“Man, sini kejap Man. Ada benda aku nak cakap sikit ngan kau ni.”
Izzudin dapat berehat sebentar kerana budak-budak kecil tadi sudah masuk ke dalam rumah untuk menjamah makanan. Dia betul-betul berada di tepi kolam renang.
“Kau nak cakap apa? Aduh..kacau daunlah kau ni. Tak nampak ke aku tengah usha awek ni..”
“Ke sini jelah.. Tak lari ke manalah perempuan tu.”
“Shasha, nanti kita sambung borak lagi tau. Kawan I tengah panggil tu.” Shasha hanya mengangguk. ‘Badut tu ke kawan dia? Hmmm..Pelik..’ Detus hati kecilnya. Arman berjalan ke arah Izzudin.
“Hah..Kau nak cakap apa? Mustahak sangat ke sampai nak disturb aku?”
“Man, pompan yang aku jumpa kat funfair hari tu, ada kat sini. Aku harap tak ada benda malang yang jadi kat aku hari ni. Perempuan tu kan pembawa bencana.”
“Serius? Wah.. Mana pompannya? Aku nak tau gak.. Manalah tau aku boleh tackle dia. Hihihi..”
“Kau tak payah nak tackle ular sawa macam dia. Dia tu mulut bahaya sikit. Nanti kalau dia muncul, aku tunjuk kat kau siapa orangnya.”
“Apa kata kita carik dia kat dalam rumah? Kan senang sikit. Tak yah nak tunggu dia kat sini.”
“Kau ni. Kat dalam rumah dahlah ramai budak-budak. Nanti aku kena serbu lagi. Aku baru nak rehat kejap kut. “ Izzudin berharap sangat agar perempuan itu tidak mengecamnya. Yalah, setiap kali dia menjadi clown, pasti make up yang dikenakan berlainan.
Izzudin dan Arman bergerak ke gazebo. Mereka bersantai sebentar di situ. Mereka tertunggu-tunggu kelibat wanita itu muncul. Sementara menunggu, mereka berbual kosong.
Tidak lama kemudian, wanita itu muncul dengan memegang sebuah kamera DCLR. Dia menangkap gambar seorang remaja perempuan di tepi kolam renang. ‘Adiknya kut..’ Izzudin meneka. Dia mencuit bahu Arman dan menunjukkan perempuan yang dimaksudkannya.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Rambut wanita tadi berterbangan. Dia merapikan semula rambutnya yang panjang mengurai. Sepasang matanya tak lepas memerhatikan gelagat wanita itu.
‘Ek eleh minah ni. Nak buat iklan shampoo rambut lak. Ingat cantik sangatlah rambut kau tu. Aku rasa nak tarik-tarik je rambut kau tu. Hish..Geram..’ Izzudin mengutuk di dalam hati. Menyampah melihat perempuan itu.
“Wei, Izz, perempuan tu macam kawan baik ngan sepupu aku jer. Tengok gayanya, dia orang macam rapat semacam jer. Siap tangkap gambar sesama lak tu. Dah macam best friend forever.”
“Yeke? Wah. Kebetulan sangat ni. “
“Jomlah Izz. Aku nak kenalkan kau kat sepupu aku tu.”
“Kau pehal? Tak nampak ke yang perempuan tu ada kat situ? Kalau dia kenal aku macam mana? Aku tak nak dekat ngan perempuan tu lagilah.. Macamlah kau tak boleh nak gi sana sorang-sorang.”
“Alah..jomlah. Kau tak terpikat ke ngan sepupu aku tu? Lawa tau..”
“Kau sengaja kan nak carik alasan? Sebenarnya kau nak kenal ngan perempuan tu kan? Eleh.. buaya tembaga betul kawan aku ni. Karang aku jugak yang malu sebab pakai kostum macam ni. Cess…”
“Kau gelar aku buaya tembaga? Kau tak nak teman aku gi sana, kau tak boleh lagi jadi clown kat funfair aku lagi. Malas aku nak jadi kawan kau lagi.”
“Eh, main ugut-ugut lak. Menyirap aku ngan perangai kau ni. Merajuk mengalahkan orang perempuan. Hish.. aku nak ikut kau lah ni. “ Izzudin bergerak ke arah dua orang wanita yang sedang sibuk dengan ‘photoshoot’ mereka. Adik perempuan dia tadi masuk ke dalam rumah semula.
*************
Aku terlihat dua orang lelaki sedang menuju ke arah kami. Seorang lelaki kacak, seorang lagi badut tepung gomak. Aduh.. kenapa badut tu nak pergi kat sini? Duduk diam-diam kat gazebo tu tak boleh ke?
“Hai Mia! How are you?”
“Arman.. baru nak tegur aku ke? Dari tadi sibuk melayan perempuan ke?”
“Hish..sampai hati tuduh aku yang bukan-bukan. Kenalkan, ni Izzudin Ilham bin Isa, kawan baik aku.”
Eleh. Tak perlulah nak sebut nama penuh dia. Aku tak ingin pun nak tahu nama dia siapa.
“Badut ni kawan baik kau? But, how? “ Damia berkata tanpa pakai tapis. Straight to the point.
Mr Clown nampak macam tersinggung dengan pertanyaan Damia. Hehe. Good job, Mia!
“Saya kerja sambilan jer jadi badut. Sebenarnya saya kerja kat syarikat Arman. Just call me Izz.”
Baru aku perasan. Ni kan badut yang kat funfair hari tu? Dia ada tanda lahir kat leher sama seperti badut kat funfair.
Oh, no! Asal dia ada kat sini? Menyemak jer. Aku tak kisahlah siapa kau sebenarnya tapi kalau kau ada kaitan ngan badut, aku tetap tak suka kau. Nak lari dari tempat ni nampak macam tak sopan pula. Aduh.. terjerat aku.
“Man, Izz, ni Anis Mellisa. Panggil dia Mell.”
“Hai. Nice to meet you guys.” Pendek je aku cakap. Meluat aku tengok Mr Clown ni. Huh. Hodoh bebenor rupanya.
Arman membisikkan sesuatu di cuping telinga Damia. Aku tak dengar sangat apa yang dia bisikkan. Sejurus itu, mereka meninggalkanku dengan si badut ni.
Pulak dah.. Okey, masa untuk lari! Lebih baik aku pergi daripada berbual-bual mesra dengan Mr Clown ni. Berbual mesra? Euwww… Ada plastic bag yang besar tak? Rasa nak termuntah..
Share this novel