BAB 1

Romantic Comedy Completed 4423

Kalau kau nak tahu, Aku paling tak suka pergi ke funfair.Sebabnya aku bencikan badut. Aku pun tak tahu kenapa budak-budak kecil pasti suka melihat gelagat dia orang. Jangan haraplah aku nak suka. Heh. Penghibur jalanan betul lah badut-badut ni. Just by looking at their faces, I’m sick!

Dengan heavy make uplah, gincu merah menyala, footwear yang pelik, kostum entah apa-apa, red nose dan wig warna-warni ala-ala style afro semakin buat aku rasa cukup menyampah. Aku rasa tricks yang dia orang buat sikit pun tak menarik. Bosan pula tu.

Setakat main bentuk-bentukkan belon tuh? It’s so lame. Lagi-lagi dia orang buat gaya mimes tak pun menjugil. Euww.. aku lagi menyampah nak tengok. Aku tak fahamlah apa yang kelakar sangat dengan mereka semua tu. Kalau majlis hari jadi kawan-kawan aku, mesti dia orang jemput sekali badut untuk tambahkan lagi kemeriahan.

Aku rasa tak payahlah nak jemput clown tu semua. Membazir. Baik jemput artis buat persembahan. Berbaloilah juga. Tak pun jemput ahli silap mata. Lagi seronok kut.

Ni tak. Clown? Ugh… Annoying habis.. Punyalah semangat aku nak datang birthday party kawan-kawan aku, tetapi apabila nampak clown je kat rumah dia orang terus hilang mood aku. Kenapalah benda yang aku benci asyik-asyik kerap muncul kat depan mata aku? Bencilah…

Aku anggap semua badut yang aku jumpa tu adalah musuh aku. Walaupun dia orang tak buat apa-apa salah kat aku,all clowns in the world are my enemies. Tak kisahlah badut tu lelaki atau perempuan, aku tetap tak suka. Meluat aku tengok.

Aku teringat lagi sewaktu umurku enam tahun.Aku mengikuti rombongan tadika ke funfair. Aku takut tengok muka badut tu sebab dia make up tebal sangat macam hantu. Make up macam tepung gomak! Aku ingatkan badut tu hantu tepung.

Aku menangis semahu-mahunya. Kawan-kawanku yang lain ketawakan aku. Malunya…! Dia orang ejek-ejek aku sebab aku cengeng tengok muka badut. Aku tak tahulah kenapa aku jadi crybaby pada masa tu. Fikiran aku masih mentah.

Bila aku ingat balik, mana wujud hantu tepung dalam bangsa hantu. Sejak peristiwa tu aku benci tahap infiniti kat badut. Mula-mula trauma tengok badut. Lama-kelamaan, bertukar menjadi perasaan benci yang meluap-luap.

Aku anti badut! Kalau aku nampak badut jer aku rasa nak sepak dia orang. Masa aku tengok cerita Spiderman, bila Jokerman keluar jer aku baling kusyen kat kaca televisyen. Apa lagi? Kena marah dengan maklah.

Terus hilang mood aku nak tengok filem Spiderman oleh sebab ada Jokerman yang muka ala-ala badut yang mengerikan tu. Yang filem ni nak wujudkan watak Jokerman apa kes?

“Akak, ada funfair baru bukak kat bandar..” Hah..sudah. Nak kena pelempang adik aku ni kalau dia ajak aku pergi sana tu. Pehal lak funfair ni wujud kat bandar lak? Kenapalah keluargaku pindah kat daerah Klang ni? Stay kat tempat lama lagi best. Tak ada funfair. Adoiyai.. Yana..jangan haraplah kakak kau ni nak temankan kau.

“Kak, jomlah pergi esok. Hari Ahad akak tak kerja kan? Jomlah..” Adess.. Yang si Yana ni nak sangat pergi sana kenapa? Baik pergi tengok wayang!

“Sorrylah..akak malaslah nak pergi funfair. Yana ajaklah kawan-kawan Yana. Ajak akak kenapa? Yana sendiri tau kan yang akak tak suka gi sana. Tak maulah. “ Aku akan terus bagi trillion alasan supaya aku tak payah pergi ke funfair tu. Aku yakin sangat mesti ada badut-badut bersepah kat sana.

“Alah.. jomlah kak.. Kalau gi ngan kawan-kawan Yana lagilah malas. Nak kena tunggu sekor-sekor datang. Yana nak naik rollercoaster, nak main banyak permainan kat sana. Yang paling penting, Yana nak ambik gambar ngan maskot dan clown kat sana.” Liyana terus memujukku.

Uwekk.. Dengar perkataan ‘clown’ pun aku dah rasa nak termuntah sebab meluat sangat. Lagilah kalau aku tengok dia orang secara live. Gila! Tak nak aku!

“Tak naklah..esok akak nak rehat. Nak bersantai kat rumah jer. Tak nak gi mana-mana. Ajaklah ayah ke mak ke.. Jangan ajak akak ..” Kacau betullah adik aku ni. Tak nampak ke aku tengah syok layan drama Korea ni. Baru nak feel.

“Tak sukalah ngan akak ni. Yana ajak gi funfair jer. Ayah kan gi outstation. Mak lak sibuk dengan persatuan dia tu. Bukan jauh sangat pun. Akak ni kedekut!” Amboi adik aku ni. Kang aku curse kau tak dapat straight A PMR baru tau.

“Kalau cam tu, tak payahlah gi. Kan senang? Duk rumah ulangkaji. Tak sedar diri tu nak periksa tahun ni. Buatlah benda yang berfaedah sikit minggu ni.” Padan muka kau Liyana. Amik kau.

“Peh..sentap giler dengar ayat akak ni. Tak apa. Yana report kat mak..” Hish.. Gediknya adik aku ni. Mengada nak jadi paparazi lak.

“Makkk.. akak tak nak teman Yana gi funfair.. Mak.. Yana nak gi funfair..” Liyana mengadu. Geramnya aku. Mentang-mentanglah anak emas. Budak kecik ni dah kenapa?

“Mell, bawaklah Yana gi funfair. Bukan lama sangat pun.” Habis! Sekelip mata saja mak aku, Puan Halimah sudah termakan dengan pujuk rayu adik aku.

“Mak. . malaslah mak.. Mell nak rehat esok.. Yang seronok Yana sorang jer. “

“Eh.. dengar cakap mak.. Mak kata pergi teman Yana, pergi jelah. Mak sibuk esok. Ayah lagilah tak ada.”

“Alah.. mak.. Sampai hati mak paksa Mell.. Mell kata tak nak, tak naklah..” Aku merungut.

“Melawan pulak anak bertuah ni. Pergi sekejap jelah. Teman adik sendiri pun malas ke?”

“Yelah.. yelah.. Esok Mell teman Yana gi funfair tu.. Tapi, mak yang support duit belanja.” Akhirnya, aku tumpas di tangan ibuku yang tersayang. Aku terdengar suara Liyana menjerit riang. Aduh! Terbengkalai drama Scent Of Woman aku.

Baru nak tengok Lee Dong Wook. Si Yana memang suka cari pasal. Nampaknya esok aku, Anis Mellisa binti Majid bakal bertemu dengan badut di funfair nanti. How can it be? Aku rela jumpa raksasa daripada lihat badut sarkas yang bermake up setebal 100 inci tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience