Sebulan kemudian...
Hari ini Nadia akan memulakan tugasnya sebagai seorang pekerja di sebuah kedai baju yang tidak jauh dari rumahnya. Rasa berdebar itu sudah pasti ada memandangkan itulah hari dan kali pertama dia akan bekerja.
Bercerita mengenai kerja, ibu Nadia iaitu Puan Rahimah sebenarnya tidak mengizinkan anaknya itu untuk bekerja. Katanya dia risau anaknya itu tak boleh nak buat kerja. Selepas kali ke 100 Nadia memujuk ibunya, akhirnya Puan Rahimah terpaksa akur dengan keputusan Nadia untuk bekerja.
Nadia fikir, buat apa dia berlama di rumah tanpa membuat apa-apa aktiviti. Jadi dengan separuh keyakinan dia mencuba nasib meminta pekerjaan di kedai baju yang berhampiran dengan rumahnya. Hanya perlu jalan kaki sahaja.
Nadia fikir bagus juga bila dia mendapat pekerjaan ini. Bolehlah dia menolong ibu yang bekerja sebagai guru sekolah rendah manakala ayahnya pula sebagai pegawai kerajaan. Tambah pula, dia boleh juga mengisi kelapangan sementara menunggu dia sambung pelajaran ke universiti lagi.
Bercakap soal universiti pula, sebenarnya dia masih tidak membuat perancangan untuk sambung belajar di mana. Semuanya bergantung dengan keputusan SPM juganya. Kalau keputusannya baik, dia mungkin akan menyambung pelajaran namun jika keputusan kurang baik mungkin dia akan meneruskan dahulu kerjanya ini dulu.
Hampir seharian dia bekerja, terasa juga penatnya. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya. Nasib baik rakan sekerjanya semua baik dan banyak membantunya di tempat kerjanya. Dia juga sehabis baik untuk menyesuaikan dirinya dengan tempat kerja baru itu.
Malam itu seperti biasa, Nadia dan Azmi akan saling bergayut di telefon. Seusai solat Isyak, Nadia terus mendail nombor Azmi. Tadi Azmi ada menelefonnya, tetapi Nadia mengatakan dia ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan malam sedikit baru free.
"Assalamualaikum". Sapa Nadia lembut tatkala panggilan telefonnya dijawab. " Waalaikumusalam cinta hati". Jawab Azmi. Wajah Nadia lantas memerah apabila mendengar kata-kata Azmi itu. Jaranglah dia nak sweet begitu, nampaknya malam ni mood sweetnya dah datang.
"Hmm tetiba je awak ni. Ingat sweetlah tu?". Sengaja Nadia menyakat Azmi. Memang sweet pun yang sebenarnya. " Ala bukan selalu nak sweet-sweet dengan awak kan. Sekali sekala je". Jawab Azmi santai sambil mula berbaring di atas katilnya.
"Awak macam mana kerja hari ni? Okey?". Soal Azmi. Dia tahu Nadia itu seorang yang memang tidak pernah ada pengalaman kerja sebelum ini, jadi dia risau juga sekiranya Nadia tidak boleh menyesuaikan diri dengan kerja barunya itu. " So far, saya okey je. Biasalah first day kan, banyak lagi benda yang tak tahu buat". Jawab Nadia.
"Biasalah tu. Nanti lama-lama okeylah. Saya dulu pun macam tu jugak. Lama-lama awak mesti akan terbiasa silap-silap boleh naik pangkat lagi". Kali ini Azmi pula menyakat Nadia. " Naik pangkat? Awak, saya baru sehari kerja tau. Nak naik pangkat tu silap-silap saya kena kerja sampai setahun or lebih". Jawab Nadia.
"Who knows right? Kalau dah naik pangkat nanti, jangan lupa belanja saya tau". Sakat Azmi lagi dengan galak. " Haih jauh betul awak dah fikir kan. Hmm awak pula, macam mana kerja? Everything is okey kan?". Soal Nadia pula.
"Okey je cuma lately ni banyak customer so penat sikit. Takpelah, penat berbaloi dapat gaji". Jawab Azmi. Sudah 3 minggu ini Azmi bekerja di sebuah restoran makanan segera. Bolehlah dikatakan kerjanya lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan kerja Nadia yang hanya kerja sebagai promoter di kedai baju.
" Oh ye ke? Awak kalau penat tu restlah, tak payah call saya. Saya faham". Ujar Nadia dengan nada berbaur kasihan. "Takpe. Saya boleh je rest sambil borak-borak dengan kesayangan saya ni". Jawab Azmi lagi membuatkan Nadia tersenyum sendiri. Ada saja akal si Azmi untuk menceriakan hari Nadia.
" Awak takut tak tunggu result keluar?". Soal Nadia setelah mereka berdiam sejenak buat beberapa saat. "Hmm tak sangat. Saya memang dah pasrah apa nak jadi dengan result saya tu". Jawab Azmi. Dia teringat kembali kenangan semasa SPM tempoh hari. Apa yang dibaca, lain yang keluar. Last jadinya dia banyak tidur je dalam dewan peperiksaan.
" Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak nak sambung balajar ke? Awak tahu kan nak sambung balajar result awak mesti memuaskan?". Soal Nadia bertubi-tubi. "Ya, saya tahu. Tapi entahlah, susah saya nak cakap". Terdengar seperti Azmi mengeluh di hujung talian.
" Kenapa?". Soal Nadia ingin tahu. "Saya mungkin tak nak sambung belajar". Jawapan Azmi itu membuatkan Nadia berkerut dahi dan bingung. " Kenapa pulak? Bukan ke masa sekolah dulu kita plan nak masuk U sama-sama?". Soal Nadia. Nadia teringat lagi bagaimana mereka bercerita soal masa depan mereka masa sekolah dulu.
"Keadaan saya tak mengizinkan". Jawab Azmi ringkas. Sepertinya ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh Azmi. " Tapi.. Saya tak boleh bagitau awak sekarang. Nanti kalau masa yang sesuai dah sampai, saya cerita semua dekat awak". Sambung Azmi lagi.
"Awak ni.. Sampai hati berahsia dengan saya kan". Jawab Nadia dengan nada kesal. Sampai hati Azmi berahsia dengannya. Serasa dirinya seperti orang lain.
" Bukan. Saya bukan nak berahsia dengan awak. Cuma saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya cerita dengan awak. Jangan risau, nanti dah sampai masa saya mesti cerita dengan awak". Yakin Azmi. Dia tak nak sekiranya Nadia terasa hati dengan kata-katanya. Memang bukan niatnya untuk berahsia dengan Nadia, cuma dia rasa sekarang dia masih belum boleh cerita kepada Nadia apa punca dia tak sambung belajar.
"Hmm okey". Itu sahaja respon Nadia. Sedikit rajuk di hatinya. " Awak, janganlah macam ni. Sorry tau awak". Rayu Azmi. Dia bimbang juga sekiranya Nadia merajuk dengannya walaupun dia tahu Nadia bukanlah seorang yang mudah merajuk dengan sesiapa pun.
"Okey. Saya faham. Take your time okey. Cuma harapan saya, even lambat macam mana pun, awak tetap kena sambung belajar". Jawab Nadia. Bibirnya juga menguntum senyuman. Dia tidak akan memaksa Azmi untuk menceritakan semuanya kepadanya.
" Insha Allah. Thank you tau sebab faham saya. Beruntung saya dapat awak". Jawab Azmi lega. Memang diakui perkara yang buat dia jatuh hati dengan Nadia disebabkan sikap Nadia itu. Nadia seorang yang sangat memahami dirinya, bijak, dan cantik.
"Haih awak ni, janganlah buat saya kejung dekat sini". Jawab Nadia dengan tawanya dan dibalas tawa oleh Azmi.
" Nadia! Turun kejap!". Tiba-tiba kedengaran suara Puan Rahimah memanggil Nadia dari tingkat bawah rumah teres itu. "Hmm awak, mama saya panggil tu. Saya tutup dulu eh. Nanti kita on call lagi. Bye, assalamualaikum". Ujar Nadia seraya menutup telefonnya tanpa menunggu balasan daripada Azmi.
Nadia pantas keluar dari biliknya dan menuruni tangga. Ada apa lah mama dia memanggil ni? Tak sedap hati je rasa.
" Ye ma, ada apa?". Soal Nadia tatkala tiba di ruang tamu. Dilihat ada mama dan abahnya di dapur. "Tak ada pun. Saja nak suruh kamu turun". Jawab Puan Rahimah selamba sambil matanya asyik menonton televisyen.
Nadia lantas duduk di sofa yang bersebelahan dengan Puan Rahimah. " Ingatkan ada apalah tadi mama panggil". Ujar Nadia sambil matanya juga melihat ke arah kaca televisyen yang memaparkan drama melayu itu.
"Kalau mama tak panggil, memang takkan turunlah kamu. Lepas makan duk memerap dalam bilik. Ingat mama tak tau kamu buat apa?". Jawapan Puan Rahimah itu membuatkan Nadia mengerutkan dahinya. What?? Mama dah tahu ke??
" Ala Nad penatlah ma. Nad kan sekarang dah kerja. Tapi atleast kan Nad dah siapkan semua kerja yang Nad patut buat. So dah siap semua, Nad naiklah, nak rest". Jawab Nadia panjang lebar. Memang benar pun dia akan masuk ke bilik sejurus makan malam dan selesai menolong mamanya mengemas meja makan. Sejak kerja, penatnya bertambah. Jadi dia perlukan rehat. Sambil rehat, telefon atau chit chat dengan Azmi.
"Rehatlah konon. Ingat mama tak tahu yang kamu tu duk bergayut dengan Azmi tu tiap-tiap malam?". Soalan Puan Rahimah itu lagi membuatkan Nadia membuntangkan matanya. Tercyduk sudahh!
Nadia cuba mengalihkan pandangan matanya daripada bertatap mata dengan mamanya. Dia tahu, apabila melibatkan Azmi mamanya automatik jadi seperti ibu tiri yang jahat. Gerun sangat!
" Berapa kali mama nak cakap dengan kamu, jangan contact budak Azmi tu lagi. Kamu tak faham ke". Bidas Puan Rahimah lagi. Entah kenapa dia memang tidak berkenan jika anaknya dengan Azmi.
"Tapi kenapa ma? Nad dari dulu selalu tanya mama, kenapa mama tak suka dengan Azmi tu? Dia baik ma. Dia tak pernah ambil kesempatan kepada Nadia pun". Jawab Nadia cuba mempertahankan Azmi. Papanya pula hanya menjadi saksi bisu di situ tanpa mencelah.
" Baik? Bagi kamu dia baik. Tapi bagi mama ni, dia biasa-biasa je. Dahlah Nad, sampai bila kamu nak contact dengan dia terus? Kamu tu baru lepas habis sekolah tak perlulah nak bercinta bagai. Fokus untuk sambung belajar, bukan fokus nak kahwin". Panjang lebar letera Puan Rahimah.
Nadia yang mendengar sudah nak menangis rasanya. Dia belum ada niat hendak berkahwin pun, memang niatnya untuk sambung belajar. Tapi kenapa mamanya salah faham dengan dirinya?
"Ma, Nad tau dan selalu ingat tu. Nad memang bercita-cita nak sambung belajar ma. Tapi salah ke kalau Nad berkawan dengan Azmi? Salah ke ma, bah?". Soal Nadia lagi kepada kedua orang tuanya. Dia betul-betul kesal apabila mamanya itu seolah-olah menyuruhnya menjauhkan diri daripada Azmi.
" Dah tak payah dengar mama kamu cakap, Nad. Abah tak halang kamu nak berkawan dengan sesiapa asalkan dia baik dan ambil kesempatan kepada kamu". Jawab Encik Zainal yakni ayah kepada Nadia. Puan Rahimah memandang suaminya dengan pandangan tidak berpuas hati.
"Bukan main abang backup anak kita ni ye. Abang kena ingat tau umur Nadia ni baru setahun jagung. Jangan bagi muka sangat ke dia". Bantah Puan Rahimah. Encik Zainal sekadar menggelengkan kepalanya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia bagi 'tazkirah' free dekat isterinya itu, tapi dia sabar.
Isterinya bukanlah jahat tetapi ada masanya dia tiba-tiba jadi beremosi untuk sesuatu perkara yang kecil. Tambah pula Puan Rahimah ada penyakit darah tinggi jadi emosinya cepat naik.
" Takpelah ma, abah. Nadia naik dulu. Nak tidur. Nadia dah penat. Selamat malam, assalamualaikum". Ucap Nadia lantas dia berlalu pergi dari ruang tamu dengan hati yang terluka.
"Tulah kerja dia. Sikit-sikit merajuk!". Puan Rahimah berkata begitu sambil wajahnya masam mencuka. " Awak ni dahlah. Kenapa asyik nak marah dengan Nadia tu? Dia bukan buat apa-apa salah pun". Soal Encik Zainal lembut.
"Saya bukan marah Nadia saja-saja. Saya cuma tak suka dia kawan dengan mana-mana lelaki sekarang ni. Abang pun tahu anak kita tu baru 18 tahun, banyak lagi benda yang dia kena belajar selain daripada belajar cinta tu!". Bebebl Puan Rahimah.
"Ya abang faham, awak risau dengan keselamatan anak kita tu. Tapi abang tengok dia okey-okey je dengan budak Azmi tu. Dia orang pun bukan pernah keluar jalan ke apa". Ujar Encik Zainal. " Malaslah saya cakap dengan abang ni. Dok backup anak kita tu. Dahlah saya nak tidur". Jawab Puan Rahimah lantas dia pun meninggalkan suaminya keseorangan di ruang tamu.
Kalau bercakap dengan suaminya, memang Nadia tu aje yang nak dibackupnya. Bagi Encik Zainal, apa saja perbuatan Nadia itu betul.
Share this novel