumah Ell yang berada selang beberapa rumah daripada rumahnya. Lama juga dia menunggu Ell membuka pintu. Akhirnya keluar juga Ell dan membuka pintu.

"Lamanya buka pintu, tidur ke?". Soal Azmi terutama sekali melihat penampilan Ell yang sedikit kusut itu. "Haah. Sorry lupa kau nak datang hari ni". Jawab Ell perlahan. Sebenarnya dia masih mengantuk lagi.

"Kau cuti ke hari ni?". Soal Azmi pula. Sebab pada kebiasaannya Ell sudah keluar bekerja pagi ini tapi sekarang dia malah masih tidur lagi di rumah. "Aku cuti hari ni. Tu yang aku fikir nak bangun lambat sikit. Lupa pulak kau nak kemas barang hari ni". Jawab Ell lagi.

"Hari tu kau kata ada orang nak masuk bilik lagi satu ni, mana dia?". Soal Azmi seusai membawa masuk barangannya. Pelik juga dia tatkala melihat pintu bilik lagi satu masih tertutup rapat.

"Oh tu..dia kata maybe dia lambat sikit masuk. Katanya masih ada hal nak diuruskan". Jawab Ell bersahaja sambil mengambil tempat duduk di kerusi meja makan.

"Lambat? Maksud kau? Takkanlah kita nak duk berdua je dekat rumah ni?". Soal Azmi lagi. Hatinya mulai tak sedap. Bimbang.

"Ala kau jangan risaulah. Dia tak lambat sangat pun. Maybe dua tiga hari lagi dia masuklah. Lagipun kau jangan takut apa-apa. Kau kerja, aku pun kerja. Masing-masing busy kan. So aku rasa tak ada apa-apa jadi kot". Jawab Ell bersahaja.

Azmi sudah mengerutkan dahinya. Nampak Ell begitu santai sahaja. Ini tak boleh jadi. Nampaknya dia kena cari bilik sewa lain. Tak mau dia kalau kena terus berdua dengan Ell. Mati katak nanti.

Adakah Azmi akan terus tinggal bersama Ell ataupun mencari bilik sewa yang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience