Bab 9

True Story Series 4555

Azmi duduk termenung di bangku di taman berhampiran rumahnya. Jam sudah menunjukkan 11:30 malam. Banyak penghuninya sudah mulai diulit mimpi. Azmi pula masih tidak mengantuk walhal seharian dia kerja dan baru saja balik.

Dia mengeluh berat. Sejak tamat sekolah, dia merasakan dirinya sudah jauh daripada semua orang. Tidak terkecuali juga daripada Nadia. Sebenarnya bukanlah niatnya untuk menjauhkan diri daripada semua orang, namun faktor masa yang menjadi punca.

Sekarang Azmi perlu melakukan dua kerja. Seperti biasa, dia akan kerja di restoran makanan segera itu. Namun pada hari cuti ataupun jika dia ada masa terluang pada petang atau malam, dia juga akan menjadi rider penghantar makanan. Semuanya dia lakukan kerana dia tengah dalam usaha untuk mencari bilik sewa.

Mengenai ibu bapanya pula, mereka sekarang sedang dalam proses penceraian. Kemungkinan tidak lama lagi mereka akan bercerai secara sah. Dan menurut ayahnya, hujung bulan ini ayah dan adik perempuannya akan berpindah balik kampung. Manakala rumah di sini akan dipulangkan kembali tuan rumah.

Nak cari bilik sewa pula bukan senang. Dia sebolehnya hendak mencari bilik di sekitar sini sahaja memandangkan tempat kerjanya juga tidak jauh daripada situ. Tapi itulah, tiada bilik untuk disewakan di sekitar situ. Kalau boleh, ingin sahaja dia menyewa rumahnya yang sekarang itu tapi itulah duit gajinya hasil daripada dua kerja juga tak cukup sekiranya hendak membayar sewa rumah setiap bulan.

"Hai. Kenapa duk sorang je tu?". Tiba-tiba ada suara gadis menegurnya. Azmi berpaling dan mendapati Ell, yakni jiran sebelah rumahnya menegur. "Ell. Tak ada apa saja cari angin malam". Jawab Azmi.

"Aku duk sini boleh?". Soal Ell bersama senyuman manis. Azmi hanya mengangguk. Sebenarnya dia lebih kepada gugup apabila Ell duduk di sebelahnya. Masakan tidak Ell itu cantik, dengan rambut panjangnya yang dilepas. Haihh ingat Nadia. Jangan macam-macam.

"Kau okey tak? Tengok muka kau macam serabut je. Wanna share anything?". Soal Ell dengan nada lembut. Dia memandang wajah Azmi. Cuba untuk menyelami hati Azmi.

"Tak apalah. Aku okey jer. Kau kenapa kat sini? Dah malam ni kan". Soal Azmi pula. "Ala aku tak boleh tidur lagi. Lagipun aku duk sorang je tak ada siapa nak kisah aku balik ke tak". Jawab Ell bersahaja.

"Azmi, kita kawan dah lama kan. Aku taulah kau tu ada masalah ke tak. Share jelah dengan aku". Sambung Ell lagi bersama senyumannya. Azmi memandang wajah Ell. Memang mereka sudah lama berkawan. Ell ini sebaya sahaja dengan Azmi namun Ell sudah putus sekolah sejak tingkatan 3 lagi. Katanya dia tak berminat dengan sekolah. Dan sejak itu dia mula bekerja di salon kecantikan.

Ell sudah berkawan dengan Azmi sejak mereka sekolah rendah lagi. Pernah juga Ell menyimpan perasaan terhadap Azmi dan pernah meluahkannya tetapi hampa kerana Azmi menolaknya. Walaupun begitu Ell tetap berkawan dengan Azmi.

"Parents aku nak cerai. Ayah aku pula nak bawak aku dengan adik aku balik kampung. Tapi aku tak nak". Azmi mula meluahkan perasaannya. "Kenapa tak nak?". Soal Ell. "Dekat kampung aku kena duduk dengan mama tiri aku. Aku tak selesalah. Lagipun dekat kampung tu kerja apa aku boleh buat?". Jawab Azmi.

"Sebab tu aku sekarang tengah usaha cari bilik sewa. Masalahnya susah nak cari. Peninglah aku". Sambung Azmi lagi. Dia mengeluh lagi. "Why not kau tinggal dengan aku je?". Soalan Ell itu membuatkan Azmi membuntangkan matanya.

"Gila ke? Kau duduk sorang kan dekat rumah tu? Then kau nak suruh aku duduk serumah dengan kau? Aku tak nak sia-sia nanti kena tangkap basah dengan kau". Jawab Azmi. Memang big no jawabnya.

"Ish kau ni, bagi aku habis cakap dulu boleh tak? Next month ni ada wife and husband nak sewa dekat bilik aku tu. So ada lagi satu bilik, kau boleh sewa kan?". Jelas Ell lagi. Azmi pula hanya mengangguk saja. Boleh diterima juga cadangan Ell itu tapi dia tetap rasa risau juga. Takut perkara yang tidak diingini terjadi.

"Takpelah nanti aku fikirkan dulu". Jawab Azmi lagi. Dia masih memerlukan masa untuk berfikir secara rasional. "Sebab tu je kau moody ni?". Soal Ell lagi. Dia sepertinya masih ingin mengetahui masalah Azmi.

"Aku terfikir juga pasal girlfriend aku ni". Luah Azmi lagi. "Girlfriend kau? Nadia tu eh tak silap aku nama dia. Kenapa dengan dia? Dia.. curang ke?". Soal Ell bertubi-tubi.

"Ish kau ni jangan minta. Dia tak curang pun just aku. Aku yang kurang bagi attention ke dia. Kesian dekat dia". Luah Azmi lagi. "Ala dia fahamlah tu kenapa kau kurang bagi attention dekat dia. Kau kan busy kerja". Jawab Ell cuba menenangkan Azmi. "Memang dia faham tapi aku belum cerita lagi problem aku ni ke dia. Aku tak readylah". Jawab Azmi.

"Tapi ada juga hal yang buat aku risau". Sambung Azmi lagi. "Apa dia?". Soal Ell ingin tahu. "Dia study tempat yang sama dengan member baik aku. Aku bukanlah tak percaya dengan dia tapi sometimes ada juga rasa overthinking tu". Luah Azmi lagi.

"Oh I see.. Satu jelah aku nak pesan, kau kena lebih berhati-hati dengan girlfriend kau tu. Aku bukanlah nak takutkan kau tau tapi banyak kes dah jadi. Even member rapat pun boleh je sailang awek member dia". Jawab Ell panjang lebar.

Azmi cuba menghadam kata-kata Ell itu. Namun dalam masa yang sama, dia juga yakin Nadia tidak akan berbuat begitu kepadanya. Dia yakin Nadia akan setia.

"Thank you sebab sudi dengar masalah aku ni". Ucap Azmi dan dibalas senyuman oleh Ell. "Welcome. Lepas ni kalau ada apa-apa masalah just share dengan aku okey?". Jawab Ell seraya tangannya memegang tangan Azmi. Bibirnya juga menguntum senyuman.

Azmi cuba melepaskan tangannya daripada Ell tetapi entah mengapa dia rasa begitu selesa berada dekat dengan Ell. Dia seakan-akan rela Ell memegang tangannya begitu.

Akankah Nadia dan Azmi saling setia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience