BAB 4

Romantic Comedy Completed 4423

“Hai, bro! Asal muka kau monyok semacam ni? Nak jadi clown muka mestilah ceria. Happy go lucky gitu. Ni tak… Cemberut semacam je aku tengok. Kau pehal?”

“Man, kau tau tak, tadi ada minah sewel tampar aku. Ya Allah.. geram aku ngan minah tu. Aku punyalah susah-payah nak tampung berat dia, dia boleh cakap aku ni pervert? Kalau tak kerana akulah, dah lama dia jatuh..”

“Wow.. menarik cerita kau. Cuba jelaskan sikit.Kau ada buat something ke kat dia sampai dia tuduh kau pervert? Ni mesti ada yang tak kena.“

“Aku just tahan dia masa dia dah nak terjatuh. Pastu, dia tuduh aku yang aku nak pegang dia punya ‘aset’. ‘Aset’ bahagian belakang dia tu. Ucap terima kasih dengan aku pun tak ikhlas. Paling tak menahan, ada seorang budak ni cakap kat mak dia yang aku ni badut gatal. Mana aku nak letak muka aku ni? Berani betul perempuan tu. Dahlah mulut puaka! Muka je cantik tapi perangai hampeh! Mohon dijauhkan aku jumpa dia lagi. Malang wei..malang…”

“Hahaha.. kesian kau. Sudahlah. Just forget about her. Sekarang, sambung balik kerja kau. Aku yakin, lepas ni, dia pun tak nak dekat dengan kau. “

“Yelah..aku nak sambung balik kerja aku. Aku nak carik port lainlah. Tak masal aku terserempak dengan minah tu lagi. Alright, I’ve to go now.“ Izzudin menepuk bahu rakannya lalu beredar dari situ.

*********

Yes! Akhirnya sampai juga last episode drama Scent Of Woman ni. Memang rushing habis tengok drama-drama Korea ni.Aku sanggup tidur 3-4 pagi semata-mata untuk menonton drama-drama ni.

Kalau tak kerana Yana, sudah tentu sekarang ni aku dah transfer ke drama lain. Tak semena-mena aku ambil masa dekat dua minggu nak habiskan. Dengan sibuk bekerja lagi. Haish..tidak mengapalah. Esok kan hari Ahad. Tidur lambat pun tak apa. Bukan kerja pun.

Aku melihat jam dinding di bilikku. Awal lagi ni. Baru pukul 11 malam. Aku membuka folder. Excitednya nak tahu pengakhiran cerita..Adakah watak utama tu meninggal dunia? Macam mana pula dengan Lee Dong Wook aku tu? Memang tak sabar nak tahu ni.

Mukaku berkerut. Eh.. mana English subtitle ni? Kenapa tak ada? Aku cuba membuka video tersebut dengan GOM Player pula.

Huh? Tak ada jugak? Mana subtitle ni oi? Geramnya.. Last episode kut.. Janganlah buat aku macam ni. Macamlah aku faham sangat dengan bahasa Korea kau tuh. Argghh!! Aku menjerit sekuat hati.

“Mell! Kamu ni dah kenapa malam-malam jerit kuat-kuat? Buang tebiat ke?” Kedengaran ibuku menegur. Kuat sangat eh aku jerit?

“Sorry mak.. Mell cuma geram je dengan drama ni. “ Aku membalas.

Okey. Anis Mellisa, kau jangan fed up dulu. Cubalah bukak guna aplikasi lain. Mana tahu boleh. Satu persatu aku mencuba. Haish..siapa telan subtitle ni?

Puas aku cuba membuka video tersebut dengan semua pemain video yang ada. Windows Media Player, VLC Media Player, Winamp, semua tak ada subtitle walaupun aku dah onkan. Tak ada feel lah nak tengok kalau subtitle pun tak ada. Siapalah yang adacadabra sampai subtitle ni pun lesap?

Damia tak inform kat aku pun yang last episode tak ada subtitle. Haish, kawan aku yang seorang ni. Hancur hati aku. Malaslah nak tengok. Tidur lagi bagus.

Selepas menunaikan solat Isyak, aku terus merebahkan diri ke atas katilku yang empuk. Aku tidur dengan harapan yang punah dan hati yang berdarah. Semua ni gara-gara kehilangan english subtitle.

**********

“Mia, sampai hati kau bagi aku cerita tak ada subtitle..” Aku mengacau-ngacau Cappucino Latte dengan straw lalu menyedutnya. Memang sedap rasanya. Rasa sejuk mengalir di kerongkongku.

“Cerita apa ni? Scent Of Woman tu ke? Manalah aku tau. Drama tu pun aku tak tengok sampai habislah. Kau tengoklah drama lain. Kan banyak lagi drama dalam hardisk aku tu. “

“Masalahnya just episode akhir je tak ada subtitle. Mana aku tak berbulu ngan kau ni.”

“Hek eleh.Nak salahkan aku pulak. Nasib kaulah. Padan muka.” Damia mencuit sedikit waffle coklat lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Hish.. entah-entah semua drama lain yang kau bagi tu, semua tak ada subtitle..”

“Kau ni boleh bersyukur sikit tak? Untung aku dah bagi kau tengok. Kau copy semua drama tu kat hardisk kau cepat sikit. Aku pun nak guna jugak hardisk aku tu. By the way, Ahad depan kau free tak?”

“Yelah..aku bersyukur.. Ahad depan aku free.. Ada apa?”

“Kau datanglah birthday party adik aku. Ajak Yana sekali. “

“Kalau ada clown yang terpacak kat rumah kau, aku tak nak datang..”

“Datang jelah.. Aku dah jemput. Tak ada clownlah. Don’t worry. Kau ni memanglah..Dari kecik sampai ke besar tak habis-habis berdendam dengan badut.Aku tak pahamlah dengan kau ni. Yang penting, kau datang. Rugi kau tak datang. “

“Rugi? Asal? Kau ada jemput band One Direction ke datang wat persembahan?”

“Apa yang kau mengarut ni? Kalau aku anak Bill Gates bolehlah jemput dia orang datang..”

“Eleh..anak datuk, takkan tak mampu kut..”

“Huh.. malas aku nak layan karut-marut kau ni. Dahlah..jom gerak gi shopping..”

Aku dan Damia beredar dari Lavote Café setelah selesai membuat pembayaran. Yeah..shopping complex, here I come! Nasib baik semalam dah keluarkan banyak duit. Adalah dekat seribu lebih. Tak payahlah susah-susah pergi kat mesin ATM.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience