“Ya Allah.. Mell..apa dah jadik ngan kau ni. Kalau panas sangat pun, tak payahlah nak berendam dalam kolam renang aku. Tengok. Habis basah dah. ”
“Eh, tak ada kerjalah aku nak berkubang dalam kolam kau tu. Kau tanyalah si badut tu apa yang dia dah buat kat aku. Semuanya berpunca dari dia tau tak.”
“Ni mesti kes gaduh. Haish… Dahlah. Aku nak gi ambil towel. Kau lalu pintu belakang. Kang basah lak ruang tamu aku ni. Aku bagi kau pinjam baju aku.”
“Izz, macam mana boleh jadi macam ni? Kau ada bawak baju lebih tak?” Arman bertanya.
“Tu ha..gadis pujaan kau punya pasal. Baju aku dalam kereta kaulah…Habis cair make up aku.”
“Dahlah..aku gi ambil baju kau dalam kereta..Kenapalah dengan kau hari ni.. Tak payahlah jadi clown lagi. Baju dah basah lencun macam ni..”
“Izz, nah, ni towel. Aku tunjukkan kau kat mana bilik air. Dah, ikut aku.” Ujar Damia.
Arman bergerak menuju ke keretanya. Dia hanya mengeluh. Mr Clown hanya membuntuti Damia menuju ke pintu belakang rumah. Mukanya kelihatan sedikit comot.
**********
Aku menolak daun pintu bilik air. Nasib baik pakaian Damia sesuai dengan aku. Kalau tak muat, aku tak tahulah nak pakai baju apa lagi. Aku merapikan rambutku yang separa basah. Haishh.. Berserabai balik rambutku. Tak guna punya badut.
Aku mencapai pengering rambut. Aku buat bilik Damia seperti kamarku sendiri. Tentu saja Damia sedang sibuk melayan tetamu.
Setelah rambutku kering, aku mencapai sikat pula. Aku mengenakan secalit make up. Tidak terlalu tebal, tidak terlalu nipis. Selepas itu, aku membuka pintu kamar. Aku menuruni anak-anak tangga. Okey. Aku rasa aku dah macam puan besar kat rumah ni.
Figura seorang lelaki berlalu di hadapanku. Wow. Encik Badut nampak berlainan sekali tanpa kostum dan make up tebal. Dia memakai seluar jean polos dan berkemeja lengan panjang yang disingsing sehingga ke siku. Macam mana aku nak describe eh? Mr Clown nampak kacak? Tidak! Wake up dear! Aku cuba menyedarkan diriku. Aku tidak mahu terpaut pada ketampanannya. Dia masih tetap badut yang paling aku benci.
Aku tidak sangka acara potong kek sudah selesai. Lambat sangat aku bersiap. Aku bergerak munuju ke arah Damia yang sedang sibuk memotong kek untuk dibahagikan kepada para tetamu. Damia mengulum senyuman melihatku.
“Wah.. Cantiklah kau pakai baju aku ni. Sesuai sangat.” Damia memuji.
“Memanglah cantik. Dah baju kau semua branded. Orang yang tak cantik macam aku ni kalau pakai baju cantik, mesti aku pun jadi cantik jugak.”
“Tak payah nak merendah diri sangat. Dah kau pakai apa-apa pun tetap cantiklah.”
“Tapi, aku lagi suka baju yang dah basah lencun tadi. Dahlah baju tu aku baru beli. Tak masal dah terendam dalam kolam renang. Tak guna punya badut!”
“Wei.. Bukan kotor pun baju kau tu. Nanti keringlah. Boleh tak kau jangan gaduh lagi ngan Izz? Aku kahwinkan karang baru tau. Cubalah kau bertolak-ansur sikit. Mintak maaf ngan dia. Lagipun kan kau dulu yang cari fasal ngan Izz.”
“Mia, kau sapa nak kahwinkan kita orang? Kau tu tok kadi ke? Jangan harap aku nak tolak-ansur ngan orang macam tu. Eeee… Tolonglah…”
“Buang yang keruh ambil yang jernih. Tak boleh ke? “
“Yang kau beria-ia sangat nak aku berbaik ngan si badut tu kenapa? Dahlah. Stop of this nonsense. Mana adik aku?”
“Ha..Tengok tu. Tukar topik pulak. Tu haa. Adik kau tengah makan kat sana tu.”
“Makan jer tau si Yana ni. Dari tadi makan.”
“Laaa… Makan pun salah? Kenapa ngan kau hari ni ha? Dengan semua orang kau nak dengki. Biarlah Yana makan. Lebih baik makan daripada cari musuh macam kau ni.”
“Okey, fine!”
“Sudah. Ambil kek ni. Makan. Biar senyap sikit mulut kau tu. Aku tegur sikit semua mantul.”
Aku mencapai garfu. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku hari ini. Setelah peristiwa di kolam renang tadi, terus hilang mood. Asal aku jumpa dengan si badut tu mesti aku tak ada mood. Adakah ini yang dinamakan sumpahan badut? Arghh… Mengarut!
Share this novel