Aku menarik lengan Damia untuk memasuki ruangan yang menjual pelbagai alat mainan. Alang-alang ada kat shopping mall ni, belilah sekali hadiah untuk adik lelaki Damia. Hadiah apa yang aku nak bagi ni? Budak lelaki sepuluh tahun suka apa ye?
“Janganlah tarik-tarik aku, Mell. Kau nak beli apa kat sini? Jomlah carik baju.”
“Aku nak beli hadiah untuk adik kesayangan kaulah.Nak buat apa lagi? Adik kau si Hazwan tu suka apa? Game? Kereta control? Kapal terbang ? Robot mainan? Skateboard? Huh..cepatlah bagitau. Takkan aku nak bagi teddy bear kut..”
“Kau ni, pakai sembur je. Bagi jelah apa-apa. Dia bukan kisah sangat. Bagi je kereta control. Kereta control dia yang lama dah rosak. “
Aku membelek-belek kereta control Hot Wheel yang berwarna merah itu. Damia ni betul ke tak? Entah-entah si Hazwan tu dah bosan main kereta control. Aku bukan tahu sangat budak lelaki macam adik dia tu suka apa. Alah..biarlah. Beli jelah.. Lantaklah dia suka atau tak. Asal aku bagi hadiah cukuplah.
Tidak lama kemudian, aku dan Damia meneruskan kembali misi kami iaitu shopping! Kami melangkah masuk ke dalam Posh Boutique. Ya Allah.. banyaknya pakaian yang cantik-cantik belaka. Rambang mata aku melihatnya. Tak tahu mana satu nak pilih. Semuanya berkenan. Takkanlah aku nak beli satu kedai ni kut? Aduh..peninglah aku.
Aku tertarik kepada sehelai blaus yang berwarna coklat gelap. Berlengan pendek dan menutupi punggung tetapi sedikit ketat di bahagian pinggang. Harganya RM 49.90. Boleh tahan harganya. Hurm..blaus ni kalau dikenakan dengan belt lagi cantik.
Aku terpandang pula sehelai baju yang tersangkut elok di hanger hitam . Pattern kotak-kotak berwarna merah. Cantik juga baju ni. Pakai belt kaler hitam yang aku dah ada sangat sesuai. Kalau dikenakan dengan cardigan pun sepadan. Harga RM 59.90.
Peh.. lagi mahal berbanding blaus tadi. Tapi lagi cantik. Aku terlihat pula blaus berwarna cream di sebelah baju tadi. Potongan leher berbentuk turtle-neck. Blaus itu pendek sedikit tetapi jikalau dipakai bersama skirt labuh pasti menarik. Adoiyai.. mana satu yang aku nak beli ni? Gila! Tiga-tiga baju cantik.
‘Mell, kau kena berjimat sikit. Kalau semua kau nak borong, bankruplah kau..’ Aku cepat-cepat menyedarkan diri. Tetapi, aku nak tiga-tiga baju ni.
“Mia, cadangkan aku mana yang patut aku pilih? Boleh kena migrain aku.”
“Kau ni..beli jelah tiga-tiga baju ni. Tu pun susah ke? “
“Eh Mia, kalau aku kaya macam kau, bolehlah aku beli semua. Kau ingat gaji secretary banyak sangat ke? Lainlah kau. Kau tu CEO..”
“Nak bandingkan darjat pulak. Macam nilah.. Eenie meenie minee more!” Jari telunjuk Damia tepat ke arah blaus coklat gelap tadi.
“Nah, beli yang ni. Kan senang guna cara aku ni? Tak yah pening kepala nak fikir.”
“Kau ni macam budak keciklah.. Tak apalah.. Aku nak beli dua. Yang warna coklat dengan yang baju kotak-kotak ni. Lantaklah harganya mahal ke tak. Aku dah terpikat habis dengan dua baju ni. Blaus cream ni lain kalilah.. Okey tak baju ni?”
“Beli jelah.. Banyak bunyilah kau ni. Hish..” Damia sedang membelek-belek cardigan putih itu.
“Tu pun nak marah ke? Aku just nak mintak pendapat kau je. Hek eleh minah ni..”
Share this novel