Tiba-tiba seorang budak lelaki sedang meluncur dengan skateboard di hadapanku. Eh budak ni. Nak buat freeshow ke apa kat sini? Kemudian, budak lelaki itu menghampiri Mr Clown tadi.
Haiyoo.. Mr Clown ni memang hot stuftlah. Buat aksi menjugil bola pun orang nak datang mendekat. Semua orang melekat kat dia. Sihir jenis apa yang dia guna? Sihir badut?
Aku berjalan menghampiri sekumpulan manusia yang sedang sakan melayan gelagat badut itu. Aku memanggil nama Yana tetapi dia buat tak tahu pula. Banyak kali aku panggil. Dia tetap tak menyahut.
Tengok ni Mr Clown! Sebab kau, adik aku tak layan aku. Yang Si Yana ni pehal lak? Pekak ke atau dah lama tak melombong emas kat telinga dia? Adoiyai.. Aku memalingkan tubuhku ke belakang semula. Tadi macam nampak Damia. Aku tertinjau-tinjau mencarinya.
Aku mengundurkan langkahku ke belakang. Tanpa disangka, kaki kananku terpijak skateboard. Aduh, kenapa parking skateboard kau kat belakang aku? Aku tidak dapat mengawal diri. Tubuhku merebah ke belakang.
Namun, seseorang telah memaut tubuhku. Alamak… asal Mr Clown yang selamatkan aku dari jatuh? Kalau Prince Charming tak pelah juga. Mr Clown? Huh! Pengsan aku tengok muka dia ni.
“Are you okay, young lady?” Peh.. main speaking pula dengan aku. Baru aku perasan, tangan kanannya lagi sedikit dah nak tersentuh punggung aku. Aku terus berdiri semula.
Dengan selamba badak, aku menampar pipi Mr Clown. Hampir saja tangannya merayap ke punggungku. Pandai kau ambil kesempatan eh? Cermin sikit muka kau tu.
“Pervert!” Satu perkataan sinis terpacul dari mulutku. Semua budak-budak kecil tadi memerhatikan aku. Apa tengok-tengok? Kau orang ingat aku tengah berlakon filem blockbuster ke?
“Eh, saya dah tolong awak, awak lak cakap saya pervert? Tak tau nak ucap thank you ke?”
“Yelah.. terima kasih sangat sebab tolong saya. Lain kali tangan tu jangan nak menggatal nak pegang ‘aset’ orang! Saye potong tangan awak baru tau!” Panasnya hati aku sekarang ni.
“Mulut jaga sikit eh. Awak ingat saya nak sangatlah nak sentuh awak punya ‘aset’ tu. Tak tau nak bersyukur! Nak main potong-potong tangan lak. Ingat saya ni pencuri ke?”
“Awak tu dahlah baju selekeh. Muka bertepek tepung! Miang keladi spesies bapak ulat bulu! Yana! Jom kite gi dari sini. Meluat akak tengok muka badut gatal ni! “
Aku menarik tangan Yana lalu beredar dari situ. Yana hanya terpinga-pinga melihatku. Aku terdengar seorang budak perempuan mengadu kepada penjaganya. ‘’Mak, akak tu kate badut ni miang.” Padan muka Mr Clown. Aku dapat mengagak betapa kelatnya muka Mr Clown.
“Akak, tak baik tau buat badut tadi macam tu. Dia yang selamatkan akak. Boleh akak kata dia gatal? Sebenarnya akak cakap macam tu sebab dari sejak azali akak benci kat spesies badut kan? “
“Dahlah Yana. Akak malas nak cakap lagi pasal hal tadi tu. Jom kita balik sekarang. Akak dah tak ada mood nak main lagi. Tengah sakit hati ni.” Sumpah lepas ni aku tak nak jejakkan kaki aku kat funfair lagi.
“Laa.. takkan nak balik sekarang? Awal lagi kut. Yana tak naik lagi ferris wheel ngan kuda pusing. Dahlah akak kacau Yana nak tengok aksi badut tadi. Melampaulah akak ni. Gara-gara akak, Yana tak dapat nak enjoy puas-puas. Asyik-asyik fikir rasa sakit hati akak je.”
“Okey, fine. Lepas Yana naik ferris wheel ngan kuda pusing tu, kita balik. Akak teman Yana naik ferris wheel je. Kuda pusing Yana gi naik sorang-sorang.”
“Yes. Jom gerak sekarang.” Yana menarik tanganku. Excited semacam budak ni. Macamlah ni baru first time dia naik bendalah tu semua. Dah banyak kali kut. Aku bertekad. Aku tidak mahu menjejaki funfair lagi.
Share this novel